PB ingin ceritakan kisah lain yang mewarnai disebalik perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2009 di PWTC semalam. PB berada di sana sejak 15hb hingga lah semalam mengikuti ucapan dasar Presiden,ucapan pengulungan dan perbahasan usul oleh perwakilan .
Cerita ini ialah mengenai VCD Koleksi Ucapan Ezam Mohd Nor Hakikat Sebenar Keputusan Ezam yang hangat dijual di booth Pemuda UMNO sejak dari 15hb lagi . VCD ini ibarat pisang goreng panas dan jualannya mendapat sambutan menggalakkan oleh pemerhati dan perwakilan di PWTC. Sampai ada Perwakilan Wanita dari Sabah yang membeli lebih daripada 5 keping untuk dibawa pulang untuk dipertontonkan ahli UMNO di kawasan mereka .
Orang PKR
Di PWTC juga bukan hanya orang UMNO dan penyokong UMNO sahaja yang datang untuk mengikuti persidangan ini ,tetapi ada juga hantu-hantu Pakatan Haram ini datang dan juga media2 Pro Pakatan datang seperti Malaysiakini yang tidak mendapat pas media di PAU kali ini. Hantu-hantu Pakatan Haram ini berlegar-berlegar di PWTC ini mungkin mereka mendapat tapak gerai untuk berniaga atau pun mencari maklumat. Malah rakan blogger PB juga memberitahu ada juga orang kuat Anwar Al Juburi juga dok jalan2 di PWTC dan dia ingat orang tidak kenal dia . Rakan PB dulu pernah berada di dalam PKR kini mereka inilah yang menyokong kuat UMNO.
Apa yang cuba PB ceritakan kaitan antara VCD Ezam dengan orang PKR yang berada di PWTC ini ialah kita boleh tahu identiti mereka dengan cukup mudah . Mudahnya kita dapat kenal mereka orang PKR adalah mereka tidak boleh dengar dan lihat ada orang mengutuk Anwar !! Berlainan dengan orang UMNO yang datang melihat VCD serta tayangan ini dan mereka lihat dengan penuh khusyuk .
VCD Ezam ini jelas membongkar segala kisah mengenai siapa Anwar Pengkhianat dan apabila hantu PKR ini lalu mereka jadi amat marah .Orang PKR ini adalah anak muda yang datang segak bergaya berkemeja hitam . Dia dengan berani datang dan cakap dengan peniaga VCD itu ..
"Cakap Ezam ini boleh percaya ke ?? dulu dia dalam PKR cakap bukan mai berapi lagi hantam UMNO dan BN "
Apabila dalam Vcd itu menayangkan Ezam yang hantam Anwar yang cuba hapus DEB yang bantu orang Melayu ,orang PKR ini cakap ..
"DEB ini bukan boleh pakai lagi , rasuah banyak melalui dasar ini lah "
Seorang lagi pulak orang PKR ialah seorang makcik yang lalu di situ. Dia berhenti sekejap dan melihat poster Anwar Pengkhianat !! Dia tengok dan terus pergi . Selepas beberapa minit dia datang kembali dan melihat tayangan VCD Ezam dengan penuh minat . Lalu dia datang dan cakap kepada peniaga VCD itu dan pada masa itu kebetulan pulak hampir masuk waktu Solat Jumaat.
" Ini Islam ape ni ? ( sambil menunjukkan jari ke poster Anwar Pengkhianat ) . Sekarang sudah masuk solat Jumaat ,tak reti nak pergi sembahyang ke ?? Islam ape ni ??
Kesimpulanya dari cerita ini , Orang Pakatan Haram ini sebenannya tidak boleh tengok pemimpin mereka dihantam terutama Anwar Al Juburi la. Mereka ini boleh bertukar menjadi marah dan akan pertahan juga pemimpin mereka ini . Tetapi kalau mereka menghina , mengutuk dan fitnah pemimpin UMNO dan BN itu boleh pulak dan dibenarkan .
Kepada orang Pakatan harami ini ,kalau tak tahan tengok dan dengar orang hantam boss anda , jangan datang Perhimpuan Agung akan datang ..hahaha