Kenapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - Siri 3

on Monday, September 28, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Berikut merupakan tulisan Anwar pada 28 September 09, bertajuk 'Acara di New York, Florida dan San Francisco'. Klik di sini


"Di New York, pertemuan Generations dengan Al Gore adalah sehari suntuk. Ini termasuk isu persekitaran, kesan dasar Amerika dan kebijakan baru dalam persediaan ka Copenhagen"


[Generations adalah singkatan kepada "Generation Investment Management" yang dimiliki oleh Al Gore dan rakan baiknya David Blood. Generations mempunyai dua pejabat, iaitu di London dan Washington. Al Gore telah melantik Anwar , sebagai Lembaga Penasihat, Generation Investment Management Group yang menerima imbuhan gaji lumayan. Bacaan lanjut klik di sini ]


"Selain itu perbincangan dengan Mary Robinson juga amat berharga kerana beliau memimpin lebih 40 pasukan khas termasuk peringkat PBB dan NGO. Kehebatan beliau terserlah kerana pendirian mempertahan hak asasi dan membela kelompok miskin"


[Mary Robinson, merupakan bekas Presiden Irealand dan bekas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi di PBB dari tahun 1997-2002. Semasa Anwar di penjara Sungai Buloh, Mary Robinson merupakan tokoh yang banyak berkempen membebaskan Anwar serta membantu NGO-NGO hak asasi Malaysia untuk membantu Anwar. NGO yang dibantu Mary termasuklah Amnesty International, HAKAM dan SUARAM. Mary Robinson dan Anwar Ibrahim adalah anak buah Al Gore, kedua-dua memainkan peranan penting sebagai bukan warganegara Amerika yang dilantik ejen Amerika. Klik di sini]


"Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam"


"Selain wakil pentadbiran Obama, Senat dan Dewan Perwakilan, Amerika diwakili institusi saperti Brookings, Middle East Institute dll. yang aktif mengendali program di negara Islam. Yang agak menarik adalah kerana penyertaan pegawai kanan pentadbiran Bush yang beragama Islam"


[Wacana pendekatan baru ke atas dunia Islam ? Maknanya semasa Presiden Bush, menggunakan pendekatan perang, jadi semasa Presiden Obama, menggunakan pendekatan 'bukan peperangan' @ projek demokrasi yang dikenali ' psychological warfare' (klik di sini). Anwar juga berkepentingan dalam Brookings Institution dan Middle East Institute yang belakangnya adalah tangan-tangan Yahudi (klik di sini). Sebelum ini Anwar telah mengemukakan pendekatan baru ke atas dunia Islam di Timur tengah dengan menghantar kertas cadangan kepada Presiden Obama, pada 10 Mac 09 iaitu mendesak Presiden Obama melaksanakan Projek Demokrasi di Timur Tengah. Apa maksud projek demokrasi itu dan apakah projek demokrasi menguntungkan dunia Islam, sila baca di sini.]

sumber :AIDC

Link

Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson

Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy?

Skandal foto bogel: Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.