700 anak luar nikah di Kelantan
KOTA BHARU 26 Okt. - Seramai 700 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di Kelantan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.
Beliau berkata, keadaan tersebut membimbangkan dan kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut kerana pihaknya percaya masih ramai lagi anak luar nikah yang tidak didaftarkan.
Beliau berkata, kerajaan negeri melalui seminar, forum dan ceramah sentiasa menekankan kepada ibu bapa dan keluarga kepentingan pendidikan anak-anak dan bahaya gejala sosial di sekeliling mereka.
''Menerusi kursus bina insan dan kecemerlangan solat yang dianjurkan, kerajaan berharap para remaja dapat menjaga maruah diri masing-masing.
''Pengaruh dari kawan, cakera padat video (VCD) lucah, media amat kuat lebih-lebih lagi capaian kepada Internet yang semakin mudah menyebabkan kita sukar menyekat perkara yang tidak elok sampai kepada remaja.
''Namun demikian kita sentiasa berusaha dan bekerjasama dengan NGO dan agensi kerajaan untuk mengatasi masalah ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Catat jangkitan HIV tertinggi
KOTA BHARU 26 Okt. - Biarpun kerajaan Pas Kelantan sering mendabik dada dengan mendakwa mereka adalah contoh terbaik untuk mendidik rakyat tetapi realitinya berbeza.
Masalah sosial di kalangan rakyat di negeri ini tidak jauh berbeza dengan negeri-negeri lain, malah pada tahun lepas ia mencatatkan kes jangkitan HIV yang tertinggi dengan 749 kes baru berbanding tahun sebelumnya.
Hakikat ini diakui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Ubaidah Omar ketika menjawab soalan lisan, Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Paling membimbangkan, katanya, peningkatan golongan belia yang dijangkiti virus tersebut terutama melalui hubungan seks rambang.
''Statistik menunjukkan jangkitan baru melibatkan usia 20 sehingga 29 tahun adalah 25 peratus manakala 30 sehingga 39 tahun sebanyak 42 peratus.
Komen PB
Adakah ini hasilnya apabila sebuah negeri dikatakan Serambi Mekah dan diperintah oleh Tok Guru menunjukkan statistik seperti di atas. Patut lah benar apa yang dikatakan Tun Mahathir hari ini iaitu Nik Aziz perlu berundur sebelum dikutuk kerana negeri Kelantan tidak membangun sejak 19 tahun ditadbir PAS.
Berdasarkan statistik ini, adakah berjaya ke Tok Guru memerintah mengikut ciri -ciri ala Islam dan mendidik rakyatnya . Mungkin Tok Guru perlu muhasabah balik apa yang beliau buat selama dia perintah di negerinya dan menerima kritikan oleh pihak lain terhadap pemerintahannya di Kelantan . Jangan terlalu ego dan sombong sangat kerana adan berada di atas dan menggunakan status ulama untuk berkuasa dan tidak menerima teguran orang lain