Pak Samad sudah memulakan langkahnya keluar dari gua pertapaan, kali ini dengan memulakan kritikan terhadap Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."
Pak Samad berkata usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). KLIK
Pak Samad akan memulakan langkah keluar dari gua bila setiap kali adanya pilihanraya kecil, semangat juang mempertahankan bahasa Melayu akan mencapai klimaknya bila tiba musim-musim pilihanraya.
Kalau di pilihanraya kecil Kuala Trengganu dan Permatang Pasir Pak Samad diusung ke pelusuk kampung oleh DAP, PKR dan PAS untuk memberitahu orang-orang Melayu kononnya pemimpin UMNO dan kerajaan BN hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.
Pak Samad sentiasa memberi pesan, jika rakyat sayangkan bahasa Melayu. Jika mahu bahasa Melayu dilanjutkan dan dilestarikan gunakanlah undi rakyat, sebab, pemimpin-pemimpin UMNO hanya tahu ‘bahasa undi’ sebab Pemimpin Umno tidak tahu bahasa Melayu.
Pak Samad mendakwa UMNO-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini. Oleh itu, Pak Samad menggesa golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.
Begitulah bahasa puisi Pak Samad yang bergelar Sasterawan Negara, bila tiba musim pilihanraya kecil akan mendakwa pemimpin Umno-BN melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasa Melayu kerana PPSMI dilaksanakan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Pak Samad macam juga sesetengah penulis blog yang dulunya berkobar-kobar menulis kebenaran kerajaan UMNO-BN, kini bertukar arah bila kurang mendapat perhatian atau tidak menerima upah.
Mungkin Pak Samad sendiri tertekan kerana budaya membaca buku-buku sastera, cerpen, novel dikalangan muda sudah lenyap kerana wujudnya PPSMI.
Tetapi Pak Samad tidak nampak minat golongan muda membaca buku-buku berbentuk sanstera berkurangan sebelum wujudnya PPSMI lagi, kerana apa ?
Kerana terbitnya majalah-majalah kartun humor yang diterbitkan oleh penulis-penulis kreatif seperti Zuna, Cabai dan ramai lagi yang melukis kartun-kartun dengan gaya bahasa Melayu kartun juga.
Pak Samad tidak sedar golongan ini yang telah melacurkan bahasa Melayu dengan gaya kartun sehingga menjadi ikutan anak-anak muda sejak dari dulu lagi. Majalah-majalah humor yang menjadi langanan anak-anak muda semakin berkembang luas demi keuntungan bagi penerbit dan penulisnya, tanpa memikirkan kesan kepada budaya itu sendiri.
Demi keuntungan Pak Samad juga menumpang dalam majalah humor yang tidak bermoral seperti ‘Gedung Kartun’ terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd. Pak Samad yang yang lantang menentang dasar PPSMI, turut menyumbang rencana demi duit dan keuntungan.
Adakah Pak Samad tidak sedar, Pak Samad juga telah menyokong majalah seperti ini untuk mempengaruhi generasi muda hilang budaya hurmat menghurmati kepimpinan Negara, Pak Samad juga penyemai sikap kurang ajar kepada anak-anak muda melalui majalah humor seperti itu.
Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan kerana melaksanakan PPSMI dalam pembelajaran di sekolah-sekolah dan IPT, tetapi tidakkah penerbitan majalah humor yang tidak bermoral seperti itu juga satu jenayah yang memesongkan adapt budaya Melayu ?Yang menjadi peliknya, parti yang mendokong Pak Samad adalah sebuah parti yang menentang perjuangan kebangsaan yang menjadi landasan perjuangan UMNO.
Tidakkah ‘bahasa itu menunjukkan bangsa’ ? Tidakkah Pak Samad sedar PAS, PKR dan DAP yang mendokong perjuagan Pak Samad itulah pengkhianat bangsa, parti yang ingin menghapuskan bangsa Melayu ?
Kalau Pak Samad rasa gah untuk memperjuangakan martabat bangsa dan bahasa, mengapa tidak terus sahaja berpolitik macam Shahnon Ahmad pernah menjadi wakil rakyat PAS dalam Parlimen Sik. Shahnon Ahmad juga seoarang Sasterawan Negara yang mengarang novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ sampai ke novel SHIT @ PukiMak @ PM tahun 1999.
Bertandinglah jadi wakil rakyat atas tiket PAS, PKR atau yang lebih bagusnya DAP, PAK Samad boleh siang malam keluar berkempen, kalau jadi wakil rakyat boleh berjuang dalam Dewan Rakyat………. Mintalah PAS, PKR atau DAP mencalonkan Pak Samad sama ada di Melaka, Perak, Pulau Pinang, kan bagus kalau majoritinya pengundi-pengundi Cina…
Mengapa Pak Samad tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan ‘Satu Sekolah Untuk Semua’, bukankah Malaysia sebuah Negara Melayu, berbahasa Melayu, mengapa mesti ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, kalau mereka mendokong Pak Samad untuk menghapuskan PPSMI, mereka juga mesti mendokong untuk menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India.
Mereka mendokong Pak Samad menghapuskan PPSMI, tetapi tidak juga fasih berbahasa Melayu, malah lebih mengutamakan bahasa Inggris dalam pertuturan harian, anak-anak mereka terus maju dalam pendidikan, tetapi anak-anak Melayu terus ketinggalan……..
Pak Samad tidak sedar yang diri Pak Samad diperhunakan untuk menghapuskan PPSMI, mereka mendokong Pak Samad dengan budaya sastera melalui majalah-majalah humor untuk melatih generasi muda Melayu dengan budaya Melayu yang kurang ajar.
sumber : dun bagan pinang
Salam PB,
beliau adalah seorang yang dihormati
usianya sejak dulu lagi dihiasi dengan madah dan kata-kata yang mendalam dan benar adanya.
setelah sekian lama, baru kini beliau tampil dengan imej menentang kerajaan.
setelah sekian lama
apa dasarnya? adakah HANYA SEMATA-MATA tidak mendapt perhatian dan tidak diberi upah?
atau mungkin atas asbab keselamatan?
atau mungkin juga memang beliau ada terlihat salahnya kerajaan yang perlu dibaiki?
kita semua tidak sempurna.
PB,atas rasa hormat kepada seorang sasterawan negara,
saya minta agar tidak digunakan istilah beliau keluar dari gua.
Ia mencerminkan bahawa beliau hidup susah serta tidak mendapat perhatian kerajaan dan rakyat atas kapasiti seorang sasterawan ulung negara.
Beliau adalah seorang manusia yang dihormati.