Archive for 08/23/09

default

Yusri Ishak U turn balik pulak akui digunakan PR

on Sunday, August 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Yusri Isahak, rakan kongsi kepada calun Barisan Nasional di Permatang Pasir, Rohaizat Osman dalam firma Saif Ariff dan Rohaizat telah datang dari Pulau Pinang untuk memberi sidang akhbar di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi.

Dalam kenyataan beliau, Yusri menyatakan penyesalan ke atas pelbagai tomahan telah dilontarkan yang menyimpang dari tujuan asal kenyataan akhbar dibuat.

Beliau meluahkan rasa sedih diatas serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat. Disamping itu, beliau turut meluahkan penyesalan telah dibabitkan sama di dalam usaha memburukkan Rohaizat.

Baru Ogos 20hb hari Khamis lepas, beliau telah bercakap di atas pentas PKR kononnya membersihkan diri dari dikambinghitamkan berhubung dengan pembabitan bekas firma guamnya dengan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Sidang akhbar hari ini agak anih dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

Setelah disoal bertubi-tubi, terungkai beliau adalah peguam yang menguruskan segala urusan perundangan Koperasi. Mereka boleh dianggap sebagai klien peribadinya.

Buat kenyataan kerana marah?

Kenyataan ini agak pelik dan anih kerana Yusri seolah-olah mahu melakarkan dirinya sebagai seorang yang naif akan akibat dari membuat sidang akhbar di pejabat parti pembangkang.

Apabila ditanya kenapa beliau perlu membuat sidang akhbar di pejabat PKR, beliau berkata kerana beliau tidak ada platform. Hairannya hari ini beliau boleh dengan sendiri mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel jauh dari Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.

Yusri menegaskan Rohaizat telah menyelesaikan masaalah dengan Koperasi dan pihak Koperasi telah menarikbalik tuntutan mereka. Perkara ini sepatutnya langsung tidak jadi isu. Apa yang terjadi sepatutnya, kata Yusri tidak jadi hukuman tetapi satu tauladan.

Beliau juga mengakui bahawa beliau telah tampil ke hadapan sebelum ini kerana marah dan kecewa.

Semasa difitnah oleh pembangkang pada hari pertama penamaan calun, Rohaizat telah menjelaskan beliau adalah mangsa keadaan dan akaun ini adalah akaun rakankongsi. Rakankongsi telah meninggalkannya dan membiarkan beliau menyelesaikan sendiri.

Mengaku Koperasi pelanggannya

Apabila diminta untuk mengesahkan beliau adalah peguam yang menandatangani perjanjian jual beli sebagai saksi, beliau memperakui. Beliau juga mengakui bahawa beliau peguam yang menguruskan hal ehwal undang-undang Koperasi. (Sila lihat perjanjian di bawah.)


Bila ditanya adakah Koperasi tersebut 'fail' beliau, Yusri cuba menafikan dengan menyatakan Koperasi adalah akaun firma.

Apabila dikatakan amalan firma-firma guaman adalah membagi-bagi fail antara peguam dan hanya beliau sahaja yang tahu dan berurusan dengan Koperasi, beliau tidak memberi jawapan yang jelas. Penafian beliau tidak cukup untuk menafikan kenyataan bahawa Koperasi adalah 'fail' dan akaun beliau.

Baru menyesal kawan diburukkan?

Yusri menyatakan beliau tidak ditawarkan ganjaran untuk tampil memberi kenyataan. Beliau memohon kesemua pihak bermuhasabah dan hentikan sengketa.

Rayuan dan penyesalan Yusri agak lambat kerana beliau telah memberi peluru dan digunakan oleh pihak PAS untuk mengadakan kempen peribadi terhadap Rohaizat. Kempen peribadi telah mencapai tahap membabitkan perkahwinan Rohaizat.

Agak lambat bagi Yusri untuk baru mengatakan Rohaizat seorang kawan, mengenali hati budinya dan anak jati Permatang Pasir yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Nama Rohaizat telah diburuk-burukkan di dalam pilihanraya Permatang Pasir. Isu-isu telah lari dan kedua-dua belah pihak telah berbalas serangan peribadi dan melampau calun.

Adakah Yusri bertanggungjawab terhadap pembocoran perkara ini kepada pihak lain? Nampak sangat Majlis Peguam bersekongkol dengan Peguam Pro-Pakatan membantu menjadi perkara ini satu isu kempen.

