Archive for 10/25/09

default

Doa PAS untuk lihat UMNO pecah kini sudah balik kepada mereka

on Sunday, October 25, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments









Diberitakan selepas kepimpinan tertinggi Pas mengalami ‘krisis dalaman’, sayap parti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat pula kini berhadapan dengan kepincangan dalam soal perjuangan parti di kalangan ahli-ahlinya.

Ketuanya, Nasrudin Hassan melalui blognya,

menyifatkan ahli-ahli sayap parti itu kini bagaikan sudah hilang ‘umph’ kerana semangat perpaduan dan perjuangan demi agama di dalam diri masing-masing seakan menghilang.

"Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph". Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Memang aneh cara kita berjemaah di zaman moden ini. Hilang ‘umph’ dan yang timbul adalah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain.

"Suasana sentiasa tegang dan panas. Bila-bila masa boleh mencetus perbalahan. Masing-masing menunggu ‘tuning point’ sebagai masa nak bertindak,” katanya di dalam entri terbaru di dalam blognya itu. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Sementara itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula masih tetap dengan pendiriannya dan berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supayaPAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

http://www.malaysiakini.com/news/115787

Begitu juga keadaannya dikalangan ahli PAS dan Blogger mereka. Mereka seakan pasrah dengan krisis dalaman partai kesayangan mereka sehingga ada juga yang teringin untuk meneruskan perjuagan mereka bersama DAP. ISHH..ISHHH..KESIANNYA….SUSAH-SUSAH MASUK AJE PARTI TUPPERWARE…!!!

http://singa-maraja.blogspot.com/2009/10/orang-pas-di-seru-masuk-dap.html

http://abnnasution.blogspot.com/2009/10/masuk-saja-dap.html

Terdapat juga yang merasa bahawa tindakan Tok Guru mereka betul cuma salah timing. SALAH TIMING APENYA…CUMA TOK GURU KAU TU DAH OVER-TIMING….KAH..KAH..KAH..!!!

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/10/timing-tak-kena-tok-guru.html

Tapi lagi lucu ada yang benar-benar percaya terdapat dikalangan pemimpin PAS yang pro-UMNO…malah dianggap AJEN-AJEN UMNO dalam PAS. Woiii…autahlah lu...setahu penulis pemimpin-pemimpin PAS yang PRO-PERPADUAN tu adalah WARAS otaknya...kerana memikirkan survival AGAMA dan BANGSA bukan semata-mata survival PARTAI..!!

http://tukartiub.blogspot.com/2009/10/ajen-gerombolan-dalam-pas-hendak-di.html

Itulah dulu kerap sangat berdoa dan bermunajat untuk kemusnahan terhadap saudara seislam dalam UMNO. Tapi ALLAH s.w.t tu Maha Kaya..sebaliknya berlaku…UMNO kian tersusun ..kian teguh…kian kuat…!!!

Lihat apa yang nyata sekarang ialah doa mereka yang berjela-jela mungkin telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno BN berpecah.

sumber : unit media baru


Pas semakin parah. Ketua Dewan Ulamak PAS, Harun Taib menafikan yang Nik Aziz menulis dalam blognya berkenaan Muktamar khas.Kalau bukan Nik Aziz yang tulis,siapa lagi gamaknya yang memegang pasword blog Nik Aziz.


Komen PB
Doa tidak baik oleh mereka yang mahu lihat UMNO berpecah akhirnya telah balik kepada mereka seperti yang dikatakan oleh Naib Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi .

"Nik Abdul Aziz selalu berdoa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah, ini bererti doa tidak baik itu telah berbalik kepada mereka sendiri, Allah telah membalas apa yang beliau sebut dan minta serta ia terkena batang hidung sendiri, mudah-mudahan ia dimakbulkan Allah,"

Lambat laun rakyat akan dapat menilai parti yang mana dapat berkhidmat baik untuk rakyat dan negara ini . Rakyat kini bijak menilai siapa yang pembohong dan suka melihat pepecahan dalam negara ini .

