Bukan saja PAS kalah di Bagan Pinang tetapi Anwar juga ditolak

on Tuesday, October 13, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Analisis Kumbang..

Kemenangan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Bagan Pinang dengan majoriti yang agak besar semalam iaitu 5,435 undi menimbulkan tanda tanya.

Adakah jentera Komplot Pembangkang yang mendapat bantuan kelas pertama iaitu risikan,kewangan dan sebagainya daripada agensi Amerika tidak mampu untuk menewaskan jentera BN yang kekuatannya agak sederhana dan masih menggunakan cara lama?

Anwar di dalam twitternya memberi komen mudah di atas kekalahan PAS di Bagan Pinang seperti di bawah :

"Keputusan Bagan Pinang harus mendorong kita bekerja lebih keras. Teliti karenah SPR, ugutan dan budaya samseng pemuda umno. Kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat".

Kumbang tertarik dengan perkataan 'kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat' kerana di sini sebenarnya sebab utama kenapa tersungkurnya komplot Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim.

Apa yang Kumbang katakan ini ada asasnya apabila Kumbang turun sendiri untuk bertanya kepada ahli PAS Bagan Pinang mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada jentera PAS yang begitu longlai di Bagan Pinang.

Menurut beliau ahli PAS di kawasan DUN Bagan Pinang sebenarnya tidak berpuas hati dengan campur tangan Anwar Ibrahim dalam memilih calon mereka untuk PRK Bagan Pinang. Menurut beliau lagi Anwar Ibrahim dikatakan memilih Zulkefly kerana Zulkefly berada di dalam team Erdogan dan Anwar menurut beliau tidak mahu pemimpin yang terlalu alim dan pro Ulamak untuk dicalonkan mungkin untuk mengambil hati kaum bukan melayu.

Hal ini yang menyebabkan Ustaz Kassim Tahir yang popular di kalangan warga Bagan Pinang tidak dicalonkan, sedangkan Ustaz Kassim Tahir sendiri memberi jaminan beliau mampu memenangkan PAS kerana popular dan disayangi oleh pengundi Bagan Pinang.

Malangnya jaminan Ustaz Kassim Tahir ini tidak dapat mengubah keputusan campur tangan Anwar Ibrahim ini dan ditambahkan lagi dengan khabar angin bahawa Komplot Pembangkang mencalonkan Zulkefly kerana ingin menjadikan Zulkefly, Menteri Besar dalam satu rancangan peralihan kuasa ala 16 September di Negeri Sembilan bila-bila masa dari sekarang.

Disebabkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan calon inilah yang menyebabkan jentera PAS di Bagan Pinang tawar hati dan tidak bersungguh-sungguh di dalam berkempen. Para blogger Komplot Pembangkang turut mengalami keadaan sama apabila tidak lagi bersungguh-sungguh menulis artikel dan menjawab hujah blogger anti Anwar dalam tempoh kempen serta ada juga yang memainkan isu lain.

Keadaan inilah yang menyebabkan PAS langsung tidak dapat memberikan tentangan terhadap jentera Barisan Nasional.

Kesan kepada permasalahan Komplot Pembangkang ini jelas ternyata apabila ceramah Anwar Ibrahim hanya dihadiri kurang daripada 300 orang, ini bermakna jika difikirkan jumlah penyokong dan jentera PAS di Permatang Pasir sudah mampu menghadirkan angka yang ramai. Tetapi jelas mereka iaitu penyokong dan jentera PAS melakukan protes kepada Anwar Ibrahim dengan tidak menghadiri ceramah dan mendengar retorik penipuan beliau.

Protes paling besar ditunjukkan dengan larinya hampir 3000 undi PAS kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya yang berlangsung semalam sebagai satu manifestasi penolakkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam parti PAS.

Kumbang mengucapkan terima kasih dan syabas kepada penyokong dan ahli PAS yang berani melakukan protes. Kumbang kira kekalahan ini sebenarnya pada luaran sahaja milik PAS tetapi sebenarnya kekalahan PAS dan Komplot Pembangkang di Bagan Pinang ini adalah kekalahan sepenuhnya Anwar Ibrahim kerana calon yang dipilih adalah calon pilihan Anwar Ibrahim dan bukan pilihan majoriti rakyat dan penyokong PAS.

Kumbang kira seperti semalam, sudah tiba masanya PAS memikirkan peranan mereka di dalam Komplot Pembangkang dan berani melakukan perubahan untuk keluar daripada pakatan yang merugikan ini. Semalam PAS kalah 5,435 undi, esok lusa mungkin PAS akan lenyap kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Sebelum perkara ini berlaku, Kumbang gesa PAS buatlah apa yang patut.

Apa yang Kumbang tahu kekalahan ini tidak akan merugikan Anwar kerana beliau dapat menghabiskan bacaan 9 buah buku dan beristirehat melawat kawan-kawan di Amerika di saat PAS sibuk berkempen untuk memenangkan calon 'pasti tidak akan menang' pilihan beliau sendiri.

Penyokong,blogger dan ahli PAS teruskan protes. Kita tolak Anwar Ibrahim!

sumber : analisis kumbang


2 Responses

  1. JANGGUT KAMBING says:

    PENGIKUT PAS CUBALAH CELIKKAN MATA KAMU KALIAN.INILAH AKIBATNYA BERTUANKAN ANUAR PEMBOHONG DAN BERTOK GURUKAN TOK GURU NYAYOK.

  2. nalapambu says:

    Nala tidak hairan kalau UMNO sudah menang di DUN Bagan Pinang.

    Pertama nya DUN bagan Pinang memang kubu kuat UMNO totok yang akan pangkah UMNO juga walaupun calun nya hanya sebiji kepala babi sebagai ganti calun UMNO. Kerana itu lah perangai UMNO totok.

    Kedua, DUN Bagan Pinang ada lebih 4000 pengundi pos.

    Jika Isa Samad bertanding di luar Bagan Pinang, misalnya di Perak atau Selangor pasti dia akan hilang wang pertaruhan nya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.