Gerhana bulan separa dapat dilihat bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam di Pulau Mabul di Semporna, Sabah, malam Isnin.
Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam, sementara Transit planet Zuhrah melintasi matahari pada berlaku pada pagi Rabu (6 Jun 2012) bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengahari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan. -BERNAMA
Assalamualaikum,
Semalam 4 Jun 2012, aku tengok Gerhana Bulan Separa Di Sarawak. Dikelilingi Oleh Cahaya Cincinnya. Makin Lama Tengok Makin Besar Pulak. Lepas Tu Hujan Nak Turun Tiba2 Sekelip Mata Hilang Terus. Tapi Alhamdullillah Sempat Ambik Gambar.
Apa2 Pun Ketika Melihatnya, Sebutlah Subhanallah Atau Lakukan Solat Gerhana, kerana Didalam Islam, Ilmu Astronomi Banyak Memberi Petanda Kepada Kita Ttg apa Yg Akan Berlaku Namun Semua Menganggapnya Sebagai Hukum Alam Sahaja (Bagi Org Yang Malas Berfikir)
Sebab Itu Allah Menyatakan Berbahagialah Org Yang Mahu Berfikir. Wallahualam