Link yang menarik untuk dibaca mengenai krisis PAS dan EGM Nik Ajis

Nik Aziz dan EGM Pas
Wajarkah EGM Pas diadakan?
ANTARA PERUBAHAN UMNO DAN PERUBAHAN PAS.
Nik Aziz diguna untuk memuaskan kerakusan kuasa Husam

default

Nizar KETAQ !! : Ketua Samseng takut kepada samseng diupah kawal sidang Dun

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Sidang Dun yang akan bermula 28hb ini bakal membangkitkan lagi gila meroyan Ketua Samseng Nizar Derhaka dan kawannya dari parti ultra kiasu untuk membuat onar di sidang Dun kali ini . Nizar memulakan langkahnya iaitu dengan mendakwa kononnya mendapat maklumat tidak sah yang UMNO mengupah samseng menjadi bentara di dalam Sidang Dun Perak 28hb ini nanti .

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan. Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".
Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan. Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu
Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini. Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar. "Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya

malaysiakini.com

PB hairan bagaimana Nizar ini dapat tahu Bentara yang akan mengawal itu diklasifikasi sebagai Samseng ?? Bagaimana Nizar ini boleh menuduh orang itu ini sebagai samseng ??


Inilah samseng sebenar !!


PB pelik dengan media Malaysiakini.com ini terus mengangkat Nizar derhaka ini sebagai Menteri Besar Pakatan Haprak Perak walaupun sudah tahu Nizar sudah hilang kuasa dan majoriti di DUN Perak . Apakah muslihat sebenar Malaysiakini ini ?? Berita dari Malaysiakini mengenai kenyataan Nizar ini akan terus dijadikan modal untuk sebaran di blog2 haprak pakatan ..



Walaupun mereka berkata tidak akan mencetuskan kekecohan di sidang Dun nanti , tetapi sebenarnya mereka ini penipu No 1 . Cakap dan janji mereka tidak boleh dipercayai . PB mendapat info dari rakan2 blogger lain bahawa mereka ini akan membuat kacau juga nanti semasa sidang Dun itu berjalan supaya ia ditangguhkan .klik di sini

default

Perpecahan Islam yang disengajakan - Dr Ridhuan Tee

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2009)

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saya dituduh sebagai tali barut UMNO dan dibayar berjuta-juta untuk menulis artikel. Oh! Senang sekali untuk jadi kaya. Tulis artikel mengutuk pembangkang atau berbau perkauman, UMNO akan bayar. Mungkin selepas ini, pembaca boleh menyertai saya untuk jadi kaya. Senang sahaja caranya, kutuk pembangkang dan puji UMNO, maka kita akan dibayar berjuta-juta. Begitulah banyak sekali duit UMNO! Inilah pemikiran ultra kiasu. Mereka tidak boleh diusik langsung. Orang lain semua salah, mereka sahaja yang betul.

Saya dicabar kenapa tidak menegur UMNO yang dikatakan mengamalkan rasuah? Untuk makluman semua, sila baca artikel saya dalam Utusan Malaysia (22 Disember 2008). Saya ada menulis bahawa makan rasuah lebih hina daripada makan babi atau lebih baik makan babi daripada makan rasuah. Begitulah hinanya mengambil dan makan rasuah. Kenapa pembangkang tidak menyokong saya ketika itu? Inilah mentaliti kelas ketiga masyarakat kita, bila kena pada orang lain kita suka, bila kena pada diri sendiri, ibarat meludah ke langit. Bersih sangatkah kita? Ingatlah, kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap. Saya tidak nafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang penting dalam sistem demokrasi sebagai check and balance.

