Nizar tengok !! : Inikah budaya Islam PAS - menyerang dan pukul pemimpin UMNO

on Monday, October 5, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Budaya keganasan dan provokasi yang kerap dikaitkan dengan DAP ketika tragedi 13 Mei yang juga diwarisi PKR kini sudah meresap ke dalam penyokong-penyokong fanatik serta jumud generasi muda PAS. Tidak hairanlah kalau budaya seperti ini mudah menyerap kerana sudah duduk dalam satu kandang.

Itulah yang berlaku pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam di Port Dickson semalam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dipukul penyokong parti PAS ketika beliau bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa ahli parti daripada UMNO Bera berjalan menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Sekumpulan penyokong fanatik PAS melakukan provokasi melampau mengejek dan menayang wang kertas ke muka Ismail Sabri dan juga Azeez. Oleh kerana marah kerana tidak mendapat respons dengan gelagat jumud mereka, maka ‘penyokong-penyokong rimba’ ini menyerang dua pemimpin UMNO tersebut.

Pepatah orang tua ada berkata, ‘masuk kandang lembu mengemboh, masuk kandang kerbau menguwek, masuk kandang kambing mengembek’ dan kalau masuk kandang BABI ?

Terpaksalah ikut perangai babi, diberi makan minum kenyang-kenyang supaya cepat gemuk, montel lepas itu tunggu masa untuk disembelih………

Marilah kita lihat gelagat dalam gambar-gambar budaya penyokong fanatik dan jumud PAS yang telah warisi dari DAP dan PKR…..


Itulah contoh-contoh budaya Islam parti PAS yang tidak beradab, tidak berhemah, berakhlak dan bermoral. Begitulah kalau agama dijadikan barua oleh PAS untuk mendapatkan kuasa.

Budaya Islam yang telah diubahsuai oleh PAS untuk menyaingi keganasan yang telah sedia ada dari kalangan penyokong-penyokong DAP dan PKR.

sumber : dun31 bagan pinang

komen PB



PB tidak terkejut dengan tindakan penyokong PAS ini kerana setiap PRK mereka akan jadi samseng dan gila meroyan . Lupakah kita akan Kereta Raja Nazrin pun dulu pernah dihalang oleh samseng PAS sehingga tidur di atas jalan , setakat tumbuk Azeez ini ,kecil sahaja bagi mereka .


Tetapi , Jeneral Perang mereka di Bagan Pinang , si salehuddin ayub gila glamour mula la tunjuk lagak dan gayanya menuduh Azeez berbohong kepada rakyat kononya tiada kesan lebam .


Akal pendek juga salehuddin ini , sakit ditumbuk itu di dalam bukan kita nampak tiada kesan lebam bermakna tidak ditumbuk. Mungkin bagi dia keluar darah kot baru dikatakan lebam ditumbuk . Selain itu ,Salehuddin juga dicabar bersumpah dengan menjunjung Al Quran di masjid Bagan Pinang oleh Azeez bagi membuktikan dakwaan beliau berbohong dipukul penyokong PAS .

Semalam Azeez telah dimasukkan ke wad di HKL setelah mengalami kesan selepas ditumbuk oleh samseng PAS kerana cuba melindungi Dato Seri Ismail Sabri .


Kitan tunggu tangkapan oleh Polis yang telah mengenal pasti samseng PAS yang terlibat memukul Azeez .

Link

Salehuddin Ayub kata Azeez bohong ! ya ke !!


4 Responses

  1. Anonymous says:

    haha..padan muko..kena balasan kot sbb mkn duit rakyat byk sangat..

  2. Anonymous says:

    hahahahahahaha

    KETUA PUTERA UMNO kono tungkai woi

    hahahahahahaha

    dah xdo anak buah nk eskot ko?

    hahahahahahaha

    ko nmg diorang bagi KETUA PUTERA ni kono tungkai

    hahahahahahaha

    dah taw kawasan pas dio poie yo masuk

    dah xtaw peraturan pilihanrayo ko?

    kut kono ponorajang pon,mano kosan tapak eh?
    x nampak pon

    kut nk bongak pon agak2 lah,ni samapi tahap masuk spital plak
    pahal x masuk kubo jo toruih

    nnt abeh ngundi den bleh gali balik

    hahahahahahahaha

  3. Anonymous says:

    tak payah nak tpu la tu tisu.Kalau Azeez ni masuk raja lawak aku akan vote dia dan aku harap dia dpt no 1

  4. Anonymous says:

    UMNO dan Rasuah tak boleh dipisahkan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.