Khalid guna ayat Al Quran pertahan kuil Hindu

on Wednesday, September 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




"AYAT MU AYAT SEKERAT
AYAT MU TAK CUKUP SIFAT
AYAT MU BOLEH BUAT ORANG SESAT
"
rangkap lagu kumpulan spaider, tajuknya Lauk ku cukup masin.

Mungkin itulah rangkap lagu yang paling cocok untuk menjelaskan maksud surat yang di edarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad@ Khalid Gereja. mungkin dia tertekan dengan kemarahan penduduk Islam Seksyen 23, Khalid Gereja mengeluarkan satu surat terbuka yang diedarkan kepada seluruh penduduk melayu di kawasan seksyen 23 Shah Alam. Beliau antara lain cuba mempertahankan tindakan beliau mencadangkan tapak kuil di Seksyen 23 yang berhampiran dengan kawasan majoriti penduduk Islam.

Dalam surat tu dia memetik ayat 8 surah al-Maidah yang berbunyi "bertindak adil! Ianya lebih rapat kepada ketaqwaan. Dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil..."

Pelik, kenapa Khalid Gereja hanya memetik sebahagian kecil ayat 8 surah al-Maidah. Mari kita baca keseluruhan ayat 8 dan juga 9 serta 10 yang berangkai dalam surah al-Maidah.

[Ayat : 8]
Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

[Ayat : 9]
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

[Ayat : 10]
Dan orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Qur'an), merekalah ahli Neraka.


Soalnya sekarang kenapa Khalid Gereja menyembunyikan keseluruhan ayat-ayat ini? mungkinkah Khalid Gereja hanya menggunakan ayat-ayat yang dilihat boleh menguntungkan dia maka hanya separuh sahaja ayat yang dia pakai, yang separuh lagi Khalid lihat tidak mengungtungkan dia maka dia diamkan.

Bolehkah manusia seperti Khalid Gereja ini menggunakan ayat suci Al-Quran? sedangkan dia lah juga manusia yang menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menukar perkataan Tuhan/God kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu. det bukan nak mempertikaikan keislaman Khalid ni, so korang pikir la sendiri.

"LAUK KU DAH CUKUP-CUKUP MASIN
LAUK KU CUKUP MASIN
TAK PERLU ENGKAU TAMBAH GARAM..."


sumber : darulehsan today


3 Responses

  1. r.k says:

    mengapa?
    mungkin kerna dia sendiri pun tak tahu.
    mungkin kerna dia sendiri disuruh orang lain menggunakan potongan ayat tersebut.
    mungkin.

    GARAM BANYAK DARAH TINGGI WO.

  2. mari lempang je khalid ni..ni mesti tok guru dap dia yang ajar..tu pasal tak lengkap

  3. Anonymous says:

    CELAKA dia ni, mempermainkan ayat suci Al-Quran!.. pasal dia laahh kafir harbi kat Malaysia ni naik tocang... Orang Islam di Shah Alam masih lagi nak bela Berok sekor ni lagi ker? Fikir laa apa dia dah buat kat korang? takder satu pun yang menguntungkan melayu dan Islam..bagi aku tendang dan sepak jer barua sekor ni kuar dari malaysia..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.