Cukup melucukan sekali sistem CAT regim DAP yang GPB anggap "penakut macam tikus" . Betapa takutnya Guan Eng bila disoal berapa projek yang diluluskan melebihi ketinggian 76.2 m , dia mengarahkan Exco nya mendedahkan hanya dari tahun 1985 hingga Mac 2008 sahaja .
Mengapa beliau dedahkan hanya sampai Mac 2008 ? Sebabnya untuk menipu rakyat bahawa semua semua projek2 lereng bukit ini diluluskan hanya zaman BN . Selepas ini confirm akan masuk data putar belit ini di dada akhbar haprak Buletin Mutiara.
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Khamis menggesa kerajaan negeri mendedahkan semua fail dan maklumat berhubung pembangunan lereng bukit yang dilaksanakan dari 1985 hingga 2012.
Anggota Jawatankuasa BN Pulau Pinang, Tang Heap Seng berkata, pendedahan itu tidak sepatutnya terhad bagi tempoh 1985 hingga Mac 2008 semata-mata sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengamalkan falsafah pentadbiran CAT (kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan).
"Kami mengalu-alukan semakan semulanya dari 1985 hingga hari ini. Kenapakah kerajaan negeri sekarang mengamalkan pendekatan berpilih-pilih?" katanya pada sidang akhbar di sini bagi menjawab satu kenyataan oleh anggota exco negeri Chow Kon Yeow.
Menurut laporan media, Chow, yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan dan pengurusan lalu lintas, akan mendedahkan laporan teknikal mengenai 37 projek yang dilaksanakan di kawasan pada ketinggian lebih 76.2 meter, yang diluluskan antara 1985 dan Mac 2008 oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Dalam konteks ini, Tang berkata maklumat terperinci yang didedahkan tentang pembangunan dari 1985 hingga 2008 begitu jelas dan lengkap dengan maklumat, termasuk projek yang dicadangkan serta tarikh kelulusannya, manakala maklumat tentang projek yang diluluskan selepas April 2008 hingga Mei 2012 pula, tidak lengkap.
Pembangunan lereng bukit menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila beberapa pihak mempersoal kerajaan negeri berhubung pembangunan yang memusnahkan bukit di negeri ini dan dilaksanakan tanpa mematuhi garis panduan yang jelas mengenai pembangunan lereng bukit.
Tang berkata, kerajaan negeri juga patut menyemak semula kes yang diluluskan Lembaga Rayuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak 2008 serta dokumen dan maklumat lengkap mengenainya.
"Difahamkan, selepas April 2008 hingga Mei 2012, terdapat 19 projek di tanah yang terletak pada ketinggian lebih 76.2 meter, yang diluluskan di bawah kategori projek khas," katanya.- BERNAMA