Kecoh sesi dialog MB Khalid dengan penduduk Seksyen 23

on Saturday, September 5, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments






update

SHAH ALAM 5 Sept. – Kerajaan negeri akhirnya akur dengan desakan supaya memindahkan lokasi pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini ke tempat lain yang berdekatan dan difikirkan sesuai.

Keputusan dicapai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan dialog dengan penduduk di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Terdahulu, dialog itu terpaksa dihentikan serta-merta apabila berlaku perang mulut yang hampir mencetuskan pergaduhan ekoran tindakan seorang penduduk India cuba membangkitkan isu azan.( Isu ini terjadi panas bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari.)


sumber :Pemuda Padang Rengas

Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23. (Menyibuk je unit amal ni)
Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.


4 Responses

  1. Pembetulan, unit amal yg datang bukan berjumlah 4 orang tetapi lebih dari 10 orang

  2. unit gangster pas nak tunjuk herooo....eloklah kena halau,,

  3. Khalid gagap dan kuil kuilnya

    Commotion erupts at temple relocation dialogue

    http://kasipukulrata.blogspot.com/

  4. Salam,

    Unit itu hendak memastikan syurga mereka diterima ttp tak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.