Kak Jijah merayu supaya rakyat tetap sokong PKR

on Friday, October 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


KOTA KINABALU, 29 Okt (Bernama) -- Setelah dua pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan daripada parti semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada khamis merayu kepada rakyat agar terus memberi kepercayaan dan bersabar dalam memberi sokongan kepada misi PKR dan parti pakatan pembangkang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini khamis, beliau mengakui perubahan mendadak yang berlaku dalam kepimpinan PKR menimbulkan kekeliruan dan kejutan kepada kalangan anggota parti.

"Tanggungjawab kita adalah untuk meningkatkan kemajuan dan pengumuman yang dilakukan minggu ini adalah keputusan sebulat suara dan perundingan dalam parti ke arah masa depan lebih baik," katanya.

Kenyataan Dr Wan Azizah itu dikeluarkan sehari selepas Datuk Dr Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai naib presiden PKR dan anggota Majlis Tertinggi serta biro politik parti. Ketua bahagian PKT Kota Kinabalu Christina Liew pula meletak jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi.

"Saya mengakui akan kekangan yang kita hadapi sejak pilihan raya umum Mac (2008). Parti-parti politik merupakan satu organisasi yang kompleks dan pakatan politik tidak mungkin dapat direalisasikan dalam masa yang singkat mahu pun yang panjang. "Rasa kecewa yang dinyatakan oleh sebilangan rakan-rakan dalam parti dan oleh sebahagian penyokong adalah benar dan saya terbuka untuk berunding dengan semua parti atas prinsip saling hormat menghormati, memahami dan komitmen berterusan terhadap prinsip keadilan dan kesaksamaan," katanya.

Komen PB

Seorang lagi bateri 3 A iaitu Azizah mula pening kepala fikirkan ramai pemimpin mereka meninggalkan PKR . Keluarnya pemimpin2 besar seperti mereka ini boleh menghilangkan keyakinan rakyat terhadap parti PKR untuk mentadbir di negeri PR dan menjelangnya PRU 13. Kes sampai merayu oleh Kak wan jijah ini kes besar juga ini dan kerisauan dalam fikiran mereka nampak semakin tidak boleh dikawal lagi .

Apa yang dikatakan betul oleh Nalakaruppan yang parti ini dikuasai oleh 3 A ini dan Azmin hingga kini diam membisu setelah mendapat jawatan sbg Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan .
Semakin hari semakin hilang kepercayaan rakyat terhadap mereka dek kerana pembohongan dan fitnah yang mereka buat demi kepentingan kuasa.


3 Responses

  1. NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN says:

    DAH START NAK KUDAKAN WAN JIJAH BALIK KALAU SEBELUM NI ALJUB LALAT HIJAU YANG KEDEPAN BILA DAH TERKEPIT DIA MULA HANTAR WAN JIJIAH DAN PANDAI BUAT MUKA SEDEY HEEEEEEEE

  2. Jangan lah kak jijah risau sangat...perkara ni akan terungkainya bila suami kak jijah tu nak pegi mahkamah...nie banyak sangat kong kali kong nya membuatkan rakyat mula hilang keprcayaan kepada parti kak jijah...

  3. Cheguman says:

    Tak lama dah PKR tu... siap-siap le.. penyokong PKR yg nak masuk semula UMNO, boleh mulakan drpd sekrg. Org tak perasan sangat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.