12 orang Wira penduduk Seksyen 23 berdepan tuduhan Akta Hasutan & perhimpunan haram

on Wednesday, September 9, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments






SHAH ALAM: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan membawa dan memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas.

Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy serta Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Kesemua perbuatan itu didakwa mempunyai kecenderungan menghasut, yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu.

Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini, yang mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar mencadangkan agar kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.



Peguam Datuk Salehuddin Saidin, yang mengetuai pihak pembelaan, membantah jumlah jaminan yang dicadangkan kerana menganggap ianya amat tinggi dan satu bebanan kepada kesemua tertuduh.


Beliau berkata kesemua anak guamnya telah dimaklumkan semalam bahawa mereka akan dituduh hari ini dan mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.

"Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh juga menunjukkan seolah-olah ia satu kesalahan menghina agama lain sedangkan mereka tidak berniat untuk berbuat demikian. Bagi orang Melayu lembu melambangkan kebodohan dan bukan membawa penghinaan kepada agama lain," katanya sambil memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM500 setiap seorang.

Mohd Dusuki pula berkata jumlah jaminan RM500 yang dimohon oleh pihak pembelaan tidak wajar dan tidak sesuai dengan pertuduhan kerana kes itu mendapat liputan meluas media elektronik dan cetak serta banyak laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

"Justeru mohon RM15,000 dikekalkan kerana jumlah itu wajar berdasarkan kepada latar belakang kes yang mendapat liputan meluas media dan melibatkan kepentingan awam," katanya.

Mendengar hujahan pihak pendakwaan, Salehuddin bangun dan berkata liputan meluas media terhadap kes itu tidak seharusnya dijadikan faktor oleh mahkamah dalam menentukan jumlah jaminan.

"Takkan kita nak hukum tertuduh berdasarkan liputan meluas itu," katanya.

Hasbi kemudian mengenakan ikat jamin RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret di sini pula, Ahmad Mahayuddin, Ibrahim, Eyzva Ezhar, Mohd Azmir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi turut menghadapi satu lagi pertuduhan bersama enam yang lain iaitu telah mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undangundang di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Turut didakwa ialah Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohammad Nordin Zakaria, 63, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39 dan Azhari Shaari, 39.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27 (8) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Norkamilah Aziz membenarkan enam yang turut dituduh di Mahkamah Sesyen di sini sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM300 setiap seorang serta seorang penjamin manakala enam lagi dibebaskan dengan RM500 setiap seorang serta seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan semula kes. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan.

Suasana di dalam keduadua mahkamah sesak dengan anggota keluarga tertuduh dan penduduk Seksyen 23. BERNAMA

Komen PB

PB mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada Peguam Melayu seperti Datuk Salehuddin Saidin kerana berani menjadi peguambela kepada 12 penduduk Islam ini yang kini berdepan tuduhan akta hasutan dan perhimpunan haram.

HIDUP GEMPITA !!!

Jika peguam bangsa lain boleh beramai-ramai membela seorang bangsa mereka bila ditahan polis ,kita juga harus membela 12 orang penduduk seksyen 23 ini kerana bantahan mereka berhubung isu kuil ini diketepikan oleh kerajaan negeri lalu menyebabkan mereka bangun dan berjuang untuk menegakkan Islam dan hak mereka sebagai penduduk kawasan itu .

Inilah nasib Melayu pada zaman akan datang di bumi tanah air nenek moyang kita sendiri , oleh kerana bangsa Melayu sekarang telah berpecah dan dilihat lemah , apabila kita bangun sedikit hendak membela agama Islam dan hak kita ia dianggap perkauman oleh pembangkang dan mereka ini paling lantang desak kerajaan kenakan tindakan . Tetapi bila Namewee hina lagu Negaraku , Islam ,Azan , dia dilepaskan begitu saja dan kita kena maafkan dia demi perpaduan kaum negara ini .

ini lah NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU ....



3 Responses

  1. Betul ke mereka wira?

    Kesan daripada krisis Anwar-Mahathir, baca di sini;

    http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/09/nizar-apakah-rakyat-malaysia-tahu.html

  2. I quote from wikipedia on Namewee hina lagu negaraku:

    "Negarakuku covers elements of daily lives in Malaysia from Wee's perspectives,including police corruption, inefficient public services and biased government policies.
    Two other portions of his song reference to Muslims' call for prayer and laid-back lifestyle of Malay people; one segment mentions the azaan to Fajr, the earliest of the five daily prayers by Muslims, described as a "morning call" that would wake Wee up at 5 a.m. "

    ---> "Following his return to Malaysia in 2008 to celebrate National Day on August 31, Wee was summoned by the Royal Malaysian Police to attend a questioning on September 23.
    After the interview, Wee claimed that the police wanted to close the file on the matter and that he did not think that there would be any action taken against him.
    However, the police later stated Wee was being investigated under the Sedition Act and the matter would be referred to the Deputy Public Prosecutor."

    sampai la nie senyap je... mana KEADILAN nya???

  3. Anonymous says:

    Melayu buat salah macam macam pressure dikenakan

    Bila bukan Melayu bujat salah macam macam helah diberikan untuk tidak diambil tindakan

    Wahai Najib , kami Melayu dah bosan dengan penindasan demi penindasdan oleh undang undang !!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.