Mengapa AS mahu kawal lautan Pasifik ??

on Wednesday, June 6, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Malaysia tidak melihat hasrat Amerika Syarikat (AS) memindahkan majoriti armada angkatan lautnya ke wilayah Asia Pasifik menjelang 2020 sebagai satu ancaman, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

 Beliau melihat hasrat AS itu tidak berkaitan dengan isu Laut China Selatan yang menjadi pertikaian beberapa negara, sebaliknya lebih kepada usaha mengekalkan keamanan di wilayah berkenaan. Zulkifeli menarik perhatian bahawa rantau itu sedang membangun daripada segi ekonomi.

"Jadi, saya berpendapat secara semula jadinya, ia (AS) akan memfokus kepada soal keselamatan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Persatuan Alumni Tentera Malaysia-Australia (M-ADAA) di sini hari ini. Setiausaha Pertahanan AS Leon Panetta sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya akan menempatkan 60 peratus armada laut negara itu di Lautan Pasifik menjelang 2020 sebagai satu strategi terbaru pertahanan AS. Armada laut AS kini terbahagi secara kasar 50/50 antara Lautan Pasifik dan Atlantik. 

 Dalam pada itu, Zulkifeli memuji usaha ATM dan tentera Australia mewujudkan M-ADAA kerana ia bakal memberi banyak manfaat kepada veteran tentera kedua-dua negara yang pernah berkhidmat di Malaysia mahupun Australia. "M-ADAA ini memberi peluang kepada veteran tentera yang pernah berkursus, menjalani latihan mahupun memberikan khidmat tertentu di dua negara ini bertemu kembali dan berbincang mengenai hala tuju pertahanan negara masing-masing," katanya. Veteran tentera berkenaan boleh mendaftar sebagai anggota alumni melalui laman web www.m-adaa.org. - BERNAM


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.