Belum sesuai lagi SENIMAN tuntut gaji minimun penggiat seni

on Saturday, June 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan mengemukakan usul kepada kerajaan agar pelaksanaan gaji minimum dapat diperkenalkan kepada penggiat seni di negara ini.

 Presiden Seniman yang baru Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, berkata persatuan itu bercadang mewujudkan satu sistem mengikut gred supaya penetapan gaji berkenaan dapat dilakukan mengikut standard tertentu dan tidak berat sebelah. Katanya perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta persatuan yang lain untuk melihat mekanisme atau formula yang sesuai dalam menentukan gred berkenaan.

 "Mereka akan dinilai daripada pelbagai sudut termasuk pendidikan akademik, pengalaman serta kelayakan tertentu, dan ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah pembayaran gaji kepada artis muda yang dikatakan lebih tinggi berbanding artis veteran," katanya ketika ditemubual dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24.

 Zed Zaidi, yang baru dilantik sebagai Presiden Seniman bagi penggal 2012-2015, berkata persatuan itu juga akan mengemukakan usul untuk mendapatkan peruntukan bagi membolehkan Seniman menjadi badan royalti kepada pelakon. Beliau berkata peruntukan berbentuk insurans berkelompok itu akan membolehkan pelakon memperoleh royalti sepanjang filem mereka ditayangkan dan berfungsi sebagai pencen mereka.- BERNAMA

Komen GPB 

Bidang seni ini terlalu subjektif   bila mana menyentuh soal pembayaran gaji ..ia tak macam dalam kerjaya lain. Lagi lama ada bekerja di syarikat itu , gaji meningkat . Tapi dalam bidang seni terutaman lakonan , geng veteran terima bayaran lebih rendah daripada pelakon baru .


Pandangan GPB ialah usul gaji minimum untuk penggiat seni belum lagi boleh dilaksanakan ...


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Btol..blm ssuai lg untk dbuat..zz ni mmg nk mule cr pblisiti murahan..satu2 isu nak buat..x ya la nk buat cdgn yg mnunjukkan kecetekan fkiran anda tu zz oi..dgn objktf x jlas,planng x nmpk..alahaii..stakt taw nak ckp,nk itu,nk ini..ushh..da mcm pas nk buat hgh way plak cara die bfkir la.

  2. Anonymous says:

    Patut dah lama kena buat. ...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.