Adakah Yusri ikhlas dengan penyesalan dan mata hampir mahu melinangkan air? Yusri masih seolah-olah masih mahu memutarbelit untuk tidak mengaku tanggungjawab dan kesalahan dirinya sendiri?

Mustahil Yusri tidak faham perkara peribadi dan tidak benar pun sanggup digunakan pembangkang untuk menjatuhkan lawan.

sumber : anotherbrickinwall




Komen PB

TERBUKTI SAH YUSRI ISHAK DIPERALATKAN OLEH PAKATAN PENIPU INI UNTUK MEMBURUKKAN CALON BN ROHAIZAT OTHMAN . STRATEGI PAS DIKETUAI OLEH MAHFUZ JELAS TELAH MAKAN DIRI NYA BALIK SEMULA IBARAT SENJATA MAKAN TUAN .

Link

Saya dipergunakan oleh PAS - Yusri Ishak

default

PAS semakin celaru - Zambry

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Ini lah penjelasan dan pandangan Hero Perak Datuk Dr Zambry Kadir kepada pengundi di Permatang Pasir agar menolak parti PAS . Malam ini jam 10.30 malam beliau akan berceramah di Bilik Gerakan BN Kg Pelet . Datanglah beramai-ramai untuk mengentahui akan kebenaran PAS kini menjadi kuda tungangan DAP dan PKR .

default

PRK Prmtg Pasir : Agenda Peribadi Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Analisis Kumbang..

Seperti dijanjikan semalam,Kumbang akan mendedahkan apakah strategi dan arahan-arahan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pasir. Yang mana boleh dirumuskan arahan-arahan beliau ini mempunyai maksud tertentu dan beliau sendiri mempunyai kepentingan kepada arahan-arahan ini.

Mari kita semak satu-persatu arahan-arahan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pasir.

Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM telah mengeluarkan arahan pada mesyuarat tertutup Pakatan Pembangkang supaya para penceramah dan jentera kempen PR lebih memberi tumpuan kepada isu-isu berikut dalam usaha meraih sokongan pengundi mulai 23-25 OGOS 2009 iaitu bermula pada hari ini sehingga menjelangnya hari mengundi.

Kumbang berharap selepas pendedahan ini, jentera anti Anwar Ibrahim di sana bolehlah memikirkan cara bagaimana untuk menangani dan spin isu-isu di bawah.

Isu-isu tersebut ialah:-

Pertama ialah mengenai pelantikan Dato’ AHMAD ZAHID HAMIDI selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang dikatakan tidak mendapat persetujuan dari sebahagian besar pimpinan UMNO Negeri. Menurut mereka, jawatan tersebut sepatutnya diberikan kepada Dato’ AZHAR AHMAD, ADUN PENAGA merangkap Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

Samada benar atau tidak,isu ini sengaja ingin dimainkan Anwar untuk memecah-belahkan UMNO Pulau Pinang di saat akhir menjelang hari mengundi 25 Ogos nanti. Hal ini dibuktikan dengan Demo di Bukit Mertajam jumaat lalu yang membantah tindakan Zahid Hamidi berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel,yang mana demo ini sengaja diadakan untuk mewujudkan kebencian ahli-ahli UMNO dan Pengundi Permatang Pasir kepada Zahid Hamidi.

Isu kedua ialah serangan habis-habisan terhadap peribadi calon BN,Rohaizat yang mana berkenaan penggantungan lesen firma guaman Rohaizat oleh Bar Council berhubung isu penyelewengan bayaran wang guaman,penyelewengan wang Koperasi RISDA sebanyak RM 240,000 yang dipegang oleh Rohaizat dan kononnya UMNO ketandusan calon sehingga sanggup memilih calon yang terlibat dalam pelbagai skandal penyelewengan wang rakyat.

Yang mana kesemua isu serangan peribadi ini adalah sengaja dimainkan Anwar untuk mengaburi segala kelemahan jentera Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir.Klik sini untuk melihat laporan Kumbang mengenai perkara ini.

