SHAH ALAM 9 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menuduh UMNO sebagai dalang utama kekacauan ketika sesi dialog penduduk Seksyen 23 dengan Menteri Besar, Sabtu lalu sebagai tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, tuduhan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat yang sering mendakwa dirinya sebagai seorang profesional serta berpendidikan tinggi.
Sebaliknya, beliau mahu Khalid mencari fakta sebelum membuat tuduhan seperti itu kerana kekecohan yang berlaku pada majlis berkenaan adalah datang daripada rasa tidak puas hati penduduk terhadap tindakan Khalid sendiri.
''Sebenarnya Khalid adalah punca kepada semua kekecohan itu sehingga menyebabkan 12 penduduk Seksyen 23 terpaksa dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana terlibat dalam perhimpunan haram membantah cadangan pembinaan kuil itu.
''Malah, dalam perbincangan yang hanya melibatkan jawatankuasa kuil Seksyen 19 sebelum ini, Khalid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail telah membuat keputusan untuk membina rumah ibadat bukan Islam berkenaan tanpa merujuk pandangan dan persetujuan penduduk Islam yang tinggal berhampiran kawasan itu," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid yang mendakwa UMNO menjadi dalang utama di sebalik kekacauan yang timbul semasa majlis dialog Menteri Besar dan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil pada Sabtu lalu dalam blognya www.khalidsamad.com.
Selain itu, Mohamad Khir juga tidak menolak kemungkinan tindakan Khalid menuduh UMNO itu hanya sebagai 'pintu keluar' kepada beliau untuk melepaskan dirinya yang sebelum ini berjanji kepada pengundi India untuk membina kuil di Seksyen 23 dan menyelesaikan masalah kuil seksyen 19 pada pilihan raya umum lalu.
"Jadi, siapa sebenarnya menjadi dalang kepada kekecohan ini. Sepatutnya, beliau (Khalid) perlu kaji dahulu tindakannya itu sebelum menyalahkan orang lain.
"Mungkin kerana mahu menutup kesalahan serta kegagalannya menangani masalah ini, dia salahkan UMNO sebagai punca. Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab," ujarnyasumber : utusan Malaysia
Komen PB
Inilah saja taktik lapuk Pakatan iaitu jika mereka hadapi masalah ,semua taik lempaq kat UMNO dan BN . Manusia seperti khalid samad ini boleh diungkapkan dalam peribahasa 'lempar batu sembunyi tangan'. Orang yang melempar batu cuba menyembunyikan tangan yang dilempar. Jika batu dilempar di kawasan tersembunyi, mungkin tiada mata yang nampak tangan siapa yang melempar. Ini lah sikap sebenar Khalid Samad pemimpin yg silap dipilih oleh rakyat Shah Alam.
Khalid Samad ini dari awal-awal lagi tidak henti-henti menamakan UMNO sebagai dalang di sebalik perarakan menentang cadangan memindahkan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam.Woii khalid !!! jangan ingat semua penduduk Seksyen 23 itu yang bantah itu orang UMNO saja ?? ada ahli PAS dan PKR juga malah yg mengundi anda semasa PRU 12. Kalau mereka ini tidak undi anda, jangan harap la anda nak menang . Inilah manusia yang tak kenang budi orang yang mengundinya .Bila sudah akan kuasa di tangan ,dia sudah jadi mabuk kuasa tanpa fikir lagi rakyat bawahan yang mengundi dia .
Jika kita merujuk kepada blog dia ni terutama siapa 'dalang' insiden tersebut, Khalid dalam laman blognya antara lain berkata: "Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli Pas dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO."
Manakala penutupnya pulak ayatnya berbunyi begini : "Sambil semua perkara ini diusahakan, saya berharap semua bertenang dan bersabar. Insya-Allah masalah ini akan diselesaikan dengan baik walaupun UMNO berusaha untuk menggagalkannya. Itulah sahaja yang UMNO pandai buat. KACAU."
Hahaha aku nak gelak pun ada kenyataan paling bodoh khalid ..mulia dan sopan santun betul orang PAS ini rupanya malah mendapat pujian wakil rakyat penipu Si Khalid Samad ini ..haha
Woii khalid !! Hang sudah lupa ka siapa tidur di jalanraya di Ipoh dulu untuk halang kereta Raja Nazrin ??? Itu orang PAS ke UMNO ?? hahaha Siapa yang pukul wartawan semasa penamaan calon PRK Prmtg Pauh dulu ?? itu orang PR ke ?? Siapa yang cukup suka demontrasi besar-besaran bantah ISA yang lepas ?? itu kah orang yang sopan santun dan mulia ikut pandangan khalid ....
Woii khalid , orang sudah tahu untuk menutup kelemahan mereka - cara paling mudah seperti yang dilakukan oleh Khalid adalah dengan memindahkan kesilapan kepada UMNO, menuduh parti itu sengaja merancang demonstrasi dan kekacauan semasa dialog.
Kejadian yang melibatkan kepala haiwan bukan pertama kali di negara ini. Ia telah banyak kali berlaku sebelum ini, ada yang membawa kepala babi ke dalam surau tetapi tidak pula dituduh orang UMNO atau orang Pas atau orang DAP atau orang PKR yang menjadi dalangnya.
Inilah yang dinamakan 'denial syndrome'. Khalid cuba mengelabukan mata rakyat dengan membuat penafian berlapik. Walhal seperti yang diakui Penasihat DAP, Lim Kit Siang, keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang kini goyah. Malah beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana beberapa isu gagal ditangani atau diselesaikan oleh pakatan pembangkang.
PAS masih mahu jadi jaguh juga walaupun DAP sendiri akui kecewa isu ini gagal ditangani .PAS ini semakin hari semakin menyimpang dari landasan perjuangan mereka ....