PAS bohong kalah di Bagan sebab undi POS !! Baca sini post mortem kekalahan PAS

on Friday, October 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Tahniah Mohamad Sabu kerana dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Post Mortem PRK Bagan Pinang oleh Setapa Ali. Untuk makluman semua sebenarnya post mortem dah dibuat pada 17 Oktober lepas di Pejabat PAS Jalan Raja Laut yang dipengerusikan oleh Dato' Halim Abdul Rahman. Penubuhan jawatankuasa post mortem ini hanya untuk 'endorse' perkara-perkara yang telah dibincangkan pada 17 Oktober selain menokok menambah apa yang patut.
Kebetulan Tukang Screw petang tu melepak kat kedai mamak berhampiran Pejabat PAS jadi dapatlah bongkar hasil post mortem tu daripada seorang pemimpin PAS yang disegani yang disebut-sebut menggantikan Dr.Hassan Ali sebagai P/Jaya PAS Selangor selepas mesyuarat tu. Kenalah gak Tukang Screw belanja teh tarik dengan roti telur.
Setelah berbincang lebih dua jam, ahli mesyuarat telah megenal pasti beberapa faktor kenapa pengundi Bagan Pinang tidak sudi ke syurga dengan percuma iaitu:

  1. PAS tidak mempunyai pengaruh di Bagan Pinang sebab ada 100 orang ahli berdaftar sahaja dan pengundi di sana melihat PAS sebagai parti pembangkang yang tidak tetap pendirian;
  2. Calon PAS bukan orang tempatan kerana hanya ayam sabung patah taji dari Lenggeng;
  3. Jentera pilihanraya PAS tempatan tidak bergerak sebab hampir 99% gerak kerja dilakukan oleh jentera PAS luar;
  4. Hampir 1,820 buah rumah telah dilawati jentera PAS yang berjanji mengundi PAS tetapi PAS tempatan gagal turut sama melawat rumah-rumah tersebut;
  5. Sifat agresif petugas PAS luar (Kelantan, Kedah dan Terengganu) yang sering menimbulkan masalah pergaduhan menyebabkan pengundi membenci PAS;
  6. PAS terlalu yakin mendapat undi bukan Melayu;
  7. Ceramah Pakatan Haram lebih banyak menyerang peribadi calon BN yang dihormati dan popular di kalangan pengundi;
  8. PAS gagal mempengaruhi pengundi pos dan mendakwa berlaku penyelewengan undi tersebut;
  9. Kesal dan kecewa dengan sikap jentera pilihanraya PAS Kelantan yang banyak memecahkan undi bukan Melayu.
Nampaknya PAS nampak kelemahan sendiri dan sepatutnya tidak menyalahkan sepenuhnya faktor undi pos. PAS perlu sedar selagi tidak memerintah jangan haraplah dapat sokongan pengundi pos. Apa yang PAS boleh janjikan untuk mereka? Apapun Tukang Screw tabik kepada ahli mesyuarat yang nampak kelemahan PAS sebab selama ini PAS menang di atas kelemahan UMNO dan kebencian rakyat terhadap BN bukan di atas kekuatan PAS itu sendiri. Nasihat Tukang Screw, PAS perlu lebihbanyak muhasabah diri dan fikirkan tentang nasib Melayu dan Islam di negara ini daripada memikirkan untuk tidur sebantal dengan PKR dan DAP. Wallahualam

sumber : Unit Media Baru


4 Responses

  1. hanizam says:

    baguslah macam tu...tak tambah ke PKR & DAP nampak tak begitu bersemangat je masa kempen hari tu..

    tambah sikit lagi, kafir laknat suka-suka baca ayat qurran dalam ceramah, tu pasal pengundi melayu kat sana tak suka....

    apepun tahniahlah kepada yang korek maklumat tu..

  2. Anonymous says:

    Tukar aje Mursyidul am yang tak mursyid. Dok dukung dap kapir harbi dan peliwat agama, bangsa dan negara. Dok salahkan hadi, Mustapa, Nasha dan hasaan. Diri sendiri tak sedar diri

  3. Salam, kalau dah kerja mereka penipu, sampai bila pun mereka akan menipu......

  4. Tak payah nak cerita lagi. Sejak bila PAS cakap betul? Memang dah tau pun, PAS kaki pembohong

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.