Saifudin dah layak digelar orang Fasik ?

on Friday, May 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail seharusnya memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf ekoran fitnah yang dilemparkan oleh beliau terhadap Pengerusi SPR yang didakwanya sebagai ahli UMNO Cawangan Putrajaya.

Biarpun telah terbukti kebenaran bahawa segala dakwaan beliau terhadap Pengerusi SPR itu hanyalah satu fitnah semata-mata, apabila ahli UMNO yang mempunyai nama yang sama dengan Pengerusi SPR tersebut telah pun membuat pengakuan yang tersiar di sebuah blog, namun Datuk Saifuddin Nasution tetap berdegil dan secara tegas membuat kenyataan tidak akan meminta maaf terhadap fitnah yang dilemparkannya itu.

Menurut Ustaz Kamal Saidin, sikap yang diperlihatkan oleh Setiausaha Agung PKR itu merupakan tanda-tanda ciri seseorang yang fasik seperti yang disebut di dalam Al Quran.

“Orang-orang yang fasik ini memang tidak ada perasaan bersalah di atas setiap kesalahan yang dilakukan oleh mereka, baik dari sudut mana sekali pun termasuklah perbuatan yang suka melontarkan fitnah-fitnah secara semberono begini. Bagi golongan ini, memfitnah orang lain dengan tujuan meraih sokongan politik sememangnya sudah menjadi lumrah bagi mereka,” tegasnya ketika dihubungi UMNO Online di sini hari ini.

Antara ciri-ciri golongan fasik menurut Ustaz Kamal Saidin ialah apabila bercakap mereka suka berbohong, suka menabur fitnah, suka mereka-reka cerita dengan tujuan untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan umat Islam dan untuk mengundang kepada perbalahan.

“Kalau dilihat, begitu banyak contoh-contoh dari kenyataan pihak pembangkang yang lebih menjurus kepada fitnah semata-mata. Sikap mereka yang suka menyebarkan berita-berita fitnah untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam di negara ini terang-terang merupakan sikap golongan yang fasik,” ujarnya.

Beliau juga mengingatkan agar umat Islam tidak terpedaya dengan khabar berita yang dibawa oleh orang-orang fasik ini dan mesti menyiasat terlebih dulu cerita dan berita yang dibawa oleh mereka sekiranya tidak mahu Allah swt menurunkan bencana menimpa umat Islam di negara ini.

“Bahkan kita sudah boleh lihat, bunga-bunga bencana seperti perpecahan dan perbalahan yang sekarang ini telah pun berlaku di kalangan umat Islam di negara ini akibat kejahilan mereka tentang peringatan Allah swt itu,” jelas beliau kesal.

Katanya lagi, hari ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa pihak pembangkang menjadikan fitnah-fitnah seperti ini sebagai satu modal mereka untuk mengelirukan rakyat dan memburuk-burukkan imej kerajaan, demi untuk mendapat sokongan politik dikalangan rakyat di negara ini.

“Saya menyeru kepada umat Islam agar berhati-hati dengan golongan fasik seperti ini yang suka menabur fitnah dengan tujuan untuk memecah belahkan umat Islam di negara ini. Umat Islam perlu berhati-hati dalam menerima sebarang berita dan perkhabaran daripada golongan seperti ini dan tidak boleh percaya bulat-bulat dengan apa yang mereka katakan.”

“Ini merupakan peringatan Allah swt dalam surah Al Hujurat ayat enam yang meminta kita sebagai umat Islam, menyiasat terlebih dulu sebarang berita yang datangnya dari mulut orang-orang yang fasik seperti mereka.

“Dan Allah juga mengingatkan, sekiranya kita sebagai umat Islam terus percaya dengan cerita atau perkhabaran fitnah yang dibawa oleh golongan fasik ini, maka bencana akan menimpa umat Islam di negara ini dan kelak, kita akan menyesal dengan perbuatan kita mempercayai kata-kata yang datang dari golongan fasik seperti itu,” jelasnya lagi. -MediaUMNO


One Response

  1. Anonymous says:

    Inilah POLITIKUS HEMPURAS,menjaja FITNAH untuk kemenangan,
    POLITIKUS TIKANGTANDANG kerja menghasut,raayat porak peranda pun x pe asal dapat KUASA!
    Yang paling BEST kesemua pemimpin PKR/PAS berjaya mencabut kecerdekan penyokong,maka tinggallah Pengikut yg HABIS CERDEK,yg x perlu berfikir terima je apa yg dikatakan oleh Pemimpin mereka!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.