Cuma satu perkara yang saya pohon, yang baik kata baik dan sokonglah. Manakala, yang tidak baik, boleh ditegur dengan cara berhikmah. Jangan tolak semua disebabkan tidak sehaluan. Lebih hina lagi, suka menyerang peribadi. Adakah peribadi kita semuanya baik? Ingat saudara, kadangkala kita juga menyimpan pekung di dada. Kita juga buat silap, tetapi kita tidak berani untuk mendedahkannnya, dibimbangi terpalit ke muka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Saya mengatakan yang benar, jika hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam dan menjalankan hukumnya, parti ultra kiasu dan sekutunya, bukanlah pakatan yang sesuai. Sebab mereka tidak pernah bersetuju dengan Islam. Parti ultra kiasu itu amat kuat menentang Islam. Takkan tidak nampak lagi. Sementara sekutunya pula sehingga hari ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong idea PAS untuk menubuhkan negara Islam. Cubalah PAS bertanya walaupun sekali kepada kepimpinan tertinggi mereka. Jawapannya, mereka memang tidak mahu Islam. Agenda peribadi mereka jelas, mahu membalas dendam. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Siapa yang rugi? Orang Islam juga. Adakah orang bukan Islam rugi? Tidak. Mereka tetap untung sama ada dalam BN atau Pakatan Rakyat, walaupun berhadapan krisis dalaman parti sendiri.

Justeru, bila saya mencadangkan PAS bekerjasama dan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO, itu bukan retorik kosong. PAS dan UMNO adalah parti dominan umat Islam di negara ini. Arah tuju Melayu Islam bergantung kepada dua parti ini. Bukan parti ultra kiasu dan sekutunya yang baru setahun jagung. Perjuangan mereka ada agenda tersembunyi. Saya minta saudara semua, bacalah bahan-bahan yang terlampau banyak dalam internet. Jangan lupa baca juga bersama perjuangan freemason. Saudara tentu akan mendapat gambaran sebenarnya.

Manfaat PAS berkawan dengan UMNO lebih banyak hasil Islamnya berbanding dengan parti ultra kiasu yang terang-terang menolak Islam, termasuk sekutunya. Contoh di negeri Selangor amat jelas, adakah sinar Islam benar-benar tertonjol walaupun ketuanya orang Islam. Fikirkan sendiri. Jangan berkonflik dalam diri, seksa hidup kita. Biarlah kita berkawan dengan musuh, sekurang-kurangnya kita telah kenal hati budinya, daripada berkawan dengan musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam, yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.

Saya bukan ahli UMNO, saya tidak mendapat satu senpun dari UMNO. Tetapi saya melihat politik umat Islam amat merugikan. Jika berkawan dengan UMNO, tidak dapat menegakkan Islam, apakah berkawan dengan musuh UMNO, Islam dapat ditegakkan? Tidak juga. Jadi, timbangkanlah mana lebih baik antara keduanya. Itu sahaja. Habis cerita.

Politik kita lebih kepada untuk membalas dendam. Inilah kelemahan politik Melayu yang amat ketara. Kita sanggup pecah kepala dan pecah segala-galanya semata-mata kerana berbeza pendapat seperti pilihan raya Bagan Pinang baru-baru ini. Orang lain bergaduh juga, tetapi pergaduhan mereka macam adik-beradik. Hari ini nampak bergaduh, esok mereka berbaik-baik. Tak pernah dengarpun sampai pecah kepala. Kenapa kita tidak boleh menjadi sedemikian? Kenapa perlu berpatah arang berkerat rotan. Masalah inilah yang menghantui umat Islam hari ini sehingga kita diperkotak-katikkan. Umat Islam merempat di bumi sendiri. Apakah kita yakin kita boleh bangun selepas ini?

Bandingkan dengan negara China, mereka hanya ada satu Cina. Tidak timbul Taiwan itu keluar daripada Cina. Pada kerajaan China, Taiwan itu adalah Cina. Cina tetap Cina. Taiwan tidak boleh bersekongkol dengan Amerika untuk menghancurkan Cina. Sebab apa? Jawapannya, sebab kerajaan China, kenal musuh yang sebenar dan musuh dalam selimut. Sebarang percubaan menghancurkan China, tidak ada kompromi.

