JALAN untuk V Sivakumar kembali menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sudah tertutup. Rumusan ini boleh dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menetapkan penyingkiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dari DAP itu sebagai Speaker DUN dalam sidang DUN 7 Mei lalu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.
Malah saman Sivakumar terhadap Speaker DUN, Datuk R Ganesan juga dibatalkan.
Selepas ini Sivakumar dinasihat jangan membuat tuduhan kononnya keputusan mahkamah berat sebelah. Hakikatnya keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed adalah betul. Mengikut Perkara 72, Perlembagaan Persekutuan menyatakan urusan persidangan DUN dijalankan secara sah dan tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah. Mengikut Hakim Azahar, sebarang perkara yang dibangkitkan berhubung dengan pemecatan atau pelantikan Speaker dalam sidang DUN perlu dikaji, dibincang dan diselesaikan di dewan berkenaan dan bukannya mahkamah.
Dengan itu, diharapkan Sivakumar menghormati keputusan mahkamah. Hentikan usaha untuk memanggil sidang DUN lagi - yang terang-terang tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Paling penting elakkan aktiviti yang dilihat sengaja ingin mencetuskan kekecohan.
Sivakumar perlu terima hakikat beliau bukan lagi Speaker. Jadi beliau dan ADUN pakatan pembangkang usah bertindak memanggil 'sidang DUN' lagi.
Pakatan pembangkang sudah tidak ada hak lagi untuk berbuat demikian kerana mereka sudah hilang majoriti dalam DUN Perak. Perkara ini pun sudah disahkan di mahkamah.
Kita menyeru kepada wakil rakyat pakatan pembangkang supaya bersama-sama kerajaan negeri bagi menjayakan agenda berkhidmat untuk rakyat dan bukannya berusaha mewujudkan kekecohan.
Sudah sekian lama negeri Perak berada dalam keadaan tidak stabil. Hormatilah keputusan mahkamah dan beri laluan kepada rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan penyokongnya di DUN untuk mengurus dan mentadbir kerajaan negeri.
Jangan diulangi tindakan yang cuba menggugat kelancaran dan kelicinan pentadbiran kerajaan BN di Perak.
Cukuplah tindakan mencari publisiti murahan. Jika Sivakumar dan ADUN pakatan pembangkang masih berkeras untuk menimbulkan kekecohan, maka Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti bertindak tegas.
KDN jangan beri muka lagi terhadap mereka yang tidak menghormati keputusan Raja-raja Melayu dan melanggar undang-undang termasuk ingkar keputusan mahkamah.
Golongan ini tidak patut dibiarkan berterusan memberikan teladan tidak baik kepada rakyat dalam menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Raja-raja Melayu.
Pada umumnya rakyat Perak sudah bosan dengan kemelut politik negeri itu. Sejak Kerajaan Negeri Perak dipimpin oleh pakatan pembangkang dan kemudian tumbang pada Februari lalu, pelbagai sandiwara ditayangkan jadi tontonan umum.
Sekarang rakyat boleh menilai sendiri sikap DAP, Pas dan PKR terhadap tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.
Adakah rakyat diutamakan atau kegilaan merebut kuasa yang mereka pentingkan?
sumber : utusan malaysia
Nizar oii !! : Henti Buat kekecohan , hormati keputusan mahkamah
on Friday, September 11, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
September
(82)
- Petanda Kemenangan BN di Bagan Pinang
- Nizar sudah ketaq !! : TS Isa Samad calon BN perta...
- Sahabat karib Anwar , Al Gore sokong Gay ??
- Kenapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - Siri 3
- Kenapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - siri 2
- Mengapa Anwar jumpa Al Gore di hari raya - siri 1
- Nizar Oii ! : Isu SELCAT: Hassan Ali perlu tegas d...
- 10 hujah Nik Aziz mesti berundur
- Nik Aziz kata duit dan sembahyang Ibrahim Ali tida...
- Nizar Oii !! Selalunya Pakatan merujuk nak buat b...
- Guan Eng gelabah tuduh fakta salah kepada pihak ...
- Guan Eng dapat fakta salah kritik Penang Port
- PAS baru tahu ke fitnah itu dosa besar ...
- Isu rombak SELCAT, Hassan Ali terus dikecam oleh ...
- PENGARAH JAIPK PERLU LETAK JAWATAN
- Nizar Oii !: Siapa puak kafir harbi ini untuk menu...
- Melayu mudah cair bila dipuji - Dr Ridhuan Tee
- Nizar oiii !! Pakatan dilanda krisis di Selangor !!
