Walaupun pelbagai langkah dilaksanakan bagi mengatasi sepenuhnya kegiatan ulat tiket selepas projek menaik taraf Hentian Puduraya yang kini dikenali sebagai Pudu Sentral, di sini, namun ia belum menjadi kenyataan.
Tinjauan Harian Metro mendapati, kegiatan ulat tiket di situ bergerak aktif, tetapi dengan modus operandi lebih berhati-hati dan mendapati lebih enam ulat tiket lengkap dengan walkie-talkie cuba berurusan dengan orang ramai.
Kakitangan swasta, Razali Mokhtar, 43, berkata, beliau pernah ‘terpedaya’ dengan tawaran ulat tiket ketika ingin pulang ke Johor, baru-baru ini, menyebabkan terpaksa menunggu sehingga jam 4 petang walaupun bas dijanjikan untuk bergerak ke destinasi pada jam 2.30 petang.
Razali berkata, beliau tertarik membeli tiket selepas mengetahui tidak perlu ke TBS yang dikhususkan bagi pelepasan bas ke selatan, sebaliknya boleh menaiki bas ditawarkan ulat di Jalan Pudu. “Mereka terlalu ramai di kawasan ini, walaupun pelbagai tindakan dilakukan pihak berkuasa, namun mereka tetap menjalankan kegiatan seperti biasa. “Selepas diperdaya ulat tiket itu, saya bertekad tidak mahu lagi berurusan dengan mereka,” katanya.
Bagi seorang lagi mangsa yang ingin dikenali sebagai Danial, 24, mendakwa dia pernah ditarik secara kasar oleh ulat tiket gara-gara enggan melayannya membeli tiket. Pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awasta (IPTS) itu berkata, kebiasaannya dia terus menuju ke kaunter jualan tiket di situ, namun entah bagaimana dia melayan desakan ulat terbabit. “
Sebaik menolak secara baik, ulat terbabit terus berkelakuan agresif dengan menarik baju saya, namun mujur beberapa orang awam yang berada berdekatan memerhatikan perbuatan itu menyebabkan ulat itu melepaskan saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, usaha dilaksana pihaknya tidak mampu membasmi aktiviti haram ulat tiket jika tiada kerjasama semua pihak terutama syarikat bas dan penumpang. “Kami hanya boleh mengekang dengan melaksana operasi penguatkuasaan secara berterusan, tetapi itu tidak langsung boleh membasmi kegiatan ini kerana selagi ada permintaan daripada penumpang, maka ulat terus menawarkan tiket untuk mereka,” katanya.
Komen GPB
GPB pernah mengalami masalah ini di Pudu Sentral iaitu beli tiket untuk jam 2.30 ptg ke Buttertworth tapi pukul 4 ptg baru bertolak , itu pun dapat bas yang lain . Walhal beli tiket itu di kaunter ( konsortium ) dan bukannya dengan ulat tiket .
Rupa-rupanya kaunter berkenaan adalah geng ulat ini juga. Jadi GPB nasihatkan beli je tiket di bas yang terkenal seperti Transnasional , Plusliner ke .. senang dan masa pun tak terbuang duduk menunggu bas tak mai .
Selain itu , memang berlaku beberapa ulat tiket ini bertindak kasar terhadap penumpang yang tak mahu layan mereka dan mahu beli di kaunter . Sampai pegang tangan itu memamg berlaku depan mata GPB semasa lalu di situ .
Harap Polis atau SPAD ke yang mempunyai pejabat berhawa dingin di situ , jangan la hanya tunggu sahaja ..tolong pantau la ulat-ulat ini semua . Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga .
Imej Pudu Sentral yang dibina semula begitu cantik oleh kerajaan Malaysia akan cacat dek kerana gangguan ulat-ulat tiket ini .
dek kerana punca ulat tiket ..rakyat marah kepada
kerajaan disebabkan penipuan mereka ini ..
sistem pengangkutan bas di Malaysia perlu ada sistem lebih baik
kalau polis dgn spad payah sangat nak membantu, letak je tentera berkawal..siap bawak mesingan lagi biar dorang ni semua kecut perut.
Haha....ulat ini berlagak mcm samseng
Kenapa terdapat ramai ulat tiket di puduraya walaupun pegawai SPAD, pegawai Polis dan pegawai dari agensi lain bertugas di sana... mengapa tindakan tidak diambil walaupun ulat tiket malakukan kegiatan mereka dihadapan pegawai itu sendiri... pegawai-pegawai buat tak kisah seolah-olah mereka tidak nampak apa yang berlaku... kadang-kadang ulat tiket menggunakan kata-kata kesat dan berkelakuan ganas sekiranya orang ramai tidak melayan mereka.. perkara ini berlaku terutamanya kepada pelancong dan pekerja dari luar negara... Saya sendiri pernah menyaksikan dan mengalami pengalaman seperti ini.... Saya berharap tindakan akan diambil terhadap ulat-ulat tiket di puduraya
Saya memang x puas hati,kalau ada buat penguatkuasaan tentu ada yang ditangkap,tiket saya ambik katanya jalan direct.padahal singgah ipoh kata driver,kata bas jalan 8.00 malam tapi 8.30 x kemana lagi,naya la.apa penguatkuasa buat ?Makan gaji buta ka
spad ni ngan polis dia nampak bnda2 msalah ni kt luaq je kot, klau ada reta x pon moto paking x kena tmpat bru depa wat keja, yg ulat2 depa biaq ja