Najib turun padang tinjau perubahan di Puduraya

on Thursday, September 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



KUALA LUMPUR 16 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan perubahan besar di Terminal Puduraya yang kini jauh lebih selesa walaupun pengubahsuaiannya hanya mengambil masa yang singkat.

Dalam lawatan mengejut keduanya ke perhentian bas itu hari ini, beliau gembira kerana kerajaan dan pihak pengurusan terminal berkenaan, UDA Holdings Bhd (UDA), telah mengambil langkah sewajarnya untuk memberi wajah baru kepada terminal itu dalam tempoh 51 hari sahaja.

Saya percaya mereka yang menggunakan Terminal Puduraya ini akan rasa keadaan jauh lebih baik dan lebih selesa sekarang," katanya ketika meluangkan masa kira-kira 15 minit meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di Terminal Puduraya di sini.

Najib berkata, sejumlah RM52 juta diperuntukkan untuk tujuan pengubahsuaian keseluruhan Terminal Puduraya bagi menjadikannya sebuah terminal bas moden serba lengkap, selesa serta mampu memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada rakyat.



Komen PB

Perdana Menteri seperti Najib rutin hariannya sentiasa sibuk dengan tugasan dan lawatan kerja dan sebagainya tetapi hari ini beliau sekali lagi membuat lawatan mengejut di Terminal Bas Puduraya meninjau perubahan besar yang dilakukan iaitu pengubahsuaian agar ia lebih selesa untuk kemudahan rakyat terutama yang akan pulang ke kampung berhari raya. Najib mahu pastikan kemudahan dan keselesaan rakyat yang akan menggunakan terminal bas Puduraya menjelang hari raya ini harus diutamakan bertepatan dengan slogan Rakyat Didahulukan . Syabas DS Najib Razak !!


3 Responses

  1. Anonymous says:

    syabas Najib !! Pemimpin berjiwa rakyat ...

    insyallah jika PM utamakan rakyat ,PRU 13 BN akan kekal lagi memerintah Malaysia

  2. itu dia CEO UDA, penjahanam kampung Melayu Tj Tokong ,PP...

    Najib, UDA tengah menjahanamkan kg melayu tradisional...Rakyat Didahulukan la sikit !

    tanah Kg Tj Tokong, hampa bagi semua kat UDA..penaik kondo 1 juta bagi kat Melayu rumah pangsa lima tingkat...alamat takda lif.

    tu dia nasib Melayu..PP..dok flat...org melayu PP kuat ragas..tangga

  3. ini sapa cakap rumah pangsapuri yang akan diberi kpd penduduk Kg Tj tokong itu tiada lif ?? betul ke 5 tingkat ??

    TS Nor Mohamed Yaakob cakap dalam Utusan rumah pangsapuri 4 tingkat sahaja dan mpy lif utk kemudahan golongan tua.

    nama pun tanah TOL ,jika ia perlu dibangunkan utk pembangunan ,tiada pilihan lg. Mahathir pernah lawat PP sebelum resign PM pernah tegur dan cakap rumah org Melayu pulau spt zaman selepas Perang Dunia Kedua ..

    tetapi kerajaan tak halau mereka ,malah diberikan rumah pangsapuri di kawasan situ juga sama spt setinggan di Lembah Klang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.