Dengan sebab itu, kerajaan China amat tegas dengan Taiwan. Sebarang percubaan untuk ‘mengAmerikakan’ Taiwan akan ditentang habis-habisan. China mengambil pendekatan satu Cina dan maruah bangsa lebih penting daripada segala-galanya. Berpegang kepada prinsip yang SATU ini, akhirnya China menjadi hebat. Musuh ketatnya Amerika pun rasa takut, apatah lagi musuh yang cuba menjadi musuh dalam selimut. Tamadun mereka adalah warisan nenek moyang yang tidak boleh dijual beli dan tidak ada kompromi. Jika Taiwan dirosakkan, maka hancurlah konsep kesatuan SATU China. Saya harap pembaca faham sedikit perbandingan ini dengan negara kita dan kaitannya dengan artikel saya minggu lepas. Begitulah hebatnya pegangan ajaran nenek moyang dan tamadun bangsanya.

Islam tidak pentingkan nenek moyang, sebab kita ada Allah Yang Maha Esa. Sepatutnya kita yang ada Allah lebih hebat daripada mereka yang percaya kepada nenek moyang. Allah yang menjadikan nenek moyang. Kenapa hari ini manusia yang menyembah Allah, lebih hina daripada mereka yang menyembah nenek moyang. Janganlah pula menyalahkan Allah, kerana kita tidak bersatu atas nama Allah walaupun Allah memberi amaran, berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu berpecah belah.

Manusia yang yakin dengan Allah telah terbukti akan kehebatan. Lihatlah tamadun yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak ada sedikitpun kekurangan. Persoalannya, kenapa umat Nabi SAW begitu naif? Sukarnya sangatkah kita hendak bersatu atas dasar Islam? Apakah penyatuan Islam itu perlu tunggu wujudnya negara Islam atau perlaksanaan hukum Islam?

Kenapa kita tidak dapat membaca realpolitik Islam di negara kita? Bolehkah diwujudkan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam jika penduduk negara ini tidak solid atau hampir seratus peratus Islam. Bagaimanakah kita mahu paksa bukan Islam yang hampir 50 peratus menerima hukum Islam? Tidak kah kita terfikir bahawa orang bukan Islam tidak akan selamanya bersetuju dengan Islam?

Jika begitulah keadaannya, bolehkah PAS menubuh negara Islam jika berkawan dengan mereka yang terang-terang menolak Islam. Tidak boleh juga. Jika begitulah keadaannya, kenapa tidak hari ini kita bersyukur dengan kepimpinan Islam yang sedia ada dan cuba memperkuatkan lagi agar nilai-nilai Islam terpancar walaupun hakikat sebenar hukum Islam tidak dapat dilaksanakan?

Saya fikir hari ini, kita perlu duduk semeja untuk fikirkan bagaimana nilai-nilai Islam boleh dilaksanakan di negara kita daripada bercakap soal hukum hudud yang amat sukar dilaksanakan kerana majoriti-minoriti negara kita tidak besar. Mungkin Brunei, Pakistan dan negara Arab yang lain tidak sukar untuk melaksanakan hukum Islam. Tetapi di Malaysia tidak sedemikian geografi penduduknya.

Adalah lebih baik nilai-nilai Islam dilaksanakan kerana saya yakin nilai-nilai Islam turut dikongsi oleh semua agama. Mana ada satu nilai-nilai baik Islam ditolak oleh agama lain. Apa yang diharamkan oleh Islam turut diharamkan oleh agama lain seperti berzina, berjudi, minum arak, mengumpat dan lain-lain. Nilai-nilai baik lain tidak perlu disebutkan, kerana saya yakin semua akan bersetuju, kecuali bagi mereka yang terlampau ghairah dengan cara hidup barat.

Jika ada agama yang mengatakan apa yang dilarang oleh Islam itu dibolehkan, dan nilai-nilai baik itu ditolak, saya berani mengatakan bahawa hina sungguh agama mereka. Tetapi tidak sedemikian. Apa yang saya belajar semasa menganut agama Buddha dan Kristian satu masa dahulu, sebenarnya terlalu banyak persamaan. Persamaan itulah yang perlu kita cari dan selesaikan untuk dilaksanakan, bukannya membuang masa membincangkan sesuatu yang jauh dari realpolitik dan amat sukar dilaksanakan. Akhirnya, wang ringgit dibazirkan, kerana membincangkan perkara yang tidak boleh dilaksanakan kerana tidak memahami realpolitik dan berpecah belah tidak tentu pasal. Siapakah yang rugi sebenarnya?

