Cerita keberanian Askar Melayu bila berada di Singapura !

on Friday, June 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments



Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ..satu nama yang cukup gah bila tersematnya di dada baju yang memakainya . GPB suka sangat mendengar cerita-cerita tentang keberanian askar Melayu bila berada  di negara luar samada bertugas atau tidak .

Di bawah ini blog My Home Soil menceritakan al kisah tentera dari RAMD semasa berada di negara Singapork yang diperintah oleh parti chauvinis PAP.



. Cerita ni diceritakan oleh seorang sahabat kepada ayahku yang juga seorang pesara tentera. ..

Beliau merupakan seorang Lftenen Kolonel Bersara ...pernah dijemput ke Singapura untuk satu pameran ketenteraan dan operasi bersama Joint Operation. Di kala itu, beliau telah membawa 2 orang pegawai dan 6 orang anggota yang keseluruhannya 8 orang ke Singapura, negara yang pernah dipertahankan oleh Rejimen nya....Rejimen Askar Melayu Di Raja yang melihat pembunuhan kejam Leftenen Adnan sewaktu mempertahankan Singapura daripada jatuh ke tangan Jepun.

Sekali lagi aku nak tanya, mana penglibatan ATUK2 DAP and PAP waktu itu?? Mereka lari bersembunyi kecut perut! ! ada yang lari balik naik tongkang !

Setelah selesai LATIHAN tersebut, beliau dan anggotanya ingin pergi bersiar-siar sekitar Singapura. terutamanya di kawasan Arab Streeet dan sebagainya...
"biasa lah..pergi negara orang mesti jalan-jalan." Kata Kolonel itu.....

Namun ... Beliau telah diberi amaran oleh PEGAWAI MEMERINTAH kem tersebut supaya JANGAN BERSIAR-SIAR MENGGUNAKAN Baju Celoreng!
Kerana apa, mereka taknak ada nya ASKAR MALAYSIA berjalan-jalan sekitar Singapura dengan bebas menggunakan pakaian ketenteraan takut bahawa rakyat nampak seperti Tentera Malaysia 'menawan' Singapura.
 Terutamanya apabila ada nama seperti 'AHMAD' dan RAMD di dada anggota2 tentera tersebut.

Apa tindakan Leftenen Kolonel tersebut??! Dia dengan berani memberi arahan kepada anggota-anggota mereka untuk pakai FULL DRESS celoreng untuk pergi bersiar2....hahaha....semua askar-askar Melayu dengan selambanya pergi keluar masuk shopping complex di Singapura menggunakan baju celoreng..tapi depa tak bawak senjata lahhhhh....

Natijahnya....Masyarakat Melayu Singapura ada yang datang bersalaman dengan abang2 askar nih.... " di riak muka orang-orang Melayu Singapura terpancar seperti satu harapan supaya Singapura dikembalikan kepada orang-orang Melayu. Mereka bangga bila askar2 yang berjalan di Tanah Melayu Singapura itu adalah askar2 Melayu.! " kata kolonel tersebut sewaktu menceritakan peristiwa tersebut.

Apaa tentera Singapura boleh buat??! dio bley buat tak tau saja...hahaha..berani cakap saja, tak berani buat tindakan.
Apaa tentera RAMD boleh buat??! RAMD boleh buat apa saja demi mempertahankan agama , bangsa dan Negara.!

Aku walaupun bukan tentera, aku berbangga dengan kredibiliti Tentera kita yang bersemangat dan terus bersemangatt!
Sebab kita ada pengalaman...pengalaman yang sangat luas dalam peperangan...
Kita pernah secara langsung berada di dalam medan pentempuran...askar-askar Melayu pernah mempertahankan TANAH MELAYU termasuk Singapura ......

SEBAB ITU.....kita bukan cakap kosong...dan kita bukan nak mendabik dada...tapi kita BERANI melaksanakan TINDAKAN DEMI AGAMA , BANGSA DAN NEGARA!




13 Responses

  1. Anonymous says:

    Bila lagi nak ambil balik singapura?

  2. Anonymous says:

    Salut to PERWIRAku

  3. Anonymous says:

    Salut to PERWIRAku

  4. Anonymous says:

    ak sbgi anak bekas askar smmgnye berbangge jike ayh ak dipanggil untk reunion didalam kem .. da lme x msok kem ,, tp bile skali msok tgk ayh ak reunion dgn bekas2 askar ,, ak jadi bangge ... sng cite ak berbangge jadi anak askar ...

  5. Anonymous says:

    Kalau benar benar Malaysia nak ambil semula singapura tak sampai kiraan 100 dah boleh ambil balik ......kami tau siapa sisebelah sana ........Tapi kerana semangat berjiran kita berbaik baik dgn jiran jiran kita .Indonisia bagai mana dengan jiran serumpun?

  6. Anonymous says:

    Tah pape, askar melayu pakai baju celoreng kt sana pun ko nak bangga...aku org malaysia, tp aku rasa biadap buat mcm tu. Masuk tempat orang kene hormat la, kalau kita x hormat mcm mana singapore nak hormat kita. Jgn ingt dorang kafir kita boleh buat suka hati, kalo singaporean buat mcm tu kt kita, mesti melatah kan? Ini bukan WIRA bro, kalau WIRA pergi tolong selatan thai, moro, rohingya, acheh dgn palestine..itu baru hero. buang la artikel ko ni, boleh bangkit kemarahan stengah pihak.. tu la melayu, sebok perjuang bangsa..patutnya perjuang agama tanpa kira warna kulit!

  7. Aku bangga sebagai Pesara Tentera ...Tentera Malaysia The Best among The Best....

  8. Anonymous says:

    Gua pun dulu kena paksa jadi askar kerahan.terus terang gua cakap- "askar" singapore banyak yang lembik.tapi kalau dia ikut hukum ISLAM,dalam keadaan berpuasa pun rekrut MELAYU masih teruskan latihan.itu kelebihan orang MELAYU yang ISLAM.sorry kalau ada yang tersinggung.

  9. Anonymous says:

    bukan hanya sebab racist or apa diorang x bagi pakai celoreng..taik betul pemikiran penulis.Hormat la negara orang,askar diorang pn x bebas nk pakai celoreng,negara kecik je kot taik la macai macai berblog

  10. MyShop says:

    pada saya xde masalah kalau askar singapore masuk malaysia pakai baju askar singapore!:)...kalau askar US pakai baju diorg pun tak apa...bukan isu besar pun

  11. MyShop says:

    pada saya xde masalah kalau askar singapore masuk malaysia pakai baju askar singapore!:)...kalau askar US pakai baju diorg pun tak apa...bukan isu besar pun

  12. Anonymous says:

    pandai cakap..kau masuk askar kau akan tau peritnya latihan askar..aku nak tengok

  13. Unknown says:

    Hidup askar melayu menegakkan agama dan bangsanya....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.