Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin rasis apabila timbalannya itu mempertikaikan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggesa rakyat Pulau Pinang memakai baju warna tertentu ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), Isnin ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mempersoalkan tindakan Guan Eng membuat saranan tersebut sedangkan majlis berkenaan dianjurkan dengan tujuan yang baik.
"Kenapa niat baik kita mahu dicemar dengan unsur politik yang langsung tidak ada kena-mengena dengan majlis tersebut.
"Kalau dia (Pakatan Rakyat) boleh adakan majlis, kita pun boleh. Kenapa bila giliran kita, mereka nak buat halangan sampai nak turunkan poster 1Malaysia dan poster saya?" katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.
Kelmarin, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meluahkan kekesalan terhadap kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Pendana Menteri, yang menyifatkan permintaan Guan Eng adalah satu kerja bodoh.
Sementara itu, Najib yang Presiden Umno mendakwa, 'kegelisahan Guan Eng terhadap penganjuran sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kerana pihak Guan Eng gagal mendapat persetujuan penyanyi popular Korea, Psy yang popular dengan lagu, Gangnam Style membuat persembahan.
"Sebenarnya mereka nak jemput Psy dalam majlis PR, tapi tak dapat. Sebab itu, bila kita yang dapat mereka kutuk penglibatan Psy.
"Sedangkan kita bukannya nak rosakkan majlis mereka. Dia (Guan Eng) mungkin ada sebab lain, tapi pelik kali ini.
"Padahal ini perkara biasa kita buat tiap-tiap tahun dan bukannya BN tak pernah buat program di Pulau Pinang," katanya lagi.
Ketika ditanya media tentang dakwaan Pas yang mengatakan tindakan BN mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kerana terdesak bagi meraih sokongan orang Cina, Najib menafikan perkara itu.
Najib mendakwa, Pas sendiri terikut dengan slogan "Ubah DAP".

Dalam pada itu, Najib turut menegaskan, penganjuran program tersebut diadakan bagi meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya untuk masyarakat Cina.