- Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis dengan sebilah pedang samurai, cedera di paha selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota terbabit dalam kejadian di Lebuh Macallum awal hari ini. Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 4.20 pagi itu, tiga anggota polis dari pos Macallum sedang meronda berhampiran sebuah medan selera di situ apabila terdengar jeritan seorang wanita memanggil mereka.
"Tiga anggota itu bergegas ke arah wanita berkenaan yang memaklumkan ada orang bergaduh di sebuah gerai makan di situ," katanya di sini hari ini.
Polis mendapati dua lelaki sedang bergaduh dengan pelanggan dan seorang daripada mereka yang memegang pedang samurai bertindak menyerang ketiga-tiga anggota terbabit sebaik ternampak mereka.
"Salah seorang anggota kita melepaskan tembakan bagi mempertahan diri dan ia terkena pada paha kiri lelaki berusia 33 tahun itu, manakala rakannya yang panik melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya. - BERNAMA
Komen GPB
GPB nasihatkan kat lowyar2 PKR seperti Tipah Koya & Surendran , janga cuba nak politikkan kes ini kononnya polis menembak sesuka hati walhal lelaki berkenaan cuba menyerang polis dengan pedang samurai .
Kalau aku dok situ pun dah lama lari ...tapi keberanian 3 anggota polis ini dipuji dan akhirnya berjaya menangkap lelaki berkenaan .