Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melawat dan melihat sendiri pembangunan di bawah pentadbirannya di Kelantan. Beliau berkata, tidak perlu bekas Perdana Menteri itu datang ke pejabatnya (secara rasmi) untuk meninjau sejauh mana kejayaan yang dicapai sepanjang mentadbir negeri ini yang dianggap mundur dan tidak membangun itu. Nik Aziz mendakwa, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan negeri ialah pembangunan dari segi fizikal dan pembersihan minda dan ini paling penting berbanding pembangunan fizikal.


"Kenyataan itu, (kononnya) kerajaan negeri di bawah tadbiran saya ini tidak maju dan mundur, tidak betul. Sebab itu saya jemput dia mari sendiri tengok dari segi pembangunan fizikal, sekarang ada KB Mall, ada Hotel Renaissance, ada pasar raya Tesco, ada Parkson, ada Nirwana, dia boleh tengok sendirilah," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim, Kota Bharu Selasa.klik di sini selanjutnya



Apabila Nik Aziz bengang dengan sindiran oleh Tun M mengenai kemunduran Kelantan selama 19 tahun dibawah pemerintahan Nik Aziz ,beliau mengajak Tun M melawat Kelantan . hahaha nak tergelak aku melihat kenyataan nik aziz ini kerana dia nak mengajar Tun M pulak mai tengok dia membangunkan Kelantan . Tun M dan Nik Aziz ibarat langit dan bumi bila dia bercakap mengenai soal pembangunan . Peluang pekerjaan di Kelantan tak ada ,nak cakap mengenai pembangunan ..ribuan pelajar kelantan habis berlajar ,bila balik sana tak dapat cari kerja kerana tiada apa di sana ..


PAS hanya pandai cipta slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM di tayar buruk saja tetapi tidak mampu memberi pembangunan di Kelantan .



klik di bawah sini untuk mengetahui penipuan PAS selama 19 tahun kepada rakyat Kelantan oleh rakan blogger PB yang berasal dari sana ..



http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/09/nizar-oiii-perubahan-yang-dibawa-oleh.html

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/10/sembilan-belas-tahun-pas-tipu-orang.html

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/09/nizar-mangkuk-antara-slogan-slogan.html