- 50,000 Rakyat hadiri rumah terbuka PM
- Kesian PAS dimaki di pagi raya oleh DAP
- Bagan Pinang : PAS sudah kerah orangnya masuk kemp...
- Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
- Perkataan " Penang " milik Lim Guan Eng sahaja
- Nizar Boneka !! Cuba menipu orang Melayu demi jaga...
- Biadap dan kurang ajar pihak yang melakukan perbua...
- Nizar KKK2 : Pakatan Gengster mula mengganas denga...
- Melayu Boneka DAP digunakan pertahan DAP
- Najib turun padang tinjau perubahan di Puduraya
- Lim akui 1 Malaysia Najib ‘ bukan mudah’ untuk di...
- Nizar KKK: Mahfuz sudah taubat dan janji tak s...
- Take beer : Cawangan DAP Melayu dibuka di Selangor
- Anwar korup ditolak bangsanya sendiri - banci Vox...
- Lawatan ke tapak kuil Seksyen 23
- 15,000 rakyat Tawau buat kejutan untuk Najib
- Kalimah Allah hak Kristian - Anwar
- 100 KATA-KATA TERBAIK ABAD INI OLEH NIK AZIZ NIK MAT
- Popular di kalangan ahli parti tidak guna jika ti...
- Anwar Pengkhianat !! - Ibrahim Ali
- UMNO basmi kemiskinan ikut tuntutan ISLAM
- Isu Kuil ini bukan isu parti
- PAS kini tidak berjuang lagi untuk agama kerana pe...
- Lagi penyelewengan duit peruntukan DUN di Selangor !!
- Nizar oii !! : Khalid Samad punca utama kekecohan
- Kaitan IFC dengan isu kuil di Seksyen 23
- Kenapa isu kepala lembu pantas diambil tindakan pe...
- Nizar oii !! : Henti Buat kekecohan , hormati kepu...
- Tentera kini sasaran PAS untuk tarik undi
- Nizar oii !!: Mari Sertai Kempen desak Jeff Oii D...
- 12 orang Wira penduduk Seksyen 23 berdepan tudu...
- Khalid guna ayat Al Quran pertahan kuil Hindu
- Pemuda UMNO Teluk Kemang sokong TS Isa sebagai calon
- Majlis Penyampaian Sumbangan Kurma D'Ramadhan Parl...
- Adakah benar kerajaan negeri telah tunai janji ??
- Timbul Isu rebut nak jadi calon taktik lapuk PAS c
- Pas tiada calon berkaliber untuk PRK Bagan Pinang
- Umno tidak akan gadai maruah - Najib
- Beza Semangat Perjuangan Melayu Sejati dengan Pe...
- PRK Dun Bagan Pinang : Misi mempertahankan BN
- Nizar oiii!! Tiga Adun PR Selangor hilang diburu o...
- Nizar Boneka!! : Kerajaan negeri Selangor bakal tu...
- Nizar KKK2: Kerajaan negeri PP akhirnya akur suara...
- MB Selangor baru Hassan Ali @ Azmin Ali
- Inilah akibatnya bila Khalid Samad bela India
- MPPP cuba halau Peniaga Melayu Bazar Ramadhan di PP
- Surat Bantahan Penduduk Seksyen 19 kepada MB Selangor
- Nizar KKK: Anwar sudah menyimpang jauh
- Kapal Selam KD TAR mantapkan pertahanan negara
- Kecoh sesi dialog MB Khalid dengan penduduk Seksy...
- Isu kuil ini puncanya Pakatan haram ini gagal tuna...
- NIZAR KURANG AJAR!! Video sidang haram Pakatan Haram
- BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang
- Muhyiddin ke Terengganu esok cari jalan penyelesai...
- Anwar tunai hasrat DAP
- Majlis Berbuka Puasa Kg Gadong bersama Yb Khairy J...
- Pakatan Rakyat syok sendiri dan hipokrit -Zambry
- Mahfuz Omar buat lawak !!
- PAS cakap ini Bukti UMNO dalang dalam demo bantah ...
- Pakatan Haram bikin drama " Speaker Gila dengan Ni...
- Agenda Sulit DAP di Pulau Pinang - Perkasa
- GEMPAR!! Selangor kini sasaran Selangor Bangkit !!
- PAS sanggup jadi kuda tungangan DAP demi jatuhkan ...
- Tiada Pilihanraya di DUN Kota Siputeh,Kedah
-
▼
September
(82)