Juak Pakatan mesti bengang gambar ini ..Najib seperti Rockstar !

on Thursday, June 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Sebenarnya tidak ada isu langsung.Namun biasalah cara portal pembangkang gembar gemburnya macamlah ada hal besar.Ini gara-gara laporan portal berkenaan kononnya para pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) dilarang memakai t-shirt warna kuning yakni warna Bersih semasa Perdana Menteri datang menghadiri satu majlis di kampus itu di Setapak,Kuala Lumpur petang Rabu.

 Sekalipun adanya laporan yang berbau hasutan untuk mencetuskan kemarahan para pelajar kolej milik MCA itu Datuk Seri Najib Tun Razak nyata popular di kalangan mereka. Ketibaan beliau untuk merasmikan Ekspo Inovasi di kampus itu disambut oleh ' gelombang merah' ribuan pelajar TARC yang memakai t-shirt warna merah.





 Mereka berbaris panjang diatas jalan kira-kira setengah kilomiter dari pintu pagar masuk utama hingga ke dewan majlis bersorak bagai suasana pesta menyambut Najib.

 Ada diantaranya mengibarkan sepanduk 'Ah JIb Gor...We Love You'.Mereka berebut untuk bersalaman dengan beliau di sepanjang jalan. Najib yang nyata terharu dengan sambutan majoriti pelajar Cina kampus itu,dalam ucapannya di majlis berkenaan secara berjenaka berkata," saya rasa macam rock star'.

 Portal pembangkang cuba main isu kononnya pihak pentabir TARC galak pelajar pakai t-shirt warna merah dan melarang yang warna kuning. Pentabir TARC telah menafikan ada mengeluarkan sebarang peraturan berkenaan.

 Sementara itu sebilangan pelajar TARC yang ditemui Agendadaily semasa majlis itu kata mereka tidak tahu menahu adanya larangan pakai baju warna kuning seperti dilapor oleh media pembangkang itu. Salah seorang darinya memberitahu mereka semua keluar beramai-ramai kerana teruja hendak melihat Perdana Menteri dari dekat. Ini adalah kali pertama Najib datang ke kampus TARC.

 Dalam ribuan para pelajar itu ada kelihatan sekitar 10 orang yang berpakaian warna kuning. Mereka tidak cetuskan sebarang insiden dan kelihatan bersorak gembira dicelah ribuan pelajar lain. Namun portal pembangkang cuba highlight mereka yang segelintir itu sebagai tanda ada pelajar yang engkar.

 Sementara itu dalam ucapannya pada majlis itu Perdana Menteri antara lain mengumumkan berita gembira bagi para pelajar TARC yakni kerajaan akan mengitiraf 70 kursus diploma dan diploma lanjutan. Katanya hal berkenaan sudah lama membelenggu TARC.-27/6/2012


4 Responses

  1. suhaimi says:

    XJELES SIKIT PON...BUAT APA NAK JELES PADA PM YANG BERNAMA LELAKI YANG TAKUT PADA BINI, XMELARANG ISTERI TUTUP AURAT,XMEMARAHI ISTERI BILA BERLAGA PIPI DENGAN BUKAN MUHRIM, PELUK CHONG WEI..ISLAM APA TU...SILA RUJUK AL QURAN BERKAITAN AURAT PEREMPUAN JIKA KAMU MENGUNAKAN AL QURAN SAMA DENGAN YANG AKU GUNA..AKU CABAR MU!

  2. suhaimi says:

    PENAKUT NAK VIEW KOMEN? KENE TAPIS2 PULAK

  3. suhaimi says:

    SDFASDFSADFASFDSAFDF

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.