Boleh berniaga selepas kecoh
PULAU PINANG 6 Sept. – Selepas menerima asakan serta desakan pelbagai pihak, kerajaan negeri akhirnya akur dengan permintaan peniaga bazar Ramadan Jalan Penang apabila membenarkan mereka terus berniaga di kawasan itu sepanjang musim perayaan ini.
Kira-kira 30 peniaga terlibat juga dibenarkan berniaga di kawasan itu pada tahun hadapan di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Pulau Pinang (DPMMPP).
Jaminan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman selepas mengadakan pertemuan dengan wakil DPMMPP hari ini.
‘‘Untuk jangka masa panjang, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan DPMMPP untuk mendapatkan tempat dan infrastruktur yang lebih bagus bagi keselesaan para peniaga dan pengunjung.
‘‘Di samping itu, pihak kerajaan negeri juga membuat keputusan untuk mempromosikan bazar berkenaan sebagai salah satu tarikan pelancongan di Pulau Pinang dalam bulan Ramadan,’’ katanya di sini hari ini.
Semalam, suasana di kaki lima berdekatan Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini kecoh gara-gara tindakan kakitangan MPPP cuba menghalau para peniaga dari kawasan itu.
Difahamkan, para peniaga sudah berniaga di tepi jalan itu setiap kali Ramadan sejak 24 tahun lalu tetapi mula ‘diganggu’ sejak kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan tahun lalu.
Daripada 70 lot gerai yang dikatakan beroperasi sejak dahulu, kini yang tinggal hanya kira-kira 30 gerai sejak pakatan pembangkang berkuasa tidak sampai dua tahun di negeri itu.
Yang Dipertua DPMPP, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader mendakwa, masalah tersebut sebenarnya ditimbulkan oleh salah seorang ahli majlis MPPP yang dikatakan mempunyai kepentingan perniagaan di Bazar Jalan Penang.
Dakwanya, akibat sifat tamak ahli majlis berkenaan yang dipercayai mempunyai enam lot kedai di bazar tersebut, peniaga kecil Melayu dianiaya serta dinafikan hak bagi menjalankan perniagaan di situ walaupun untuk tempoh singkat.
‘‘Jika benar-benar kerajaan negeri pimpinan DAP jujur, mereka sepatutnya mengambil tindakan serupa terhadap peniaga-peniaga haram di beberapa lokasi lain di negeri ini.
‘‘Jangan sekadar hebat berkata-kata untuk membela nasib peniaga kecil walhal masih ada peniaga yang beroperasi tanpa lesen tidak dikenakan tindakan sebaliknya sebahagian lagi ditindas,’’ jelasnya.
Komen Pb
Akhirnya kerajaan sosialis DAP -PKR di PP tunduk jua kepada suara peniaga Melayu .Syabas peniaga Melayu di Bazar Ramadhan !! Kita harus pertahankan hak kita !! Jangan biarkan kita dipijak dan ditindas ...Kita juga ada maruah !!
Ini lah suara Rakyat ,kerajaan negeri harus dengar masalah semua rakyat. Bukan hanya dengar aduan sebelah pihak dan terus bagi alasan kesesakan lalulintas sebagai alasan utama tidak memberi mereka lesen berniaga. Ini hanya dengar aduan dari Ahli Majlis saja tanpa terus memikirkan kesannya kepada peniaga Melayu yang hendak mencari rezeki di bulan Ramadhan ini.
Peristiwa ini merupakan kali kedua kerajaan Pakatan haram dalam masa minggu ini terpaksa akur desakan rakyat selepas isu kuil di Selangor. Kesimpulannya mudah ,Pakatan Rakyat ini dulu mereka kata akan perjuangkan hak semua rakyat tetapi itu hanya bohong semata-mata ,mereka hanya bertindak populis dan menyokong pihak minoriti yang sekarang menjadi penyokong kuat mereka.
3 adun sudah confirm keluar pakatan rakyat selangor.. dan mb baru akan diumumkan sebelum raya.. sebarkan..