Anwar bersikap liberal sehingga sanggup gadai agama !!
IKD PENYULUH ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA
Artikel ini disalin semula oleh pendekar siong, Baling Kedah yang dipetik daripada Kamarulz.blogspot. com berkenaan dengan pendedahan mengenai peranan badan pemikir Anwar, IKD sebagai penyebar Islam Liberal di Malaysia. Klik di sini
Nampaknya peranan IKD sebagai penyuluh Islam Liberal di Malaysia, bukan lagi rahsia, tetapi sudah diketahui umum dan disalin dari blog ke blog untuk peringatan dan pengetahuan semua rakyat Malaysia.
Tahniah! Teruskan usaha penyebaran ini, agar lebih ramai yang sedar tentang apa itu Islam Liberal, siapa di belakangnya dan apakah peranan IKD dan Anwar Ibrahim dalam menyemarakkan gelombang kebangkitan Islam Liberal di Malaysia. Lagi banyak sebaran berbentuk email berantai lagi bagus, kerana semakin ramai yang akan tahu dan akan mengambil langkah untuk membendungnya.
Berikut dibuat sedikit petikan dan analisis tentang tulisan tersebut;
"Institut Kajian Dasar (IKD) yang berpangkalan di Jalan Telawi, Bangsar adalah satu organisasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam usaha menyebarkan fahaman Islam Liberal di Malaysia ini. IKD turut mempunyai link dengan Jaringan Islam Liberal (JIL), satu organisasi dakwah Islam Liberal yang terbesar di Indonesia. JIL dipelopori oleh Cak Nur (Nurcholisch Madjid) iaitu bapa Islam Liberal Indonesia"
"IKD mendapat sumber kewangan daripada Konrad Adenauer Foundation (KAF), sebuah yayasan kebajikan yang berpangkalan di Jerman. Yayasan ini sangat aktif memberikan sumbangan kepada pertubuhan-pertubuh an yang mendokong fahaman Islam Liberal di dunia ini. IKD dipimpin oleh saudar Khalid Jaafar (Calon PKR di Parlimen Bukit Katil, Melaka). Khalid Jaafar adalah orang kuat kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Selain itu IKD turut didokong oleh YB Amiruddin Shaari (ADUN PKR Batu Caves) selaku Koordinator IKD"
Penulis merumuskan IKD merupakan penyuluh Islam Liberal kerana mempunyai link dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia dan ditaja oleh Yayasan Kristian-Yahudi Jerman serta dipimpin oleh pemikir Islam Liberal Malaysia, Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar, Anwar Ibrahim dan aktivis PKR.
Kemudian penulis mendedahkan kegiatan IKD untuk penyebarluaskan Islam Liberal di Malaysia;
"IKD banyak menerbitkan buku-buku dan artikel-artikel yang mendukung fahaman Islam Liberal. Mereka kini giat menerbitkan bahan bacaan di dalam bentuk saiz poket dan dijual di banyak toko-toko buku ilmiah. Tajuk buku-bukunya seperti tajuk yang baik dan membincangkan hal ehwal Islam tetapi hakikat yang sebenarnya ialah karya-karya berkenaan dicemari dengan fahaman Islam Liberal. IKD menggunakan bidang penulisan (buku & arkitel) untuk menyebarkan fahaman Islam Liberal"
"IKD turut sama menyebarkan fahaman PLURALISME agama(semua agama adalah benar). Satu fahaman yang sangat merbahaya. Fahaman ini mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan semua agama akan menuju kebenaran. Pluralisme agama juga menyatakan bahawa semua agama akan menuju ke syurga serta tiada bezanya antara Islam dan Kristian kerana semuanya sama belaka. fahaman ini jelas sekali bertentangan dengan ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa hanya Islam sahaja agama yang diiktiraf dan diredhai oleh Allah manakala agama lain adalah tertolak. Antara buku terbitan IKD ialah "Islam dan Dasar Pemerintahan" oleh Ali Abdul Raziq"
