Haji : PAS pusing cerita , salahkan Najib tak beri jaminan pulak !

on Wednesday, June 13, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila dikecam pelbagai pihak termasuk ulama berhubung arahan penangguhan menunaikan haji yang difatwakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini , hari ini beliau telah swing isu ini salahkan Najib pulak .

Kononnya Najib tak beri jaminan lagi hingga menyebabkan ada jemaah  yang serba salah sama ada nak pi ke tidak .

Awat yang bangang sangat  ketua penerangan PAS ini ?? .. Apa dia ingat semua orang PAS & PKR  ke dalam 30 ribu tu yang pergi haji ?

Tak ada langsung calon atau jentera UMNO yang ke sana tahun ini ? Sebenarnya  PAS hanya guna isu musim haji ini hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.

Seperti kata bekas PM , Tun Abdullah Ahmad Badawi ..

"Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, jadi bagaimana pula mereka (Pas) boleh tahu bila tarikh pilihan raya. Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga,"






 Pas mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya umum pada musim haji tahun ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jemaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi.
“Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Malah kata beliau, selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu.
“Kalau mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya. Tambahan pula, seandainya pilihan raya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi,” katanya lagi.
- SINAR HARIAN


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.