Majlis Penyampaian Sumbangan Kurma D'Ramadhan Parlimen Rembau

on Wednesday, September 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



5.15 petang, Majlis Penyampaian Sumbangan Kurma D'Ramadhan

Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau telah hadir di Masjid An-Nur Pekan Rembau untuk menyampaikan sumbangan kurma kepada 54 buah Masjid di dalam kawasan Parlimen Rembau. Majlis ringkas tersebut yang berlangsung selepas solat Asar dimulakan dengan ucapan doa oleh Imam Masjid An-Nur.

Dalam ucapan beliau, beliau meminta maaf kepada para hadirin yang hadir di atas sedikit kelewatan kerana telah singgah sebentar untuk melawat jenazah Allahyarham YB Azman Mohd Nor, ADUN Bagan Pinang yang meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada jam 2.30 petang yang menurut pihak hospital akibat jangkitan dalam darah. Beliau dalam pada itu mengajak semua yang hadir menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Menurut Beliau lagi, selain daripada tempat umat Islam beribadat, Masjid juga merupakan pusat ilmuan bagi mendidik para remaja membentuk akhlak yang baik dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt. Ini kerana, pada zaman ini generasi tersebut amat mudah alpa dan terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat dan kurang bermoral, dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk membentuk mereka dari kecil, dan peranan masjid dan seluruh ahli jawatankuasanya amatlah dihargai.

Beliau juga berharap melalui sumbangan ini, rakyat di Rembau dan para musafir yang yang singgah di masjid-masjid dapat berbuka puasa dengan buah kurma yang merupakan sunnah Rasulullah saw ketika berbuka.


Ketibaan Sdr. Khairy disambut oleh para Nazir dan wakil masjid

Pengacara Majlis Penyampaian Sumbangan Kurma D'Ramadhan, Sdr. Safariladira, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO bahagian Rembau mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang hadir

Ucapan dari Sdr. Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau

Mengajak pihak Masjid mempelbagaikan aktiviti bagi menarik minat generasi muda


sumber : rembau news


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.