Saya bukan menolak negara Islam dan hukum Islam, tetapi selaku pengkaji politik, saya membaca realpolitik Malaysia. Saya sedih dan amat khuatir melihat umat Islam berpecah. Perpecahan yang disengajakan. Kita sudah terlepas Singapura, adakah kita mahu lihat Singapura kedua dan selepas itu, Singapura ketiga?

default

Anwar putar alam dengan mengatakan kerajaan pusat melupakan anggota tentera dan polis dalam Bejet 2010

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Media hari ini menyiarkan pandangan DS Anwar Ibrahim tentang Bajet 2010. Beliau telah menyentuh beberapa perkara. Di antaranya ialah :-

Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh & Penasihat PKR)menyatakan kerajaan pusat telah melupakan anggota tentera dan turut mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak menunaikan janji setelah memenangi kerusi DUN Bagan Pinang yang majoriti pengundinya adalah anggota tentera. klik disini

“Sepanjang saya menghadiri pembentangan bajet, inilah kali pertama peruntukan kepada Kementerian Pertahanan tidak disebut langsung.Sewajarnya perkara ini disentuh dan diberi perhatian,” katanya pada sidang akhbar selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat di sini hari ini.- Utusan Malaysia.


Kenyataan Anwar dia atas adalah bertentangan dengan akhbar hari ini serta kenyataan transkrip penuh Najib dalam Bejet 2010 yang dibentangkan . klik di sini laporan akhbar

Kerajaan memperuntukkan RM3.7 bilion untuk meningkatkan kecekapan anggota keselamatan termasuk menyediakan kelengkapan moden dan canggih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM1 bilion diperuntukkan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana Menteri berkata, keselamatan sempadan juga tidak terkecuali dengan peruntukan RM1.9 bilion bagi meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan.


RM622 juta diperuntukan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebagai persediaan bagi memastikan kawasan perairan negara bebas daripada aktiviti penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun.

PB harap Anwar janganlah dok perdaya orang yang tengok live di tv ketika Bajet 2010 dibentangkan . Rakyat di seluruh negara tengok dalam TV serta mendengar radio secara live yang Najib dan umumkan bajet untuk pasukan keselamatan negara termasuk askar dan polis tetapi macamana Anwar ini boleh kata tiada peruntukan .haha

Anwar ini lena ke ketika Najib bentang Bajet ??

Jadi , jangan percaya cakap kaki putar alam ini seperti Anwar !!!


default

PR perlu sokongan Melayu juga bentuk kerajaan pada PRU 13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Bolehkah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan yang halal dan absah (berlegitimasi), seandainya gagal memperolehi sokongan lebih 50% daripada masyarakat Melayu, tetapi sokongan masyarakat kaum lain memberikan bilangan kerusi yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk PR memerintah di peringkat pusat?

"PR mungkin terasa serba salah dengan kesahihan kerajaannya seandainya ia memperolehi kurang 50% daripada sokongan masyarakat Melayu, walaupun mendapat mandat lebih 50% daripada seluruh masyarakat Malaysia."

Demikianlah pemerhatian dan persoalanan yang dilontarkan oleh pengkaji politik, Wong Chin Huat selepas kekalahan PR di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober yang lalu. Wong mengemukakan statistik bahawa wujudnya kecenderungan pengaliran undi masyarakat India kepada BN dalam PRK tersebut, yang boleh dijelaskan sama ada Bagan Pinang ialah "kes terasing" atau "menggambarkan trend keseluruhannya (khususnya masyarakat India)".

Seandainya 40% undi Melayu diperolehi...

Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong (gambar kiri) terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.

Untuk Wong, selagi PR terasa serba salah jikalau gagal memperolehi lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, maka UMNO dan lidahnya, Utusan Malaysia akan diberi kesempatan untuk meneruskan serangannya.

Seandainya Pakatan Rakyat meretak...

Logik Wong begini. Seandainya PR terus dihantui bayangannya "untuk mendapat sokongan lebih 50% Melayu", maka parti komponen PR, terutamanya PAS dan PKR dijangka akan beralih kepada hujah mahupun dasar yang menampakkan perkauman dan keagamaannya sekali-kala, sekiranya tidak tahan dengan serangan UMNO dan Utusan Malaysia.