"Islam dan Dasar Pemerintahan karya Ali Raziq merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini diterbitkan pada 1926, saat berkembangnya gerakan Islam yang pada ketika itu cuba mempertahankan negara-negara Arab dari kuasa imperalis Barat selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah pada awal 1920-an. Menerusi buku ini, yang juga merupakan kajian penulisnya terhadap sistem khilafah, merumuskan tesis bahawa tidak ada asas atau gesaan membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah) dalam sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan Hadith. Berdasarkan penemuan dan kajian terhadap dalil-dalil Al-Quran, Hadis, penilaian semula terhadap ijmak (Ali Raziq mendapati dakwaan bahawa ijmak tentang kewajipan menegakkan Negara Islam sebenarnya tidak benar dan tidak pernah terhasil), dan petunjuk-petunjuk sejarah, beliau merumuskan bahawa agama dan negara wajib dipisahkan"
"Buku ini jelas menentang konsep negara Islam dan menentang konsep Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas perlembagaan negara. Buku ini mengatakan bahawa agama dan negara perlu dipisahkan yakni mengamalkan pemerintahan SEKULAR. Buku ini turut menyatakan tiada konsep negara Islam yang sebenarnya. Jelas sekali, bahawa buku terbitan IKD ini adalah terpesong daripada ajaran Islam sebenar"
Pertamanya, jika Yayasan Kristian Kristian-Yahudi Jerman sanggup melabur jutaan ringgit kepada Anwar dan IKD, dari 1987 hingga sekarang, apakah hasilnya ? Apa yang dikehendaki oleh pihak penaja itu setelah menghanguskan jutaan ringgit untuk membela Anwar ? Mereka (Yayasan Kristian-Yahudi) hanya mahukan satu perkara iaitu Anwar dan IKD perlu merombak dominasi Islam di Malaysia. Dalam erti kata lain Islam mesti dirosakkan atau sekurang-kurangnya diliberalkan.
Kedua, kenapakah IKD memperdagangkan semula buku itu. Sudahlah kos operasi IKD dan kos percetakan buku itu ditaja sepenuhnya oleh KAF, tetapi IKD pula turut menjual di pasaran terbuka. Bermakna IKD mendapat dua keuntungan, satu duit dari Yayasan Kristian-Yahudi Jerman untuk menampung kos percetakan, kedua duit dari rakyat Malaysia yang menyumbang saham untuk proses penyebaran Islam Liberal di Malaysia.
Ketiga, kenapakah Yayasan Kristian-Yahudi berminat dengan buku tulisan 'tokoh' Islam, sekiranya tidak menguntungkan mereka. Lebih baik cetak dan sebar buku Kristian. Yayasan Kristian-Yahudi tahu jika dicetak buku Kristian, masyarakat Islam akan menolak mentah-mentah kerana mengangap itu merupakan propanganda Krsitian. Jadi untuk lebih berkesan meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia, dipilihnya buku karya Ali Raziq yang tajuknya berbaur Islam, "Islam dan Dasar Pemerintahan" .
Awas, jangan terpedaya dengan nama pengarang Islam, Ali Raziq dan tajuk Islam kerana didalamnya adalah racun yang boleh membunuh pemikiran yang ditanam sebelum ini bahawa Islam dan pemerintahan tidak dapat dipisahkan. Buku itu menggunakan Al Quran dan hadis untuk menjustifikasikan bahawa tidak pernah wujud konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS dan tidak pernah wujud Islam dan pemerintahan adalah dua entiti yang sama. Buku itu merumuskan Islam dan pemerintahan perlu dipisahkan yang menepati ciri pemerintahan Sekular.
Ali Raziq adalah bekas ulama Mesir dan dicabut gelaran ulama/sheikh oleh persidangan ulama Mesir pada tahun 1926. Buku itu diharamkan dan Ali Raziq dilucutkan kelayakan menulis dan mengajar agama. Pada tahun 2004, setelah berkurun lamanya buku itu diharamkan oleh ulama Mesir, maka dengan beraninya IKD menterjemahkan semula buku itu ke dalam bahasa Melayu dan dicetak untuk bacaan umat Islam di Malaysia. Penterjemah buku itu adalah penulis IKD bernama Al Mustaqeem Mahmod Radhi, bekas pelajar lulusan Jordan.
