Archive for 04/01/12

default

Tapak masjid : Guan Eng tak tahan tekanan , tunduk juga desakan UMNO !

on Sunday, April 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




UMNO Pulau Pinang menyambut baik jaminan Ivory Properties Group Berhad (IPGB) bahawa syarikat itu akan membina kemudahan awam seperti masjid, sekolah dan rumah ibadat lain di atas ‘tanah emas’ Bayan Mutiara, Bayan Baru dekat sini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata jaminan itu menunjukkan perjuangan UMNO supaya kemudahan awam terutama masjid dan sekolah seperti yang dirancang dalam pelan pembangunan yang ditetapkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di kawasan itu telah berjaya.

"UMNO mendesak demi kepentingan rakyat dan bila mereka (IPGB) telah menyatakan persetujuan untuk membina masjid dan sekolah di situ, ini menunjukkan perjuangan kita berjaya.

"Tetapi UMNO negeri mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi jaminan masjid dan sekolah yang akan dibina itu dibangunkan atas tapak asal seperti pelan awal," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif IPGB Datuk Seri Nazir Ariff bahawa syarikat akan mematuhi garis panduan, peraturan perancangan dan pembangunan seperti ditetapkan MPPP di Bayan Mutiara dengan membina kemudahan awam seperti masjid, sekolah dan rumah ibadat lain.


Komen GPB 

PAS patut malu bila parti  yang sering dituduh tolak Islam dan ambil bangsa , rupa-rupanya parti itu juga yang berjaya pejuangkan kepentingan umat Islam dan rakyat PP .  Nak harapkan PAS ?? ...depa hanya parti yang melukut di tepi gantang . Jawatan YDP MAIPP pun terlepas dapat kepada Malik Itik bukannya Salleh Man ..hahaha

default

Akhirnya regim DAP tunduk desakan perjuangan Pemuda UMNO PP !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Takbir !!  Syukur kepada Allah akhirnya perjuangan Pemuda UMNO PP menentang kezaliman regim  DAP terjawab apabila mereka dan syarikat kroninya terpaksa akur desakan umat Islam agar membina masjid dan sekolah di kawasan Bayan Mutiara .

Ini salah satu bukti Allah bersama di pihak yang benar dan puak2 kafir DAP yang putar belit dan bohong ini  tunduk juga .  Kalau tak kerana pendedahan Ir Shaik Hussein dan Pemuda UMNO PP , sudah tentu umat Islam negeri ini   tidak tahu bahawa Guan Eng dan regim DAP telah gadai sekali tanah denga tapak masjid dan sekolah .




Kejayaan Pemuda UMNO melondedkan skandal  penjualan tapak masjid dan sekolah oleh regim DAP pastinya telah membuka mata umat Islam di PP tentang siapa yang sedang  bohong dan siapa yang benar.


default

Tapak masjid : UMNO beri tempoh 2 minggu kepada Guan Eng untuk jawab !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Umno Pulau Pinang memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memberikan jawapan tepat berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya akan menimbang tindakan injunksi mahkamah atau langkah lain bagi menghalang pembangunan di tanah itu jika Guan Eng gagal memberi jawapan yang konkrit dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata Ketua Menteri itu hanya perlu memberi jawapan berdasarkan fakta tanpa sebarang putar belit, iaitu sama ada kerajaan negeri telah menjual ataupun tidak tapak masjid dan sekolah tersebut.

"Senang saja (Guan Eng) beritahu kata tapak masjid Bayan Mutiara kekal. Luasnya lima ekar... akan dibina bila. Akan diserahkan kepada MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang), akan dikategorikan sebagai wakaf. Senang saja, tidak payah susah-susah.

"Rakyat cuma nak tahu ada atau tidak... tapak masjid sudah hilang, belum. Kalau ada (tapak masjid) syukur alhamdulillah. Tapi, kalau tidak ada, Umno Pulau Pinang tidak akan kompromi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Malaysia di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri seharusnya menitikberatkan kehendak rakyat dalam melaksanakan sesuatu pembangunan selain mengambil kira keseimbangan kerohanian dan riadah.

"Kita kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Kalau mandat oleh rakyat kita kena seimbang semua agama, semua kaum. Kalau ada masjid dulu lima ekar, sekarang ini lima ekar untuk masjid, 97 ekar lagi binalah pembangunan dan perumahan. Tapak sekolah untuk penduduk di situ juga perlu disediakan," katanya.

Mengulas hasrat Guan Eng untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Umno negeri Shaik Hussein Mydin berhubung isu itu, beliau berkata, langkah itu tidak menggambarkan demokrasi.

Zainal Abidin berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi, Guan Eng seharusnya bersifat terbuka dengan menjawab segala persoalan secara profesional sebagai Ketua Menteri, dan bukan melihat perkara itu sebagai serangan peribadi.

Kontroversi Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri bersetuju menjual tanah seluas 41.5 hektar kepada pemaju persendirian, Ivory Properties, dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap amat bernilai dan lokasinya adalah strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. – Bernama

default

HOT Anwar mengamuk kereta mewahnya dicalarkan semasa di Kelantan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Lawatan Anwar Ke Kelantan Disambut Buruk bila mana kereta mewahnya telah diicalarkan .Seperti biasa la mereka aka tuduh ini perbuatan ini didalangi  oleh Orang UMNO".



 sikit saja kemik pun nak riuh ...hahaha


Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.