Petrol termahal dunia di kerajaan negeri Umar Abd Aziz DAP bernilai RM 300 seliter !!! I

on Thursday, October 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 21 Okt. – Umum mengetahui harga minyak petrol pada kadar RM1.80 seliter di mana-mana jua tempat di negara ini. Namun, Jabatan Audit Negara menemui bukti pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter oleh pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang.

Hasil penemuan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku pembelian minyak tersebut pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter. Lebih pelik lagi, semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian daripada pembekal kepada Pejabat SUK mendapati pembelian bahan api itu bagi tiga buah kenderaan berlaku pada jarak waktu yang amat singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama.

‘Adalah didapati pembelian minyak petrol oleh pejabat SUK pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter,” kata laporan itu lagi.S emakan audit terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar pula mendapati sebanyak 12 kes pembelian minyak Super ULG dari aspek kuantiti dan harga yang tidak munasabah pada tahun 2007 dan 2008. ‘‘Pembelian meragukan ini adalah di antara RM75 hingga RM80 seliter bagi bulan Februari, April, Mei, Ogos, September serta Disember 2007.

‘‘Sementara itu, bagi tahun 2008, pembelian yang meragukan adalah bulan Mac, April, Mei, Jun, Ogos dan Oktober iaitu pada harga di antara RM76 hingga RM125 seliter,” katanya. Penilaian Jabatan Audit Negara mendapati ketiadaan kawalan terhadap penggunaan kad inden minyak mendedahkan kepada risiko pembelian minyak secara tidak sah. Pihak berkenaan juga mencadangkan agar siasatan dilakukan terhadap kes pembelian minyak pada harga tidak munasabah itu.

Komen PB

Macamanana LGE boleh bangga mengatakan dalam Sinar Harian hari ini laporan kewangan negeri PP menunjukkan prestasi memberangsangkan malah mendapat pujian Ketua Audit Negara dan Badan Transparensi Antarangbangsa Malaysia . Ini satu pembohongan terang -terang kepada rakyat PP dan laporan pembelian minyak petrol yang meragukan oleh pejabat SUK Pulau Pinang ini menunjukkan kebenarannya .

LGE tidak boleh sembunyikan perkara sebenar bahawa terdapat penyelewengan dalam kerajaan mereka sejak mereka perintah selepas Mac 2008 . Walaupun mereka selalu mengatakan kerajaan PR telus semua itu tetapi laporan audit ini telah menunjukkan mereka juga gagal membendung perkara ini . Jiran PP ,negeri Kedah juga ditangkap pegawai perhutanan yang menerima rasuah sebanyak RM 100,000 oleh SPRM ..

Oleh itu, jangan hanya cakap rasuah hanya ada di kerajaan negeri BN saja tetapi negeri PR juga turut ada .. Bercakap memang mudah tetapi mengotakan janji itu perlu usaha dan iltizam yang kuat membanteras rasuah . Kerajaan BN diketuai Najib


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.