MPPP cuba halau Peniaga Melayu Bazar Ramadhan di PP

on Sunday, September 6, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Bantah !! Peniaga Melayu Bazar Ramadhan di Jalan Penang membantah tindakan MPPP yang cuba halau mereka daripada berniaga.



Apa nak jadi ni kepada Melayu PP ?? Sebelum ini tak pernah pun kerajaan negeri BN pergi sekat dan halang orang Melayu daripada berniaga Bazar Ramadhan . Hari ini kerajaan CAT-DAP cuba nak halau orang Melayu berniaga dengan mengeluarkan arahan kepada MPPP untuk menghalang umat Islam daripada berniaga di Jalan Penang berhampiran Bazar Chow rasta .

Menurut sumber , MPPP halau peniaga ini kerana mereka tiada lesen walhal kerajaan negeri sendiri yang kali ini tidak keluarkan lesen untuk mereka berniaga di bulan Ramadhan ini. Hal ini berbeza dengan kerajaan BN dulu yang memberikan lesen kepada mereka berniaga sudah lebih 22 tahun . Peniagaan mereka sebelum tiada masalah pun sehingga lah pakatan haram diketuai DAP ini memerintah PP .

Alasan DAP

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, berkata peniaga berkenaan tidak diberi permit untuk berniaga kerana ia boleh menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan tersebut. Beliau berkata, terdapat juga sungutan daripada peniaga di Penang Bazaar di situ bahawa beberapa peniaga tanpa izin Indonesia dan Bangladesh turut berniaga di situ, sehingga menjejaskan perniagaan mereka.


aku nak tanya rasionalkah Umat Islam hanya berniaga setahun sekali sahaja melalui Bazar Ramadhan boleh akibatkan kesesakan jalan raya lalu tidak diberikan lesen untuk mereka berniaga ?? Penang Road memang sesak pun selalu dari dulu ,tak nanti bulan Ramadhan baru sesak .Jangan dok bagi alasan bodoh la Adun Komtar Ng wei !! Kalau peniaga Cina di situ bantah orang Melayu berniaga di situ terus terang cakap lah ....jangan dok konar sesak la . Berpuluh tahun mereka berniaga di situ sebelum ini tiada masalah pun .

Peniaga ini juga telah mengadu masalah ini kepada pemimpin melayu boneka DAP seperti TKM1 PP Mansor Othman dan Malik Kassim tapi sampai la tiada jawapan.

aku dah agak dah mereka ni pemimpin melayu tak boleh harap punya ...macam sial semua pemimpin melayu PR ini.
lagi satu ,Mana perginya YB baru Salleh Man yang juga dikatakan bakal YDP MAIPP ?Apa komen Pak Leh ?? Ini masalah Melayu PP dan jangan hanya ingat pengundi Prmtg Pasir saja . Bersuara lah sikit bela orang Melayu ,jangan hanya dok takbir sahaja . Aku ingat lagi janji Mujahid bahawa jika PAS menang di Permatang Pasir , PAS akan suarakan ISU-ISU MELAYU lebih kuat lagi dalam kerajaan negeri kononya hero la... pirahhh

Kepada orang Melayu PP ,sedar lah anda dengan taktik kerajaan negeri yang diketuai DAP ini .Mereka ini tidak akan tolong kita malah bandar Geogertown ini majoriti kedai-kedai dimiliki oleh mereka. Untuk orang PAS yang aku rasa ada juga bersama dalam 30 peniaga bazar Ramadhan ini ,baru hang pa tau Siapa DAP Sosialis ini ...



MPPP CUBA HALAU PENIAGA

PULAU PINANG 5 Sept. - Suasana di persiaran kaki lima berdekatan Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini kecoh gara-gara tindakan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) cuba menghalau para peniaga beroperasi di situ.

Difahamkan, para peniaga di situ sudah berniaga di sepanjang tepi jalan itu setiap kali Ramadan sejak 24 tahun lalu tetapi mula 'diganggu' semenjak kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan tahun lalu.

Para peniaga di situ yang pada asalnya mempunyai kira-kira 70 lot gerai kini dikatakan hanya tinggal 30 gerai dalam tempoh tidak sampai dua tahun.

Rata-rata mereka kecewa dengan tindakan kerajaan negeri tidak memberi lesen perniagaan kepada mereka seperti mana yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun sebelum itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Bazar, Mohd. Akram Masir Ahmad, beliau bersama para peniaga yang lain kesal terhadap tindakan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mereka berniaga di situ lagi.

"Kami berniaga di sini sejak 1985. Perniagaan kami di sini tiada masalah sehinggalah kerajaan negeri pakatan pembangkang ambil alih pada tahun 2008.

"Tahun ini mereka tidak memberi kami lesen untuk berniaga. Kalau tak berniaga, macam mana kami nak cari makan. Kami cuma berniaga kecil-kecilan seperti baju Melayu dan baju kurung.

"Kami ada juga meminta Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dan salah seorang pemimpin negeri, Abdul Malik Kassim melihat mengenai perkara ini tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita di lokasi kejadian yang turut ditemani Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, di sini hari ini.

Pada masa sama, Rizal berkata, pihaknya kecewa terhadap apa yang berlaku terhadap para peniaga Melayu di situ.

Beliau hairan mengapa hanya masyarakat Melayu yang menjadi 'mangsa' sedangkan masyarakat lain 'terselamat.'

"Peniaga Melayu ini bukannya selalu berniaga di kawasan ini, hanya ketika Ramadan sahaja, bukannya menganggu pun. Lagipun, masyarakat negeri ini sudah serasi dengan bazar Ramadan ini, kalau tutup orang Melayu nak beli di mana lagi.

"Apabila bazar ini ditutup, hampir 30 keluarga menerima kesan kerana perniagaan mereka telah tergendala," jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada peniaga terbabit dan berharap isu itu berakhir dengan penyelesaian yang baik.


One Response

  1. eddy says:

    Apa nak kata Bro, orang Pulau Pinang sudah memilih pakatan DAP,PKR dan PAS untuk menjadi kerajaan negeri dan menolak BN. Sekarang mereka kena terimalah nasib mereka, nanti pilihan raya umum akan datang ingat-ingat lah parti mana yang lebih menolong mereka dulu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.