Pakatan Haram dan Nizar boleh pilih mana pokok untuk bersidang !!

on Tuesday, October 20, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ipoh -- Pemuda UMNO percaya rakyat di negeri ini sudah muak dengan sandiwara politik sempit pakatan pembangkang yang tidak sudah-sudah membuat kacau menganggu pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ketua Pemudanya, Masli Sham Razman berkata tindakan pakatan pembangkang mengeluarkan notis persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Oktober ini tidak lebih sekadar tindakan “syok sendiri”.

"Mereka syok sendiri walaupun rakyat meluat. Ini persidangan DUN bukan mesyuarat kedai kopi, mesti ikut peraturan.

"Nampaknya mereka main sondol je….ni yang dikatakan syok sendiri", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar berkata tidak timbul sebarang keraguan berkenaan notis persidangan DUN yang dikeluarkan oleh Speaker, Datuk R. Ganesan kerana ia sah mengkut undang-undang serta sudah mendapat perkenan Sultan Perak.

"Kalau mereka nak syok sendiri mereka boleh pilih mana-mana pokok untuk bersidang jangan ganggu kerajaan BN kerana persidangan DUN ini penting bagi membincangkan kepentingan rakyat dan kemakmuran negeri ini", ujarnya.

Tegas beliau lagi, pakatan pembangkang juga sepatutnya mendapat mesej rakyat di negeri ini apabila lebih 50,000 rakyat negeri Perak hadir memberi sokongan pada majlis pelancaran Gagasan 1Malaysia di Stadium Perak di sini malam Ahad lalu.

sumber : pemuda umno


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.