Selain menjadi penulis upahan di IKD, Al Mustaqeem juga merupakan Pengarah Eksekutif MEGC (Middle Eastern Graduate Center), satu NGO cawangan IKD yang juga ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Kristian-Yahudi, KAF. Al Mustaqeem juga terlibat aktif dalam kumpulan The Reading Group (RG), satu kumpulan gabungan Islam Liberal dari tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Klik di sini
Seterusnya penulis membuat kesimpulan bahawa maklumat IKD penyebar Islam Liberal adalah benar dengan hujahnya;
"Mungkin ramai di kalangan pembaca merasa sangsi dengan tulisan penulis ini. Maka, sesiapa yang masih ragu sama ada IKD adalah pelopor Islam Liberal di Malaysia ataupun tidak, boleh terus bertanya kepada Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) yang dipimpin oleh Ust Dr. Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor. Ini kerana PUMPP adalah NGO Islam yang paling aktif menentang fahaman Islam Liberal"
"Selain PUMPP, pertubuhan seperti TERAS (Teras Pengupayaan Melayu), API (Angkatan Pemuda-Pemudi Islam Pulau Pinang) dan juga WADAH (Wadah Percerdasan Umat Negeri Pulau Pinang) turut sama aktif menangkis serangan Islam Liberal di Malaysia"
"Penulis masih ingat ketika menghadiri satu seminar mengenai pencerahan anjuran IKD di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur pada tahun 2005. Ketika itu memang jelas dan terang, IKD berjuang menyebarkan fahaman Islam Liberal sehingga menempelak Ustazah Harlina Halizah Siraj (Ketua Muslimat JIM) yang mempertahankan ajaran Islam tulen. Sesiapa yang tidak percaya, pergi lah bertanya kepada Ustazah Harlina Halizah Siraj mengenai siapa sebenarnya IKD"
"Note : Anda juga boleh bertanya kepada Ustaz Hafiz Nordin (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang), Ustaz Hafiz Lubis (Timbalan YDP ABIM Kedah), En. Nizam Mashaar (Setiausaha Agung PUMPP), saudara Shamsul Ery (Presiden API), Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) atau Ustaz Fadhullah Jamil (YDP WADAH Pulau Pinang). Mereka di atas adalah antara insan yang kuat menentang fahaman Islam Liberal di Malaysia"
Banyak fakta menarik yang cuba diyakinkan kepada kita. Pertama, kebanyakan yang menentang Islam Liberal adalah daripada Persatuan Ulama Malaysia (PUM), khususnya PUM Pulau Pinang yang merupakan temapt kelahiran Anwar Ibrahim.
Adakah Anwar Ibrahim terkait dengan perkara ini ? Jawapannya YA. Jika PUM menyerang IKD sebagai penyebar Islam Liberal bermakna PUM menyerang Anwar Ibrahim kerana IKD adalah badan pemikir Anwar. Khalid menjalankan misi merencanakan Islam Liberal di Malaysia atas arahan atau sekurang-kurang di bawah restu Anwar, kerana Anwar sudah tahu apa misi terakhir badan penajanya, KAF.
Kedua, tokoh-tokoh utama PUM seperti Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Ustaz Dr. Wan Mohd Salim Wan Mohd Nor adalah bekas kawan baik Anwar dan pernah terlibat dalam ABIM. Misalnya jawatan terakhir Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin adalah Timbalan Presiden ABIM pada tahun 1985/87. Ketika itu, Anwar telah memasuki UMNO dan dari luar, dia cuba meremote ABIM dengan melantik Presiden proksi yang sealiran dengan Anwar iaitu Dr Siddiq Fadhil.
Anwar berusaha menyingkirkan Ustaz Abdul Ghani daripada menjadi Presiden ABIM selepas Dr Siddiq Fadhil, kerana aliran pemikiran Ustaz Abdul Ghani tidak sama dengan aliran pemikiran Anwar. Justeru itu, Ustaz Abdul Ghani disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden ABIM dan diganti dengan Abd. Halim Muhamadi. Selepas Ustaz Ghani disingkirkan Dr Siddiq Fadhil menyerahkan jawatan Presiden ABIM kepada orang yang sealiran dengan Anwar iaitu Muhamad Nur Manuty. Selepas itu, Anwar melantik Dr Siddiq Fadhil sebagai panel pemikir IKD dengan gaji yang lumayan. Dan Muhamad Nur Manuty pula terlibat menyokong Anwar dalam keadilan hingga ke hari ini.
Apa terjadi kepada Ustaz Abdul Ghani Shamsudin setalah disingkirkan dari ABIM ? Dia dan rakan-rakan ABIM yang sealiran dengannya telah keluar beramai-ramai dan menubuhkan persatuan islam baru yang dinamakan Persatuan Ulama Malaysia (PUM), di mana Ustaz Abdul Ghani sebagai Presiden. Seterusnya Ustaz Abdul Ghani meletak jawatan sebagai Presiden PUM dan menyertai PAS serta bertanding dalam pilihanraya lalu (kalah).
