Nizar boneka !!: Ibrahim Ali buat report terhadap Bar Council

on Thursday, October 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat laporan polis berhubung borang kaji selidik yang dikeluarkan Majlis Peguam yang bertujuan menilai hakim-hakim di Malaysia.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Travers petang ini bagi meminta polis menjalankan siasatan segera kerana borang kaji selidik itu dikatakan boleh mempengaruhi soal pelantikan hakim.

"Borang kaji selidik yang dikeluarkan melalui web www.malaysianbar.org.my seolah-olah memberi peluang kepada orang awam membuat penilaian terhadap hakim-hakim di negara ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya borang kaji selidik itu yang bertajuk "Survey Form For Feedback On Judiciary" dikeluarkan laman web terbabit pada 25 Ogos dan 28 September lepas.

"Cara begini adalah salah kerana ia boleh mencemarkan nama baik (kehakiman) dan ia juga bertentangan dengan undang-undang negara sebab kita tidak boleh menyentuh tentang kedudukan hakim-hakim di negara ini," katanya.


Komen PB

BAR Council ini memang penyokong Anwar Ibrahim dan tindakan mereka ini sama seperti Anwar iaitu menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap institusi kehakiman . Lihat sendiri senario ini sekarang , mereka seperti iktiraf orang awam yang tidak tahu apa mengenai undang-undang menilai kedudukan hakim -hakim .

Inilah puncanya apabila ada pengkhianat seperti Anwar Ibrahim yang buka jalan ini selepas PRU 12 dan orang undang-undang sendiri pertikai kedudukan hakim-hakim. Satu penghinaan kepada undang -undang negara dan institusi kehakiman ..



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Bar council memang bodoh . Dia ingat dia boleh memperbodohkan rakyat. Nama aje lawyer, tapi akal pendek. Pelik, orang macam ni boleh jadi lawyer. Memang no quality langsung.

    Mereka ni menunjukkan kebodohan mereka yg dah memang bodoh.

  2. Galo says:

    ya ALLAH, KAU musnahknlh mrk yg menghina agama MU & Rasul2 MU & KAU bimbinglh mrk yg menegakkn agama MU & Rasul2 MU

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.