TERKINI I! Tentera Sultan Sulu diberi amaran tegas kerajaan Filipina

on Wednesday, February 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.

Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."

"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman,” kata beliau.

Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.