Sekarang Ustaz Abdul Ghani merupakan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat dan menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan Majlis Himpunan Ulama atau ringkasnya SHURA.
Pihak pertama yang mengesan kelainan pemikiran Anwar Ibrahim ketika berada di Amerika Syarikat adalah PUM. Sehingga sekarang laman web PUM menyiarkan video ucapan Anwar Ibrahim di New York, Amerika Syarikat, pada 1 Disember 2005 anjuran NED (National Endowment for Democracy) yang inti utama ucapan itu menyeru umat Islam menyokong Amerika Syarikat serta menolak kepimpinan ulama. Kepimpinan ulama dilink dengan teroris yang diperangi oleh Amerika Syarikat. Begitulah intipati ucapan Anwar yang memberi kesan mendalam kepada PUM.
Untuk mengesahkan apa yang diucapkan oleh Anwar seperti dalam video yang disiarkan oleh NED itu, Ustaz Abdul Ghani melalui kapasitinya Presiden SHURA telah menjemput Anwar untuk berucap di Hotel De Palma, Ampang pada tahun 2006 untuk bercakap berkenaan Islam dan hak asasi manusia.
Ternyata ucapan Anwar di hadapan ahli SHURA dan PUM di Hotel De Palma itu sama intipatinya dengan yang diucapkan oleh Anwar di New York, pada tahun 2005. Sejak itu, PUM mengesahkan Anwar merupakan penganut Islam Liberal dan berusaha untuk menyebarkan di Malaysia, jadi PUM bertindak untuk membendungnya.
Tetapi PUM menghadapi masalah besar. Tersepit di tengah kemelut politik. Ustaz Abdul Ghani adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS dan Anwar pula Penasihat umum PKR, di mana PKR dan PAS merupakan parti gabungan di dalam PR (Pakatan Rakyat), yang Anwar Ibrahim merupakan ketuanya.
Jadi apa jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini ?
SUMBER : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
Nizar KKK: Anwar sudah menyimpang jauh
on Saturday, September 5, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
2 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
September
(82)
- Petanda Kemenangan BN di Bagan Pinang
- Nizar sudah ketaq !! : TS Isa Samad calon BN perta...
- Sahabat karib Anwar , Al Gore sokong Gay ??
- Kenapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - Siri 3
- Kenapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - siri 2
- Mengapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - siri 1
- Nizar Oii ! : Isu SELCAT: Hassan Ali perlu tegas d...
- 10 hujah Nik Aziz mesti berundur
- Nik Aziz kata duit dan sembahyang Ibrahim Ali tida...
- Nizar Oii !! Selalunya Pakatan merujuk nak buat b...
- Guan Eng gelabah tuduh fakta salah kepada pihak ...
- Guan Eng dapat fakta salah kritik Penang Port
- PAS baru tahu ke fitnah itu dosa besar ...
- Isu rombak SELCAT, Hassan Ali terus dikecam oleh ...
- PENGARAH JAIPK PERLU LETAK JAWATAN
- Nizar Oii !: Siapa puak kafir harbi ini untuk menu...
- Melayu mudah cair bila dipuji - Dr Ridhuan Tee
- Nizar oiii !! Pakatan dilanda krisis di Selangor !!
- 50,000 Rakyat hadiri rumah terbuka PM
- Kesian PAS dimaki di pagi raya oleh DAP
- Bagan Pinang : PAS sudah kerah orangnya masuk kemp...
- Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
- Perkataan " Penang " milik Lim Guan Eng sahaja
- Nizar Boneka !! Cuba menipu orang Melayu demi jaga...
- Biadap dan kurang ajar pihak yang melakukan perbua...
- Nizar KKK2 : Pakatan Gengster mula mengganas denga...
- Melayu Boneka DAP digunakan pertahan DAP
- Najib turun padang tinjau perubahan di Puduraya
- Lim akui 1 Malaysia Najib ‘ bukan mudah’ untuk di...
- Nizar KKK: Mahfuz sudah taubat dan janji tak s...
- Take beer : Cawangan DAP Melayu dibuka di Selangor
- Anwar korup ditolak bangsanya sendiri - banci Vox...
