Nizar oiii!! Tiga Adun PR Selangor hilang diburu oleh Anwar

on Monday, September 7, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Command Centre misi 'Serangan Waktu Subuh' kami yang terletak di tepi federal highway tidak putus-putus menerima panggilan telefon,walkie talkie,internet dan sebagainya untuk melaporkan info-info misi menawan kembali Selangor. Ada info yang boleh kami kongsi bersama dengan anda. Ada juga yang tidak boleh.

Di sebalik ribuan kenderaan yang melintasi federal highway,tiada siapa yang tahu ada pejabat kecil yang menjadi pusat operasi kami. Kami nampak orang ramai dan orang ramai nampak kami, tapi apa yang kami lakukan mereka tidak tahu. Walaupun kecil, pejabat ini cukup untuk memuatkan saya dan GAP serta beberapa pegawai dan ketua operasi kami.

Sampai bila kami akan terus berkampung disini saya tidak tahu. Silap haribulan saya dan rakan-rakan berhari raya di command centre ini. Manalah tahu,mungkin juga kerajaan Selangor akan bertukar di pagi hari raya.

Berita terkini yang kami terima ialah tiga orang Adun PKR telah hilang sejak beberapa hari lepas. Telefon mereka juga tidak dapat dihubungi. Anwar Ibrahim telah mengarahkan orang-orang beliau mengesan tiga Adun ini. Mereka yang hilang adalah

Adun Kajang,Lee Kim Sin @ Cikgu Lee
Adun Bukit Melawati , M.Multhiah
Adun Batu Caves, Amirudin Shaari

Dua di antara mereka ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Ezam Md.Nor,manakala Adun Bukit Melawati pula adalah bekas ahli MIC dan rapat dengan Cikgu Parthiban, Adun BN yang menang dalam PRK Ijok 2007.

Cikgu Lee orang lama dalam PKR,tetapi beliau tidak rapat dan tidak percaya kepada Anwar. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada rakan-rakannya.

Amirudin Shaari pula adalah anak didik Ezam semasa dalam PKR dulu. Amirudin telah dididik oleh Ezam sejak dari UPM lagi. Sehingga sekarang beliau masih lagi rapat dengan Ezam dan sering melaporkan maklumat-maklumat terkini Selangor kepada Ezam atau pembantu Ezam, Sd Johari. Amirudin juga sudah mula cuak dengan perangai Anwar sekarang dan beliau juga sudah tidak percayakan Anwar lagi. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada Ezam dan Sd.Johari.

Kenapa mereka semua hilang ?

Kerana takut diangkut dan diugut oleh samseng-samseng dan mafia-mafia Anwar Ibrahim, sebagaimana yang terjadi kepada Arumugam Bukit Selambau dan Fairus Penanti.

Dua minggu lepas Anwar jatuh tersungkur di kaki Adun Lunas. Insyaallah seminggu,dua minggu atau tiga minggu lagi Anwar rebah melutut di kaki Adun-Adun Selangor dan selepas itu rebah menonggeng nyoq kaki Saiful Bukhari.

Ready...ready...BN Selangor, gerakan jentera p/raya secepat mungkin.....

sumber :rbf

Komen PB Kehancuran Kerajaan Pakatan kini semakin hampir .....


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.