Arahan dan isu kedua ini dikatakan disahut oleh calon PAS Salleh Man dan penyokong PAS yang memihak kepada Anwar Ibrahim yang mana Salleh Man dikatakan akan mengedar sebanyak 15,000 keping risalah bertajuk “Apakah Pemimpin UMNO Buat Untuk Melayu Pulau Pinang” dan “Rohaizat Diminta Tarik Diri” serta beliau juga telah menjalankan kempen melalui internet dengan bantuan beberapa “bloggers” pro Anwar Ibrahim untuk memberi tekanan kepada UMNO. Hal ini dilakukan supaya UMNO tidak mengambil perhatian terhadap kempen membawa kemajuan kepada Permatang Pasir tetapi hanya memberi tumpuan membersihkan kredebliti calon mereka sahaja dan usaha ini dikatakan sebagai bertujuan memecah-belahkan penyokong dan ahli-ahli UMNO.

Apa yang sebenarnya di sebalik arahan-arahan Anwar Ibrahim ini?

Merenung kembali arahan-arahan Anwar ini yang membelakangkan amanat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya tidak menyerang peribadi calon lawan. Kumbang cuba untuk mencari punca kenapa Anwar lebih bersungguh-sungguh berkempen di Permatang Pasir.

Pertama, menurut apa yang Kumbang dengar.Pimpinan PAS termasuk Presiden PAS,Haji Hadi sendiri amat tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim kerana gagal meyakinkan Lim Guan Eng untuk memberi jawatan exco kepada Allahyarham Pak Hamdan, bekas adun Permatang Pasir selepas pilihanraya umum yang lalu.

Disebabkan itu pimpinan PAS dilaporkan tidak turun untuk membantu kerana melakukan protes terhadap Anwar disebabkan tiada apa-apa yang akan mereka dapat jika menang di Permatang Pasir melainkan Anwar yang akan dapat mengekalkan momentum sokongan beliau.Disebabkan hal ini juga ada pihak di kalangan PAS sendiri yang dikatakan memboikot dan mensabotaj calon PAS di Permatang Pasir.Klik sini untuk melihat laporan Kumbang mengenai perkara ini. Selain daripada itu juga kita dapat lihat hanya Salleh Man yang bersungguh-sungguh berkempen dengan rakan beliau Mahfuz Omar tanpa bantuan pimpinan PAS yang lain.


Kedua ialah Anwar Ibrahim melihat bahawa sokongan beliau di Permatang Pasir dan di negeri sekitar utara semenanjung semakin berkurangan,ini dibuktikan dengan Adun Lunas yang bertindak keluar PKR pada hari ini(23 Ogos 2008) dan di Permatang Pasir sendiri sokongan Muslimat Pas dikatakan tidak memihak kepada Anwar. Hal ini dibuktikan dengan keengganan Muslimat Pas Permatang Pasir untuk membantu Wanita PKR pada PRK Permatang Pauh yang lalu disebabkan mereka percaya Anwar terbabit dengan tuduhan liwat. Perkara ini turut menyebabkan Anwar kalah di 2 Peti Undi Kawasan Permatang Pasir pada PRK Permatang Pauh yang lalu.

Atas dasar sokongan melayu termasuk ahli-ahli yang semakin berkurangan kepada Anwar di Permatang Pasir inilah, Saleh Man dan jentera PAS yang masih memihak kepada Anwar Ibrahim akan memberi tumpuan sepenuhnya di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu Kg. Cross Street, Sama Gagah dan Permatang Pauh dan bagi memastikan PAS mendapat sokongan pengundi cina.

Salleh Man juga dikatakan telah menonjolkan hubungan baik dengan LIM Guan Eng, Ketua Menteri Pulau PINANG dan Dato’ Seri Ir. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN, Bekas MB PERAK.Yang mana tindakan ini adalah atas arahan Anwar Ibrahim yang menyedari hanya undi daripada kaum Cina yang dapat menentukan kemenangan Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir.

Khulasahnya, kemenangan PRK Permatang Pasir adalah hanya matlamat peribadi Anwar Ibrahim untuk membuktikan sokongan kepada beliau semakin kuat bukan bermatlamat untuk memenangkan calon PAS. Hanya Saleh Man,Mahfuz Omar dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sahaja yang membantu Anwar. Sedangkan kepimpinan PAS yang lain lebih senang melihat daripada jauh kerana tidak yakin dengan Anwar Ibrahim mampu membantu perjuangan PAS.

Pimpinan PAS yang lain ternyata jelek dengan Anwar Ibrahim yang hanya mendiamkan sahaja apa yang dilakukan oleh DAP di Selangor. Kumbang juga mendengar khabar angin PAS di Selangor hanya menunggu masa dan ketika sahaja untuk menyeberang ke Barisan Nasional.