- Lawatan ke tapak kuil Seksyen 23
- 15,000 rakyat Tawau buat kejutan untuk Najib
- Kalimah Allah hak Kristian - Anwar
- 100 KATA-KATA TERBAIK ABAD INI OLEH NIK AZIZ NIK MAT
- Popular di kalangan ahli parti tidak guna jika ti...
- Anwar Pengkhianat !! - Ibrahim Ali
- UMNO basmi kemiskinan ikut tuntutan ISLAM
- Isu Kuil ini bukan isu parti
- PAS kini tidak berjuang lagi untuk agama kerana pe...
- Lagi penyelewengan duit peruntukan DUN di Selangor !!
- Nizar oii !! : Khalid Samad punca utama kekecohan
- Kaitan IFC dengan isu kuil di Seksyen 23
- Kenapa isu kepala lembu pantas diambil tindakan pe...
- Nizar oii !! : Henti Buat kekecohan , hormati kepu...
- Tentera kini sasaran PAS untuk tarik undi
- Nizar oii !!: Mari Sertai Kempen desak Jeff Oii D...
- 12 orang Wira penduduk Seksyen 23 berdepan tudu...
- Khalid guna ayat Al Quran pertahan kuil Hindu
- Pemuda UMNO Teluk Kemang sokong TS Isa sebagai calon
- Majlis Penyampaian Sumbangan Kurma D'Ramadhan Parl...
- Adakah benar kerajaan negeri telah tunai janji ??
- Timbul Isu rebut nak jadi calon taktik lapuk PAS c
- Pas tiada calon berkaliber untuk PRK Bagan Pinang
- Umno tidak akan gadai maruah - Najib
- Beza Semangat Perjuangan Melayu Sejati dengan Pe...
- PRK Dun Bagan Pinang : Misi mempertahankan BN
- Nizar oiii!! Tiga Adun PR Selangor hilang diburu o...
- Nizar Boneka!! : Kerajaan negeri Selangor bakal tu...
- Nizar KKK2: Kerajaan negeri PP akhirnya akur suara...
- MB Selangor baru Hassan Ali @ Azmin Ali
- Inilah akibatnya bila Khalid Samad bela India
- MPPP cuba halau Peniaga Melayu Bazar Ramadhan di PP
- Surat Bantahan Penduduk Seksyen 19 kepada MB Selangor
- Nizar KKK: Anwar sudah menyimpang jauh
- Kapal Selam KD TAR mantapkan pertahanan negara
- Kecoh sesi dialog MB Khalid dengan penduduk Seksy...
- Isu kuil ini puncanya Pakatan haram ini gagal tuna...
- NIZAR KURANG AJAR!! Video sidang haram Pakatan Haram
- BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang
- Muhyiddin ke Terengganu esok cari jalan penyelesai...
- Anwar tunai hasrat DAP
- Majlis Berbuka Puasa Kg Gadong bersama Yb Khairy J...
- Pakatan Rakyat syok sendiri dan hipokrit -Zambry
- Mahfuz Omar buat lawak !!
- PAS cakap ini Bukti UMNO dalang dalam demo bantah ...
- Pakatan Haram bikin drama " Speaker Gila dengan Ni...
- Agenda Sulit DAP di Pulau Pinang - Perkasa
- GEMPAR!! Selangor kini sasaran Selangor Bangkit !!
- PAS sanggup jadi kuda tungangan DAP demi jatuhkan ...
- Tiada Pilihanraya di DUN Kota Siputeh,Kedah
-
▼
September
(82)
mamat ni hina penduduk shah alam
http://hamirdin.blogspot.com/2009/09/kepala-lembu.html
korang ni cakap je la..negara jepun yg maju kat dunia pn dah tumpo kat pembangkang korang sibuk dgn kemelayuan korang yg tau bg beras dan gula masa nak raya..ramai org melayu duduk kat rizab tepi sungai korang tak sedar..maka dah 52 tahun merdeka..PPRT dah menampakkan betapa hinanya org melayu di kalangan bangsa lain..ni menunjukkan org melayu selama ni yg menyokong umno adalh mereka yg tak bertanah..nak mati baru dpt tu pn kena mengemis dgn penama tanah..yg dpt PPRT ni kan mereka yg tak bertanah..penyudahnya belas ikhsan tuan tanah la nak bg buat rumah PPRT kat situ..tak sedar lg korang..apa salahnya bg tanah rizab dan bg geran sekali tanah rizab tu..nama je pembela bangsa..korang ni pembela bangsat