Nizar Boneka !! Cuba menipu orang Melayu demi jaga hati DAP

on Saturday, September 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


IPOH - Pergerakan Pemuda UMNO Simpang Empat, Hutan Melintang semalam, mempersoalkan kenyataan bekas menteri besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang menyifatkan perjuangan pakatan pembangkang adalah pengorbanan untuk semua bangsa.
Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai retorik, Naib Ketuanya, Mohd Najib Mohd Mokhtar berkata, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu cuba menipu rakyat dan orang Melayu demi menjaga hati serta perasaan DAP.

“Apa pengorbanan untuk semua bangsa yang diperjuangkan pakatan pembangkang. Adakah apabila DAP tidak mempertikaikan pengagihan wang zakat ketika pakatan pembangkang memerintah tidak lama dulu boleh dianggap sebagai DAP sebuah parti yang memberi kerjasama kepada Melayu?

“Sebelum itu, Mohamad Nizar harus tahu iaitu siapa DAP untuk mereka mempersoalkan pengagihan wang zakat. Itu hak kerajaan negeri, bukan ditentukan sesebuah parti politik. Alasan ini tidak cukup untuk beliau menafikan dirinya menjadi boneka DAP,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Najib mengulas kenyataan Mohamad Nizar yang menafikan beliau menjadi boneka kepada DAP, sambil menganggap dakwaan pihak tertentu itu sebagai tidak berasas dan fitnah apabila cuba membangkitkan isu lama.

Bekas menteri besar itu dilaporkan berkata, tidak timbul sama sekali isu DAP mempergunakan pemimpin Melayu dalam mempengaruhi pelbagai keputusan yang dibuat opakatan pembangkang.

Menurut Mohd Najib, banyak tindak tanduk DAP diragui selama bergabung dengan parti Melayu seperti selalu mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan berusaha untuk merebut pengaruh kuasa di negara ini.

“Sepatutnya Mohamad Nizar lebih arif dengan tindak tanduk parti itu yang hanya hendak merebut pengaruh kuasa di negara ini. Apakah beliau sengaja membutakan matanya dengan perkara ini hanya kerana ingin menjaga kepentingan politiknya. “Ini menunjukkan Ahli Parlimen itu telah hilang kewarasannya sehingga sanggup mempertahankan DAP hanya kerana ingin mendapat pengaruh politik. Ternyata dakwaan yang mengatakan beliau adalah kuda tunggangan DAP dan boneka kepada parti itu berasas,” katanya.

Beliau turut menempelak kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan apabila menyertai DAP, akan ada kepentingan jangka panjang.

Katanya, jawapan yang diberikan Mursyidul Am Pas itu lebih kepada kepentingan politiknya, bukan melibatkan maruah orang Melayu.

sumber : sinar harian


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.