Mahasewel biadap hina Sultan Johor bakal dikenakan tindakan !

on Monday, June 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas.

 "Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya... terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini hari ini.

 Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas. Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. - Bernama





5 Responses

  1. Anonymous says:

    Budak mentah ni mmg biadap...kalau x suka jgn bg stmnt yg bukan2...x menunjukkan langsung budak ni ada tamadun dan berpelajaran. Stkt ambil undang2 budak ni ingat dh besar sgt. Bodoh...apa kata aku hina mak dan bapak kau, apa perasaan kau..ini yg dikata bakal pelapis pemimpin negara...haktuiiiii...belum apa2 kau dh nk main kotor..wei budak, sdr la...kalau nk cri glamour byk cara lain lg la.....bodoh....

  2. Anonymous says:

    Buang jer dr UM.. nampak sgt tak minat blaja.. dia lebih minat politik.. kesultanan melambangkan kekuatan melayu.. mmg sgt biadap!!

  3. Anonymous says:

    muka kau tu dah wanted kat johor kalau berani kau datang sekali dgn nizar kat johor kalau kau nak tengok apa apa yang hilang kat badan kau

  4. org johor says:

    Laaaa...BUDAK BODOH rupanya...Patut la Rating UM jatuh merundum, ramai sgt student2 yang mcm ni kat situ...UM tolong la...takyah simpan la bdk2 mcm ni, ramai lagi kat luar yang bersungguh2 nak belajor, dan boleh mengharumkan nama UM...

  5. Anonymous says:

    Bodoh btol..klau xda sistem beraja abis la malaysia..nk tgk ke puak cina memerintah..pstu bila diorg dah memerintah jgn harap la melayu nk jd pm..pk la. Ni suma untuk generasi anak cucu kita nant..xkn nk tgk gnerasi akan dtang merempat kat ngara sneri..bkn untuk org len tp untuk mlayu islam jgk

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.