DAP nak bolot jawatan PM kerana Melayu berpecah @dzainalabidin

on Monday, May 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Perpecahan Melayu adalah punca Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berani menyuarakan tuntutannya secara terbuka memperjuangkan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, menyifatkan Karpal menyedari tuntutannya itu tidak logik kerana Melayu adalah kumpulan majoriti di negara ini. Bagaimanapun, Karpal berani bersuara mahukan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selepas mengetahui kedudukan politik Melayu tidak kuat di negara ini akibat perselisihan pendapat dan pergelutan kuasa.

“Tidak mungkin Karpal boleh bercakap macam itu melainkan Melayu di negara ini berpecah dan beliau jelas tahu apa yang disebutkannya kerana kedudukan politik Melayu tidak macam dulu.

 “Cadangan Karpal itu tidak mustahil dan sememangnya boleh berlaku jika Melayu terus bercakaran sesama sendiri dan sejarah sudah pun membuktikannya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penyelenggaraan Flet Mutiara Idaman 1 di Jelutong di sini, semalam.

 Akhbar sebelum ini melaporkan Karpal sebagai berkata, beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang menghalang orang bukan Melayu memegang jawatan itu, tetapi mengaku tersasul apabila menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dilantik sebagai Perdana Menteri.

 Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Fiji adalah contoh terbaik di mana Perdana Menterinya dilantik daripada kalangan kaum minoriti disebabkan perpecahan penduduk asal negara itu kepada 18 kumpulan. Zainal Abidin berkata, UMNO tidak mahu perkara yang sama terjadi di negara ini dan meminta orang Melayu supaya bersatu di bawah parti itu sekali gus memastikan semua orang terbela.


Komen GPB 

Selama lebih 54 tahun kita merdeka diperintah 6 PM berbangsa Melayu , kini DAP mahu mencipta sejarah baru nak bolot jawatan berkenaan . Adakah negara akan aman ,makmur seperti dinikmati hari ini jika diperintah bukan Melayu seperti yang  DAP mahu ??

Orang Melayu harus membuka mata , setiap undi anda kepada Pakatan akan membawa PADAH kerana bukan Anwar akan jadi PM sebaliknya DAP lahanat ini !!!   Anwar sebenarnya akan diterajang keluar DAP ini bila saja mereka dapat kuasa...


One Response

  1. Anonymous says:

    Guan Engk nak jadi PM boleh, tapi kena la SUNAT dulu...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.