Adakah selepas PRK Permatang Pasir selesai?
Kita sama-sama tunggu..

Persoalan di atas semua kecelaruan ini,
Sampai bila PAS akan menggadaikan prinsip dan menjadi alat untuk Anwar Ibrahim meraih kuasa?
Sampai bila ahli-ahli PAS akan tunduk kepada Anwar Ibrahim dan membelakangkan arahan dan amanat pemimpin mereka sendiri?

Kepada ahli-ahli PAS dan Para Pengundi Permatang Pasir fikir-fikirkanlah...

default

Samseng PAS tunjuk berani depan Puteri UMNO di Samagagah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



PB memang bengang dengan tindakan samseng dari Pemuda PAS ini dan disertakan beberapa foto yang menunjukkan kesamsengan orang Samagagah . Kalau nak tunjuk Pemuda PAS anak jantan ,kita lawan jantan sama jantan la !! Bodoh dan bangan berani depan perempuan saja rupanya Pemuda PAS Samagagah ini pimpinan Nasrudin tantawi..haha

Sebenarnya PAS di Prmtg Pasir ini sekarang takut jika bila tengok BN melalui Puteri UMNO datang untuk menolong penduduk kampung yang susah dan memerlukan bantuan . Sehingga ada yang berkata kepada Puteri UMNO supaya berambus dari kampung kami ..ini kawasan kami . Ini lah tanda-tanda PAS akan di ambang kekalahan di Prmtg Pasir .



Pemuda PAS (bertopi putih) mengalih muka beliau kerana takut dikenali.




Samseng PAS yang kurang ajar kepada Puteri UMNO.Woi kalau anak jantan berdepan la dengan Pemuda UMNO !!!


Muslimat PAS entah dari IPT mana juga terlibat di dalam insiden di Sama Gagah.

default

Anak Mahfuz dalam penjara tetapi bercakap pasal intergriti

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seperti yang dijanjikan oleh sdr RBF yang mencabar Mahfuz mendedahkan mengapa beliau selalu melawat penjara.

Ini lah yang pendedahan oleh blog RBF iaitu Mahfuz ke penjara kerana melawat anaknya di penjara. baca di sini untuk selanjutnya

Bila mahfuz bercakap soal integriti ke atas diri Calonb BN Rohaizat , aku rasa mahfuz harus muhasabah diri dahulu. Orang Alor star mungkin kenal sapa mahfuz ini dan keluarganya . Amat malang untuk orang PAS mendapat Naib Presiden yang gagal mendidik anaknya tetapi setiap hari dok sibuk cakap keburukan diri orang lain .

default

PAS Kg Pelet fobia dengan kain rentang take beer

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Bilik Gerakan BN Kg Pelet


Kain rentang Take Beer yang membuatkan mereka marah

Semalam dalam jam 3.00 pagi , PB mendapat maklumat Pemuda PAS Kg Pelet yang kebanyakkan terdiri daripada orang luar yang tidak dikenali datang dari markas mereka dalam 30 orang bermotorsikal ke Bilik Gerakan BN Kg Pelet.

Ketika itu ,lebih 20 orang Pemuda UMNO Kg Pelet sedang asyik menonton vcd filem yang dipasang di dalam bilik gerakan . Mereka dengan berlagak dan angkuhnya sebab mereka ramai mengarahkan kain rentang Take Beer ini diturunkan di kawasan bilik gerakan BN Kg Pelet.

Kain rentang itu pun diturunkan oleh setelah berbincang dengan ketua mereka. Dahulu semasa PRK Prmtg Pauh dulu mereka pernah juga mai serang Bilik Gerakan BN Kg pelet ini juga kerana ingin pukul seorang pemuda yang membawa risalah untuk diedarkan di setiap bilik gerakan BN.

