RM3 bilion:@ahmad maslan desak siasatan disegerakan !

on Wednesday, June 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) hari ini berharap dan menggesa agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung akuan bersumpah Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Pengerusinya Datuk Ahmad Maslan berkata langkah berkenaan penting memandangkan banyak pihak telah meminta perkara berkenaan diambil tindakan oleh kerajaan.
“Lagipun semalam Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami mengharapkan dan gesa agar kerajaan ambil tindakan secepat mungkin berhubung tuduhan berkenaan…..Persoalan Anwar bersalah atau tidak itu adalah perkara berbeda dan rakyat secara keseluruhan telah mengadakan pelbagai laporan polis dan pelbagai NGO juga mengadakan demonstrasi. Ini adalah kenyataan pertama daripada BN kecuali oleh Tan Sri Muhyiddin sebelum ini,“ katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Biro Publisiti dan Penerangan di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan parti-parti komponen BN. Turut serta Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis.
Abdul Murad dalam satu kenyataan pada Isnin yang diperolehi Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata : “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
“Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki.”
Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Ketika mengulas desas-desus yang berlegar hari ini bahawa Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Eskay esok, Ahmad Maslan menimbulkan persoalan kenapakah masa yang cukup panjang diambil oleh Ketua Umum PKR itu untuk berbuat demikian.
Jika desas-desus itu benar, kenapakah masa yang diambil cukup panjang….Pendedahan itu pada Febuari 2011. Sekarang ini sudah Jun 2012. Mengapa Anwar mengambil masa yang cukup panjang,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mengulangi lima pilihan yang diungkapkannya sebelum ini terhadap Anwar Ibrahim dalam usaha menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa melibatkan dirinya.
Lima pilihan itu tambah beliau antaranya termasuklah mengambil tindakan saman selain mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks itu tidak tulen.
Jika benar Anwar mahu menyaman Eskay maknanya tinggal lagi empat…. Selain memanggil pakar luar negara, Anwar juga perlu bersumpah laknat sepertimana Eskay dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Selain itu Anwar dan Wan Azizah serta Eskay perlu melakukan ujian poligraf sepertimana cadangan Datuk Husam Musa sebelum ini dalam usaha mengetahui kebenarannya,” kata beliau.
Berhubung mesyuarat jawatankuasa berkenaan, Ahmad Maslan memberitahu pelbagai program yang akan diatur dan dilaksanakan yang menjurus ke arah pilihan raya umum ke-13.
Dan hari ini kita menyerahlan risalah kepada parti-parti komponen untuk dialih bahasa bagi memudahkan ianya difahami oleh setiap lapisan bangsa. Maknanya risalah itu nanti akan ada dalam bahasa masing-masing,” katanya. -MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.