BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang

on Friday, September 4, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Najib -Muhyiddin akan pertahankan Dun Bagan Pinang

Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Noor hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti itu untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan.

``Kita telah membuat keputusan daripada segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan Perlembagaan, kita akan bertanding.

``Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Program Sejahtera dan Program Nasional Pintar di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini hari ini.

DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang adalah salah satu daripada dua kerusi yang dimenangi oleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) tahun lalu.

Dalam pilihan raya itu, Allahyarham Azman mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail (Pas) dengan majoriti 2,333 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.


Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).

Satu lagi kerusi yang dimenangi BN dalam Parlimen Teluk Kemang DUN Linggi menerusi Datuk Ismail Taib.

Kerusi Parlimen Teluk Kemang pula dimenangi calon PKR, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, mengalahkan calon BN, S. Sothianathan. - Utusan


Komen PB

Kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham YB Azman Mohd Noor.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.