Bukti Nik Aziz berbohong di dalam blognya

on Thursday, October 29, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat PAS yang berlangsung selama kira-kira empat jam malam tadi memutuskan untuk tidak mengadakan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebaliknya satu program seminar politik disertai oleh perwakilan parti itu dari seluruh negara bagi membincangkan isu-isu memperkasakan parti akan diadakan di Markas PAS Taman Melewar pada 7 November ini.

"Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi," Presiden parti, Datuk Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibupejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang bermula jam 9 malam itu berakhir seitar jam 1 pagi.

Ditanya mengenai tulisan Nik Aziz dalam laman blognya yang memberi gambaran adanya beberapa pemimpin utama parti itu yang pro-kerajaan perpaduan dengan UMNO , Hadi berkata, Mursyidul Am PAs itu telah mengatakan segala tuduhan itu adalah tidak benar.

“Tuduhan itu tidak benar. Beliau sudah jelaskan,” jawabnya ringkas

Hadi mengumumkan mesyuarat khas itu juga mencapai kata sepakat bahawa PAS akan menjalankan peranan lebih aktif untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Katanya, mesyuarat juga memutuskan supaya isu kerajaan perpaduan ditutup dan tidak dibincangkan lagi.

Beliau memberitahu mesyuarat turut membincangkan masalah yang berlaku dalam PAS Selangor dan mengambil keputusan menubuhkan jawatankuasa khas disiplin untuk menyiasat. Katanya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh DatukTuan Ibrahim Tuan Man.

"Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu setiausaha agung PAS, Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub .

Nik Aziz turut hadir dalam mesyuarat berkenaan, tetapi pulang lebih awal, pada kira-kira 11 malam.

Hadi berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai hala tuju parti itu selepas Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. – 29/10/09.

Komen PB

Nik Aziz sendiri mengaku bahawa apa yang ditulis di dalam blog nya itu adalah tidak benar tuduhannya terhadap kononnya beberapa pemimpin dalam PAS yang pro UMNO. Ini menunjukkan bahawa kredibilit Nik Aziz kini sudah tercalar dek kerana keceluparan mulutnya yang menuduh 3 pemimpin PAS adalah pro UMNO.

SAH NIK AZIZ PEMBOHONG !!!




One Response

  1. BOHONG KE TAK BOHONG KE.. MANUSIA OTAK CETEK TETAP PERCAYA JUGAK DENGAN ORANG TUA TERKUTUK NI.... TU YANG PAYAH NAK JELASKAN KEPADA MEREKA YANG SUDAH FANATIK.

    KAT SIDANG DUN PERAK SEMALAM. ..

    DARKPRESS: MACIK TAK KERJA KER?

    MACIK2: TAK.. PERJUANGAN UNTUK KE SYURGA LAGI PENTING.

    (BERSOLAT LA MEREKA RAMAI2 DEPAN PEJABAT DAPIGS)

    ORANG GILA NI.. BUKAN WARAS.. PERJUANGAN KE SYURGA BEB .. PERJUANGAN BODOH JAUH LEBIH TERUK DARIPADA LEMBU.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.