Barisan Nasional (BN) akan meminta Kerajaan Pusat agar menghapuskan tol laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang jika menawan kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Janji itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Beliau berkata, ia merupakan salah satu perkara akan dimasukkan dalam manifesto BN negeri demi meringankan penunggang motosikal. Menurutnya, penghapusan tol itu sekali gus memberi manfaat kepada pengguna motosikal berjumlah kira-kira 15,000 orang yang melalui jambatan setiap hari untuk berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau.
“Jika kita lihat, hanya Pulau Pinang sahaja satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal. Meskipun ia hanya RM1.40, tetapi jika dicampur dengan duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari, agak membebankan pengguna yang majoritinya adalah pekerja.
“Justeru, kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah Pulau Pinang pada PRU akan datang,” katanya.
Lani baru nak bagi free bila BN dah kalah?... Apa hg dok buat musa oiii slama ni?...pe la selesai taik hang dulu Bazar Perdana sebelum nak bagi free tol... Cakap aja pung pang...tapi macam tin kosong