50,000 Rakyat hadiri rumah terbuka PM

on Tuesday, September 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 21 Sept. – Walaupun hujan turun dengan lebat untuk seketika, suasana rumah terbuka Hari Raya di Seri Perdana di sini tetap meriah dengan lebih daripada 50,000 rakyat jelata dan orang kenamaan hadir di majlis itu.

Orang ramai mula berduyun-duyun datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi walaupun Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan barisan Kabinet beliau dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi.

Ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan parti-parti lain, diplomat, orang-orang kenamaan, pelancong dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan menghadiri acara itu yang membuktikan semangat sebenar 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Makanan yang dihidangkan juga membayangkan menu pelbagai kaum di Malaysia, dan sehingga pukul 3 petang masih ramai yang menunggu giliran untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Semasa persidangan berita di rumah terbuka itu, Najib berkata walaupun ini kali pertama beliau mengadakan rumah terbuka selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri, “semuanya berjalan lancar dan para hadirin berpuas hati dengan aturcara majlis dan hidangan.”

Saya, isteri dan kakitangan merancang aturcara dan jenis makanan untuk dihidangkan kepada tetamu dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar mengikut rancangan,” kata Najib.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana membantu dalam menjayakan majlis rumah terbuka itu.

Di majlis rumah terbuka ini yang berakhir pada sebelah petang Najib dan anggota Kabinetnya termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Sumber Manusia, Dr. S. Subramaniam menyambut tetamu di dewan utama Seri Perdana.

Kecuali hujan lebat buat seketika itu, semuanya berjalan lancar dengan polis trafik memastikan lalu lintas yang lancar di luar Kompleks Seri Perdana.

Satu konsert di ruang terbuka diadakan untuk menghiburkan hadirin dan adalah jelas hadirin gembira dengan hidangan yang disediakan dan dendangan muzik artis-artis tempatan. – BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.