Pas tiada calon berkaliber untuk PRK Bagan Pinang

on Wednesday, September 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Di dalam kesibukan Parti PAS yang sentiasa suka berceramah dan menghentam peribadi pemimpin UMNO, rupa-rupanya mereka terlupa untuk menyediakan calon yang berkelayakan dan mencukupi untuk menandingi UMNO/BN dalam Pilihan Raya Umum(PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil(PRK).

UMNO sudah sinonim di hati rakyat Negeri Sembilan. PAS yang entah dari mana muncul dan tiada berjasa kepada pembangunan dan kesejahteraan Negeri Sembilan seringkali cuba menangguk di air yang keroh menumpang usaha murni Kerajaan Barisan Nasional didalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Segala nikmat pembangunan dinikmati secara bersama, namun kesilapan dan kekurangan yang ada pada usaha kerajaan sering kali menjadi modal mereka menjadi hero kepada rakyat.

Tidak seperti PRK sebelum ini, Kerusi N31 DUN Bagan Pinang menyaksikan PAS bermandi peluh dan menjadi runsing memikirkan nasib mereka untuk mencari calon. PAS tiada calon berkaliber di Negeri Sembilan. Itulah hakikatnya.

PAS tidak pernah serius mahu memimpin Negara. Setiap kali PRU mahupun PRK, mereka cuma mahu mencuba nasib dengan menabur janji manis dan palsu kepada rakyat. Agama Islam menjadi modal mereka.
Kini PAS tersepit, siapa harus mereka pilih di N31 Bagan Pinang?

Khabar angin dari orang-orang PAS menyatakan, PAS cuba menonjolkan calon berlatar belakang Tentera, maklumkah DUN Bagan Pinang mempunyai undi Pos yang sangat besar, hampir 1/3 dari jumlah pengundi disitu iaitu seramai 14000 orang.

Antara calon yang ingin diketengahkan adalah seperti Brigadier Jeneral (B) Dato’ Zakaria bin Hj Dahlan bekas calon PAS dalam PRU ke 12 bagi kerusi DUN Chembong dan juga veteran tentera yang telah sekian lama menyertai PAS ialah Lt. Kolonel (B) Hj Malakan bin Kamarudin. Namun, jika calun dari Pas ialah Dr Rosli Yaakob tetapi bersediakah beliau balik dari Bangladesh menghadapi UMNO.

Walaupun Pas ada ramai bekas tentera yang agak berpangkat juga , tetapi agak berusia , tak manis menjadi calun. Nampak sangat tiada orang dah nak ambil. Kalau menang cepat mati ada lagi PRK lain kali.

Kepada pengundi di N31 Bagan Pinang, jangan sia-siakan masa depan anda dengan memberi undi kepada orang yang tidak layak dan berkebolehan memimpin. Undilah Calon terbaik yang semestinya dari Barisan Nasional.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.