GPB selalu mendengar al kisah tentang burung Cenderawasih ini yang cukup cantik bulunya hinga terdapat pihak tertentu yang mempercayai burung cenderawasih kononnya berasal dari kayangan…
Malah ia tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi sepanjang hidupnya melainkan untuk mati. Pelbagai cerita mistik dan misteri diceritakan mengenai cenderawasih dan ia disebarkan menerusi lisan sehingga ramai berasa taksub apabila mendengar keajaiban burung tersebut.
Lebih membingungkan adalah bangkai burung itu dipercayai tidak akan reput…Seluruh badanya pulk termasuk isu perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri untuk perubatan . Malah bulu pelepahnya dapat dijadikan pelaris menyebabkan ramai pihak sanggup membayar ribuan ringgit untuk memdapatkan bangkai hidupan itu…
Benarkan dakwaan ini ??
GPB ada membaca satu buku dan beliau telah merungkai satu teori yang mungkin boleh dijadikan panduan kita. Menurut penulis berkenaan dakwaan bahawa cenderawasih berasal dari kayangan dan syurga adalah karut kerana burung itu boleh didapati di dunia ini !
Di mana lokasinya ? Menurut kajian penyelidik , burung ini berasal dari kawasan hutan tropika iaitu di Australia Timur , Irian Jaya , Kepulauan Maluku ( Makasar ) dan Papua New Guinea .
Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001. Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza mengikut beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16 sentimeter panjang.
Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari. Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juge didapati tidak berasas kerana burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah.
Mengenai dakwaan mengatakan cenderawasih yang telah mati tidak reput sebenarnya tidak berasas kerana bangkai haiwan itu sebenarnya didapati telah diawet dengan cara menyalainya sebelum kaum pribumi menghadiahkan kepada penjajah British .
Apabila penjajah melihatnya sebagai ajaib dan pelik , maka bermulalah cerita songsang ini hingga disebarkan begitu meluas ke Tanah Melayu .
ada orang menyatakan bulu di tengkolok diraja dipakai Sultan Abd Hamid
adalah dari burung cenderawasih .







.jpg)
.jpg)





org kite mmg byk percaya benda2 khurafat takut terpesong akidah ler huhu...
cenderawasih tidak reput sebab faktor pemakanan..brung ini dikatakan hanya makan buah buahan..