PAS Kg Pelet kini tertekan dengan UMNO .UMNO banyak melakukan program-program sejak mulanya selepas penamaan calon lagi dan ia mendapat sambutan oleh penduduk kampung. Pihak RISDA juga telah membina sebuah rumah untuk satu keluarga yang miskin tegar dan hari ini juga mereka akan datang lagi ke sebuah rumah lagi untuk melihat sebuah keluarga yang rumahnya sudah uzur untuk dibina rumah baru yang lebih selesa. PB harap akan peti undi Kg Pelet pada PRK Prmtg Pasir akan kembalik semula ke tangan BN setelah tewas pada PRU 12 dan PRK Prmtg Pauh.

default

Strategi PAS hari menjelang hari mengundi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


PB baru mendapat berita yang esok PAS akan mengupah budak-budak motor untuk buat kacau, mereka ini akan memegang bendera BN dan membuat kacau .Selain itu , PKR juga akan membawa 100 buah kereta untuk bikin jalan sesak di Prmtg Pasir .Sekarang ini suasana di Prmtg Pasir memang jalan cukup sesak terutama di pekan Prmtg Pauh , Bukit Indera Muda dan Prmtg Pasir .

Selain itu itu pakatan haram yang semakin ditolak oleh pengundi Prmtg Pasir ini juga telah mengada-adakan cerita bahawasanya sudah ada ketidak fahaman di antara UMNO, MCA dan Gerakan di Permatang Pasir .Sedangkan perkara itu tidak wujud langsung malah tinjaun PB di Bilik Gerakan MCA di Prmtg Pauh kita lihat ramai kaum Cina hadir ke program anjuran MCA .


Tujuan mereka mengada-adakan cerita ini jelas menampakkan mereka sudah ketandusan idea, pakatan haram menggunakan segala taktik kotor untuk memenangi pilihanraya kecil ini! PAS kini memang sial sudah malah semakin tidak disukai oleh pengundi Prmtg Pasir. PAS menghina Puteri UMNO di bulan puasa ini dengan memanggil UMNO bawa virus H1N1 ,UMNO Kafir dan lain -lain.

PAS kini aku tak sangka yang PAS akan jadi hina seperti ini di Prmtg Pasir ..Hidup PASBERG !!

default

Ceramah Nga nga tak dapat sambutan ahli PAS Kampung Pelet

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Pemimpin Dap Ngar Kor Ming Perak tidak diberi layanan dan sambutan oleh PAS cawangan Kg Pelet malam tadi. Kehadiran pengundi yang hadir amat mengecewakan. Ngar Kor Ming hanya mampu ternganga melihat sambutan yang diberikan kepadanya.

Isu yang digunakan adalah Isu Gobalakrishnan menampar Polis Melayu. Menurut Ngar, Gobala menampar anggota polis itu kerana polis itu memanggilnya sebagai paria. Dimaklumkan sebelum ceramah Ngar lagi sms dan surat telah dihantar ke semua ahli PAS mengenai isu ini.
Walau bagaimanapun tidak ada respon yang diberikan.. Sebagai tanda protes, ahli Pas cawangan Kg Pelet memboikot ceramah Ngar Kor Ming.. secara tidak langsung juga membuktikan ahli PAS di situ tidak kisah tentang hubungan PAS dan DAP di Pulau Pinang. Malah tidak kisah dengan perbuatan YB dari PKR kerana PKR Pulau Pinang sendiri mengabaikan ahli PAS di Permatang Pasir.. PKR hanya pandai membuat kacau sahaja

Sumber : n11permatangpasir.blogspot.com



default

N11 PERMATANG PASIR : POSTER FITNAH DARI PAS , ALAHAI MAHFUZ !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Pas kita lihat ini sekarang ini semakin tertekan setiap hari menjelang hari mengundi . Banyak poster -poster fitnah telah dikeluarkan dan diedarkan di Permatang Pasir. Menurut sumber , pengeluaran poster gila seperti ini adalah untuk meraih simpati daripada penduduk kampung supaya mengundi PAS

Dalam ceramah-ceramah mereka malam tadi ini pun apabila ditinjau tidak mendapat sambutan pun seperti di Pekan Prmtg Pauh .Ceramah -ceramah UMNO yang hanya menggunakan rakaman video Ustaz Kamal Saidin di Kg Paya dan Kg Pelet lagi ramai . haha memalukan lah ceramah PAS tidak mendapat sambutan di Prmtg Pauh kubu kuat Anwar Ibrahim .

default

Wayang PAS mempersembahkan Kisah Salleh Man

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Dasyat betul perangai Salleh Man ni kan di bawah ini cerita ringkas persembahan wayang PAS production, inilah kisah yang sebenar tentang Salleh Man, please enjoy the movie!

Begitulah kisahnya.....anda fikir-fikirkanlah!

Sumber : HousePK

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© Generasi Pejuang Bangsa . Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.