Tak pa tangguhkan haji, ia bukan macam solat -PAS Kelantan

on Wednesday, June 13, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Walaupun menganggap kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pandangan peribadi, namun Pas Kelantan mempertahankan kenyataan beliau yang meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, ini berdasarkan kaedah hukum iaitu ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.

 Katanya, soal peluang yang sukar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana kuota ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah perkara kedua kerana ia perlu dilihat daripada segi kaedah hukum dahulu. "Betul haji Rukun Islam, tetapi kalau bercakap daripada segi hukum boleh ditangguh bukan benda yang mesti dibuat, bukan macam sembahyang dia ada waktunya kena buat dalam waktu kalau tak buat tak boleh tapi haji tidak ada masalah, kalau kita tidak buat tahun ini kita buat tahun depan.

Komen GPB

Nampaknya PAS tetap berkeras haji tak penting  sebabnya dari segi hukum boleh ditangguh &  tak sama kena buat macam solat yang ada waktunya . Memang puak-puak ini mempermainkan agama betul ..

Nak tawan Putrajaya bersama Anwar & DAP lagi penting dari menunaikan ibadah haji di Mekah ..


2 Responses

  1. EpPieY says:

    kalau boleh confirm umur panjang takpe la nak tangguh2..ni mati bile kite tak tau..da ade peluang nak disuruhnya tangguh.
    Makin mengarut puak nih.

  2. Anonymous says:

    Tak pe.... 1 undi= 1 haji

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.