Isu rombak SELCAT, Hassan Ali terus dikecam oleh pemimpin Pakatan

on Thursday, September 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Rejim DAP tuduh Hassan ALi hipokrit dan berlagak wira

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, juga pesuruhjaya PAS negeri, sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

Beliau, yang juga ketua publisiti DAP, berkata saranan PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

"Jika pegawai-pegawai daerah atau kakitangan awam tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang, tiada apa-apa untuk berasa malu," katanya hari ini.

"Dan sekarang beliau mahu berlagak sebagai 'wira' yang memperjuangkan hak pegawai-pegawai daerah yang diaibkan itu,"


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad

"Beliau harus mencerminkan semangat berpasukan walaupun kita tidak gembira dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat... bukannya membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan, tidak sewajarnya membuat kenyataan seumpama itu di khalayak umum".



Mahfuz Omar

"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," katanya klik di sini

Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.

"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.

"Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri," kata beliau lagi.



PB ucapkan tahniah kepada pemimpin PAS yang beratur panjang untuk hantam Hassan Ali yang membela kakitangan awam yang ditindas dan dhina oleh rejim ala Gestapo yang menggunakan nama SELCAT . Selepas Khalid Samad dan tony pua , pakar fitnah no 1 PAS Mahfuz pula mengambil giliran untuk membela sekutu mereka DAP yang pertahankan SELCAT.

PAS nampaknya bersorak riang dan terus mengampu kuat sekutu mereka DAP dan membiarkan kakitangan awam yang majoritinya Melayu diherdik ,dihina oleh rejim bangsat DAP ini melalui SELCAT. Aku hairan mengapa kenapa PAS ini cukup semangat sangat pertahankan DAP ini yang niat depa memang nak pijak kakitangan awam di Selangor ini berterusan ?? Kalau orang kerja kilang mungkin depa faham kerja bawah bangsa Cina macamana ,ini DAP nak buat pulak kepada kakitangan kerajaan ....


Kritikan kontroversi Hassan Ali terhadap SELCAT demi pertahankan maruah bangsa Melayu

Kami semua menyokong penubuhan Selcat. Tetapi yang saya agak, agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu."

"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

"Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan.

"Sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat, klik di sini untuk seterusnya ..


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Dulu org hadiahkan penyapu sibuk kata menghina kakitangan kerajaan,sekarang lagi dasyat dalam diam-diam bukan sorang dua kena diaibkan.
    Jadi sedarlah seburuk-buruk Bn/umno buruk lagi dap disokong pas yg tak sedar diri dikudakan.bertopengkan kopiah tapi niat di hati..malas nak cakap. hrrrketuiii..pengecut macam lemb.,tak de jati diri menggadai agama demi camry.PKR parti tak tentu arah.tak de matlamat.(demi satu undi semua halal dan ok ,lidah bercabang.
    :aramak,(malu-ex PR).

  2. Anonymous says:

    lantak kau lah pr pas/pkr/dap..yang penting bn adalah yang terbaik...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.