Lantaran itu, PAS dan PKR akan bertelagah dengan DAP yang perlu tampil untuk menyanggah hujah dan dasar tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah pengundi bandar, kelas menengah akan hilang yakin kepada PR kerana "harapan (yang diberikan PR)" kini diganti dengan persepsi "sering berbalah sesama sendiri". Senario ini berakhir dengan retaknya PR seperti Barisan Alternatif sebelumnya...

Untuk mengelakkan ramalan pesimis ini menjadi kenyataan, Wong menganjurkan pandangan bahawa PR perlu yakin bahawa dirinya tetap kerajaan yang absah seandainya mendapat mandat lebih 50% undi daripada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Sistem negara yang dikuasai Melayu

Ketika mengulas pandangan yang diutarakan Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, "legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu" merupakan "persoalan struktur" yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.

Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem "negara Melayu", di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu.

Justeru itu, Yong berpendapat bahawa PR tidak dapat mengelakkan dirinya ketika berdepan dengan persoalan ini, dan terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Yong menganggap bahawa PR masih belum menemui jalan keluar, ketika berhadapan dengan serangan retorik UMNO bahawa "naiknya PR bermaksud hilangnya kuasa Melayu".

"Sememanganya, PR tidak akan dapat menandingi UMNO ketika membincangkan Melayu. Namun, apakah hujah sebaliknya yang diketengahkan untuk membalas retorik UMNO? Satu hujah yang senang difahami, berkesan untuk memujuk dan mendapat keyakinan masyarakat Melayu...," kata Yong.

Misalnya, "Melayu" dipisahkan kepada Melayu-Bandar, Melayu-Kelas Menengah dan sebagainya, agar kepentingan Melayu ini dapat dihalusi dan dibincangkan secara konkrit, cadang Yong.

Malah, Yong (gambar kanan) menganggap "politik berbilang kaum" yang dianjurkan PR ini perlu didalami, dan bukan hanya berpuas hati dengan aktiviti seperti rumah terbuka sahaja. Beliau mencadangkan agar pemimpin PR perlu berdialog dengan sektor perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, untuk menghapuskan rasa musuh dan syak wasangka yang wujud.

Apabila tembok ini dipecahkan, barulah PR boleh tampil dan mendakwa dirinya sebagai pakatan politik yang melambangkan kepentingan semua kelas dalam masyarakat Malaysia, simpul Yong.

*Perbincangan ini mengambil tempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Oktober 2009, dalam satu forum yang bertajukkan PRK Bagan Pinang.

sumber : merdeka review


Komen PB

PB tidak setuju dengan pandangan stigma Editor Malaysiakini Yong Kai Ping bahawa BN memerintah negara ini berpuluh tahun kepada satu sistem iaitu " Negara Melayu ". Beliau harus balik baca kepada sejarah bagaimana negara ini dibentuk ,asas negara ini dan hak keistimewaan Bumiputra yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan . Jika dia cakap pasukan keselamatan hanya Melayu dan Bumiputra sahaja dianggotai adalah silap dan beliau harus tanya balik kepada bangsanya mengapa mereka tidak berminat menyertai pasukan keselamatan seperti polis dan Askar.


Cara politik PR sebenarnya bukan perlu difahami tetapi sebenarnya adalah tidak adil kepada semua kaum terutama kaum pribumi iaitu Melayu dan Bumiputra. Mereka perjuangkan hak samarata semua kaum walhal kaum Melayu dan Bumiputra masih lagi ketinggalan dan perlukan perhatian seta bantuan.

Lihat sendiri artikel dia atas ini , PB lihat telah bangsa lain telah bersedia dan sibuk berbincang dan merancang strategi menjelang PRU 13 untuk PR selepas kekalahan PR di Bagan Pinang ini . Kita harap parti keramat kita UMNO dan BN jangan leka dengan kemenangan di Bagan Pinang ini dan teruskan menjadi juara rakyat seperti dikatakan PM .



Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.